Saturday, July 27, 2013

SESUCI CINTA DIAN 1

                                                           SESUCI CINTA DIAN
Sesungguhnya bukan mudah untuk dia mengharungi semua dugaan ini namun dengan ketabahan yang masih ada di jiwa,dia harus meneruskan kehidupan walau kini dia keseorangan.Ibu tempat dia bergantung kasih telah lebih seminggu meninggalkan dirinya.Dian pasrah dengan nasib yang menimpa dirinya.Apa yang menjadi keresahannya kini bagaimana dia ingin meneruskan pengajiannya lagi.Dian terfikir untuk mencari pekerjaan secara sambilan.Dia ingin membincangkan perkara ini dengan temannya Fakrul.
Mereka telah berjanji untuk berjumpa di tepi pantai,tempat yang menjadi kebiasaan mereka untuk bertemu.Mulanya Fakrul agak terkejut dengan rancangan Dian itu.
''Kau dah habis fikir ke nak kerja ni?''Dian mengangguk.
''Tapi nanti macam mana dengan pelajaran kau tak terganggu ke?''
''Aku akan bahagikan masa sebaik mungkin.''
''Aku tak setuju kau bekerja nanti pelajaran kau akan terganggu.''Tegas Fakrul.
''Fakrul,aku akan tetap bekerja sambil belajar walau pun kau tak setuju lagi pun siapa yang nak tanggung hidup aku lagi.Ibu pun tak ada lagi.Aku harus berdikari untuk teruskan hidup aku ni.''
''Kau tak sayangkan aku ke?''Tiba-tiba Fakrul bertanya.Dian termangu sejenak.
''Apa kata kalau kita kahwin.''Ajak Fakrul.
''Jangan merepek boleh tak.''Tingkah Dian.
''Apa yang merepeknya pulak aku betul-betul nak kahwin dengan kau.Nanti aku suruh ibu aku datang pinang kau ye?''Ujar Fakrul bersungguh-sungguh.
''Fakrul ibu aku baru meninggal,tolonglah kasihankan aku.''
''Sebab tu lah aku nak tolong kau.Aku berjanji akan jaga kau.Kau tak payah susah payah nak bekerja.''
Fakrul masih berdegil untuk meneruskan niatnya.Sebenarnya dia telah lama menyimpan hasrat untuk memperisterikan Dian,namun niat itu hanya terpendam di lubuk hatinya saja.
Pandangan Dian masih terarah ke lautan yang luas itu.Buntu fikirannya dengan permintaan dari lelaki itu.
''Rasanya aku tak dapat mengikut kehendak kau itu.Belum masanya untuk kita memikirkan semua ini.Lagi pun keluarga kau tentu takkan setuju.''
''Apa kena megena dengan keluarga aku pulak yang nak nikah kita,bukan diorang.Tingkah Fakrul.
''Tapi kita kena minta restu diorang jugak.''
''Memang betul tapi aku nak buat hidup kau senang takkan kau tak mahu.''Dian mengeluh dengan kedegilan Fakrul itu.
Bukan dia tak mahu mengikut kehendak Fakrul namun dia yakin orangtua Fakrul terutama ibunya takkan bersetuju dengan niat Fakrul itu.Dian tahu Puan Laila tidak sukakan dirinya.Pernah suatu hari Dian di bawa oleh Fakrul ke rumah namun layanan yang di terima tidak begitu baik.Puan Laila pula pandai menyembunyikan sikap di depan anak lelaki kesayangannya itu.
Pernah juga Dian memikirkan apakah penghujung hubungan mereka nanti.Dian sedar perbezaan antara mereka bagai langit dengan bumi. Mana mungkin mereka mampu untuk bersama kalau halangannya terlalu kuat.
''Aku akan suruh ibu aku datang meminang kau nanti.''Lamunan Dian terhenti dengan suara itu.Degil betul lelaki ni.Desis hati kecil Dian.
''Aku perlu masa untuk fikirkan semua ini.''Dian cuba bertoleransi dengan Fakrul.Lelaki itu cuma tersenyum.
''Kau tak payah fikir panjang sangat,aku yakin orangtua aku akan merestui kita.''Ujar Fakrul sambil tersenyum yakin.
Dian pula melemparkan senyuman paksa sambil tangannya pula menguis-nguis pasir di tepi kaki.Fakrul cuba memegang tangan Dian,cepat-cepat pula gadis itu menepis.
''Yan..kau sayangkan aku kan?''Dian hanya mengangguk lemah.Fakrul menggelengkan kepala dengan kerenah gadis impian hatinya itu.  

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...