Pagi itu Dian di panggil masuk ke pejabat Faizal.Setelah melabuhkan punggung di kerusi,Dian terus di soal.
''Awak dah ada jawapan ke?'Terpinga-pinga Dian dengan soalan itu.Faizal tersenyum nipis menyedari kesilapan diri yang tiba-tiba menyergah gadis itu.
''Saya tak faham maksud Encik?''
''Saya cuma nak tanya sudi tak awak keluar dengan saya,kan hari tu awak dah janji nak bagi jawapan.Sekarang dah lebih dua hari saya nak tuntut janji awak.''
Dian buntu,apa jawapan yang harus dia berikan?
''Saya bukan tak mahu keluar dengan Encik tapi..''
''Tapi.. awak segan?Faizal segera memintas bicara Dian.
''Tak elok orang tengok kalau kita keluar berdua.''Ujar Dian sambil menundukkan kepala.Takut pula nak memandang wajah tampan itu.Apatah lagi jantungnya sendiri sudah mula hilang rentaknya.
Jari-jemari Faizal mengetuk-ngetuk meja kerjanya.Satu keluhan panjang di lepaskan.
''Tak mengapalah kalau awak dah cakap macam tu,saya faham.''Bergetar nada suaranya tanda kecewa.
''Err..kalau tak ada apa saya minta diri dulu Encik.''
Tak sanggup Dian terus menunggu di situ lagi bila wajah lelaki itu di lihatnya sudah mula keruh.Faizal hanya menganggukkan kepala.
Setelah gadis itu keluar,Faizal tersandar lesu di kerusi empuknya.Untuk pertama kali dia sudah tewas tanpa bertarung.Tewas dalam mengambil hati seorang gadis yang telah berjaya menyedarkan dirinya yang selama ini kaku dari cinta.Belum apa-apa lagi dah kena reject aduh apa la malang nasib.Bisik hati kecilnya yang walang.Nafas berat di lepaskan lagi.Termenung sambil memandang ke siling pejabat yang dingin.Keras betul hati kau Dian.Macam mana lagi aku harus lakukan untuk memujuk dia?
Faizal berpaling memandang ke luar bilik.Gulp..tiba-tiba mata mereka bertemu pandang.Tertangkap sudah.Ada debaran melanda di hati masing-masing.Tidak pula di sangka saat itu Dian juga sedang memandang ke arahnya.
Cepat-cepat Dian itu mengalihkan pandangan ke skrin pc di depannya.Ah!Payahlah kalau macam ni,kasihan pulak tengok muka dia tu.Dian cuba menjeling ke bilik Faizal semula.Dia pandang lagi la.Ish..macam mana ni?Erk..bukan ke hari tu dia kata nak cari barang?Penting sangat kot barang tu kalau tak takkan dia bersungguh-sungguh mengajak aku.Dian mencapai telefon bimbit di dalam laci mejanya.Berniat untuk menghantar mesej kepada lelaki itu.
Faizal terkejut saat telefonnya berbunyi tanda ada mesej di terima.Cepat-cepat dia membukanya.Ada senyuman terukir di wajah itu.Dengan segera dia membalas mesej itu.Matanya sempat menjeling ke luar.Sebuah senyuman manis meniti di bibir Dian.Faizal kembali meneruskan tugas.Semangat yang pudar tadi kini sudah menjadi cergas semula.Mana taknya si gadis sudah memberi jawapan yang menyenangkan hati.
Hari yang di janjikan sudah tiba.Faizal menjemput Dian di rumah dan terus menuju ke sebuah pusat membeli-belah.
''Awak nak beli barang apa?''Tanya Dian ketika mereka berjalan perlahan menyelusuri kedai-kedai berdekatan.
''Entah la saya pun pening ni.Adik saya yang sorang ni bukan senang nak tahu citarasanya.''
''Hai..takkan adik sendiri pun awak tak faham?''
''Dia tu cerewet sikit.''
''Ooo...kalau dah tau dia cerewet kenapa tak ajak dia datang sendiri?''
''Macam mana saya nak buat kejutan kalau dia dah tahu apa yang saya nak belikan untuknya.''Betul jugak tu.Apasal soalan bodoh ni yang aku Tanya?Dian garu dagunya seketika.
''Awak nak beli untuk apa?''
Faizal tepuk dahi.''Aduh lupa pulak saya nak cakap kat awak saya nak beli hadiah untuk harijadi dia.''Dian tersenyum nipis sambil geleng kepala.Belum tua lagi dah pelupa.Ish..apa la bos aku ni.
''Err..Dian,saya ucapkan terima kasih sebab awak sudi juga keluar dengan saya.''
''Sama-sama.''balas Dian pendek.
''Kenapa awak tiba-tiba ubah fikiran?''Dian memintal-mintal hujung kain tudungnya sambil menundukkan wajah.
''Saya takut orang tu merajuk.''Terlepas ketawa Faizal mendengar kata-kata itu.
''Muka saya ada rupa orang merajuk ke?''
''Dah awak tarik muka semacam je tu bukan merajuk ke?''
''Emm..memang pun saya saja buat muka macam tu nak tengok reaksi awak.''
''Apa!Awak main-mainkan saya ye.''Faizal tersengih tayang giginya yang tersusun rapi.Dian gigit bibir menahan geram.
''Ala jangan marah ye saya gurau aje,bukan niat pun nak main-mainkan awak.Jom la kita masuk kedai ni,saya rasa nak beli kain aje untuk adik saya tu.''
Cepat-cepat Faizal mengalih perhatian Dian sebelum gadis itu meluahkan perasaan geramnya.Dian menjeling melihat tingkah lelaki itu.Selamba aje muka dia macam tak bersalah pulak..eeiii.''Dalam geram-geram Dian mengikut jugak langkah Faizal masuk ke kedai kain itu.
Faizal menilik kain-kain yang bergantungan di situ namun dia buntu untuk membuat pilihan.
''Dian,awak rasa mana yang sesuai?''Dian memegang kain chiffon yang berwarna ungu lembut itu.
''Yang ni pun ok jugak.''
''Eh!Tak jarang ke?''Faizal bagai tidak puas hati melihat kain itu.
''Boleh pasang liningnya sekali jadi tak de la nampak jarang.''
''Ooo..saya ni kalau bab macam ni tak berapa pandai,nasib awak ada.''
''Jadi..awak nak beli ke tidak kain ni?''
''Emm..ok saya beli la.''Faizal memberi kata putus.Tidak mahu terlalu banyak fikir.Serabut pulak rasanya kalau banyak sangat buat pilihan.Faizal meminta pembantu kedai itu untuk memotong kain yang di pilihnya berserta liningnya sekali.
Sementara itu Dian leka memerhatikan kain yang berwarna-warni di situ.Matanya tertancap pada sepasang kain satin yang berwarna merah jambu.Cantik pulak kain ni tapi aku tak gaji lagi,tak pe la kalau dah gaji nanti aku belilah.Berbisik hati kecilnya.Tanpa di sedari tingkahnya itu di perhatikan Faizal dari jauh.Setelah Dian beredar ke tempat lain Faizal segera menyuruh pembantu kedai itu mengambil kain yang menjadi perhatian Dian tadi.Setelah membuat pembayaran Faizal segera mengajak gadis itu beredar.Mereka terus berjalan melewati kedai-kedai di situ.Faizal mengajak Dian singgah di sebuah kedai makan .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment