Saturday, October 17, 2015

AKU bab 5




Malam itu papa memanggilku ke dalam bilik bacaannya.Sebaik aku masuk,papa kelihatan sedang membaca.Aku terus duduk di depannya.
''Ada hal apa papa panggil Rul ni?''Tanya ku perlahan.
Papa panggung kepala.Buku yang sedang di bacanya,di tutup segera.
''Apa yang jadi siang tadi,tiba-tiba kamu pergi begitu saja.''
Aku menggosok belakang tengkuk.Serba-salah rasanya sama ada hendak berterus-terang atau tidak?Apa yang harus aku jawab ni?
''Fakhrul,papa tanya ni kenapa diam?''
''Er...tak ada apa-apa pa,Rul tak sihat sikit tadi.''
ujarku cuba berdalih.
''Tapi pagi tadi papa tengok kamu ok je,apa hal sebenarnya ni,cuba cerita pada papa.''papa masih tidak puas hati dengan jawapan ku.Aku jadi tidak tentu arah dengan desakannya.
''Kamu bergaduh dengan Faizal ke tadi?''
''Mana ada pa.''
''Habis kenapa kamu lari macam tu saja lepas borak dengan dia?ada sesuatu yang papa tak tahu tentang kamu berdua ke?''tambah papa lagi.
Aku meraup muka perlahan.Hati masih terasa berbelah bahagi.
''Rul!papa tunggu jawapan kamu ni.''
''Er...sebenarnya Faizal adalah suami Dian.''akhirnya aku luahkan apa yang papa mahu dengar.Terpempan papa seketika.
''Maksud kamu,diakah lelaki yang mama kamu cerita dulu?''tanya papa lagi inginkan kepastian.
Aku anggukkan saja kepala.Satu keluhan berat di lepaskan.Papa bangkit menuju ke sofa berdekatan.Aku ikut bangkit sama lalu duduk di depannya.
''Jadi sekarang bagaimana?papa kalau boleh mahu kamu bekerjasama dengan dia untuk projek kita yang baru ni.''
''Rul masih baru dalam bidang ni,boleh ke Rul uruskan semua ni nanti?papa yakin ke dengan Rul?''aku cuba menyoal keyakinan yang papa ada padaku.
''Yakin atau tidak papa kena juga percaya pada kebolehan kamu lagi pun kamu sorang aje anak papa,siapa lagi yang boleh papa harapkan?''
''Kita kena pandai bezakan urusan peribadi dengan urusan kerja kalau mahu majukan diri,kamu faham maksud papa ni?''tambah papa lagi.Aku anggukkan kepala.
''Kalau dah begitu kehendak papa,Rul ikut saja.''
''Kamu masih marahkan dia?''soal papa.
''Bohonglah pa,kalau Rul kata Rul tak marah pada dia.''jawabku.
Lebih baik aku berterus-terang tentang perasaanku dari menyembunyikannya sebab papa seorang yang pandai mengorek rahsia.Selagi dia tidak puas hati dia akan terus menyoal aku.
''Papa harap kamu maafkan saja dia,tak guna kalau kamu berdendam pun,segalanya sudah di takdirkan.Dah memang bukan jodoh kamu dengan Dian.Kamu harus terima hakikat tu.''pedih rasa hati mendengar bicara papa tapi aku tahu dia cuma berniat untuk menyedarkan diriku.
''Rul tahu pa cuma Rul terkilan bila dia cakap sesuatu siang tadi.''
''Pasal apa?''
''Tentang mama.''
''Mama kamu kenapa pulak?''
''Faizal kata mama yang menyebabkan Dian meninggalkan Rul dulu.''
''Betul ke dia cakap macam tu?''papa melepaskan nafas berat.Aku mengangguk saja.
''Untuk apa mama kamu lakukan begitu?apa faedahnya?''
''Mama sengaja tak mahu Rul dan Dian bersama,pa dia tak suka sebab yan anak yatim.''jelasku.Papa beristighfar panjang.
''Kamu yakin ke dengan apa yang Faizal kata kan tu?''
''Entahlah pa,sekali fikir ada logiknya jugak tapi Rul...entahlah Rul sendiri tak tahu nak percaya atau tidak dengan kata-kata dia tu.''Aku lepaskan nafas berat.
''Tak apalah biar papa tanya mama tentang perkara ni cuma papa harap kamu janganlah simpan dendam dengan mama kamu.Apa-apa pun kamu kena terima semua ni sebagai satu takdir.Dian memang bukan untuk kamu dan kamu jangan menyalahkan Faizal pulak.''
Sekali lagi papa cuba menerapkan kata-kata nasihat padaku.Aku diam tidak menjawab apa-apa.Kalaulah aku mampu memutarkan waktu ingin saja aku membetulkan apa yang terjadi namun apa dayaku,sudah tiada gunanya aku berharap pada yang bukan milikku lagi.Betul kata papa aku harus menerima semua ni sebagai satu takdir.
Fakhrul,berubahlah demi masa depan kau sendiri.Jangan bergantung pada kenangan lagi.Aku meninggalkan bilik bacaan itu setelah meminta diri dari papa.
Lewat malam itu aku melakukan lagi solat sunat.Memohon kepada YANG MAHA ESA agar di berikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. 

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...