Monday, November 9, 2015

AKU bab 7




Pagi minggu itu setelah solat subuh aku berjoging di taman berhampiran.Sudah agak lama aku tidak membuat aktiviti ini.Terasa lega perasaan bila dapat menyedut udara pagi yang nyaman sambil menikmati kehijauan taman.Sana sini kelihatan anak muda yang turut sama berjoging sepertiku,tak kurang juga kaum warga emas yang leka membuat aktiviti masing-masing.
Bila kaki sudah mulai penat aku berhenti di sebuah bangku.Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi tanda satu mesej sedang masuk.Aku keluarkan telefonku lantas membuka folder mesej.
'Assalam...buat apa tu?'
Terkejut aku saat membacanya.Dari Aisyah rupanya mesej itu.Aku membalas mesej dia dengan menyatakan yang aku sedang berjoging.Selepas itu dia menulis lagi mesej.
'Ok'
Ha!dah kenapa perempuan ni pendek saja tulis.Takkan itu saja dia nak tanya aku?Selepas itu telefonku tidak berbunyi lagi.Pelik betul dia ni,dah hilang ke marah dia pada aku tempohari?Termenung aku sejenak.Teringat aku apa yang telah aku lakukan padanya tempohari,rasa kesal menimpa lagi di benakku tapi dek kerana kekerasan hati aku diamkan saja tanpa meminta maaf padanya.Kejamkah aku?Kalaulah dia ada di depanku sekarang mahu saja aku memohon kemaafan akan ketelanjuran sikap ku padanya tempohari.
Aku tahu tak sepatutnya aku melayan dia begitu kasar.Dia cuma berniat ingin membantu tidak sepatutnya aku tidak menghiraukannya.Hmm...
''Siti Aisyah!!''bisikku perlahan sambil pandangan ku
tala kan ke arah tasik yang menghijau.
Sedikit lelah nafasku.Entah mengapa sebaris nama itu sedikit menggoncang perasaanku.Apakah ertinya itu?Apakah aku sudah mula merinduinya?
''Ada apa?''tiba-tiba suara itu bergema di belakangku.
Spontan aku berdiri dan berpaling.Ini bukan khayalanku,kan?memang benar dia,kan?bisik hati kecilku.
''A...a...awak!''tergagap pulak bibirku saat itu.
''Ya!kenapa?terkejut?''soal dia dengan muka selamba.
Punggung di labuhkannya ke bangku.Sejak bila pula dia ada kat sini?bukan tadi dia baru hantar mesej dekat aku ke?dengan lurusnya ku pandang telefon dan aku pandang dia lagi.Dia seolah mengerti perlakuanku itu.
''Oh!tadi saya nak pastikan saya tak salah orang,saya memang dah ada kat sini.''
''A...awak buat apa kat sini?''
''Kalau hari cuti inilah kerja saya.Saja-saja nak lepaskan tension.''jelasnya.
''Awak pulak?''soalnya.
''Kadang-kadang aje saya datang sini kalau ada masa lapang.''balasku seraya melabuhkan punggung di bangku yang sama.
Suasana antara kami diam seketika.Dia ku jeling sekilas,sedang merenung ke tasik yang menghijau di depan kami.Tiba-tiba aku teringat kejadian kelmarin.
''Awak...saya minta maaf pasal hari tu,ya?''ucapku bersama sebuah harapan.
''Tak apalah,saya yang salah,dah tahu mood awak tak elok saya kacau juga.''
''Eh,bukan macam tu,sebenarnya saya tak anggap awak mengacau pun.Saya yang tak tahu menghargai kawan macam awak.'' 
Aku jeling dia sekilas bila tiada balasan darinya.Pandangannya masih tertera ke arah tasik di depan kami.Aku pandang dia lagi,cuba menelek wajahnya dari sisi.Ayu sekali wajah ini.Kenapa aku tak perasan pada kelembutan yang ada padanya ini?
''Dah puas tenung muka saya ni?''satu sergahan darinya mengejutkan ku.
Tersentak aku tika itu.Aduh,malunya mana aku nak letak muka ni?Itulah Rul asyik sangat merenung anak dara orang.Tak pasal-pasal kena tegur.Aku palingkan muka sambil menggaru kepala sendiri.Kemudian aku cuba menjeling dia sekilas.Ada senyuman meniti di bibirnya.
''Tak payahlah buat muka macam tu kelakar pulak saya tengok.''ujarnya yang masih dengan senyuman.
''Awak!''panggil dia.
''Emm...''sahut ku perlahan.
''Awak ni baru putus cinta ke?''soalannya itu mengejutkan aku.Patutkah aku menjawabnya?
''Maaflah saya ni penyibuk sangat tapi hati saya ni rasa tak  tenteram selagi tak tahu tentang kesedihan awak.''
''Awak memang tak kenal erti putus asa,kan?''
''Salahkah kalau saya nak tahu,mungkin saya boleh tolong redakan kesedihan awak.''
Aku tersenyum mendengar bicaranya.Mulia sungguh hati gadis ini.Mungkin benar katanya kalau aku meluahkan akan dapat membantu meringankan perasaan sedihku ini.
''Awak boleh berjanji sesuatu dengan saya sebelum saya berterus-terang?''
''Janji apa?''
''Tolong jangan beritahu orang lain.'' 
Dia membuat isyarat menutup mulutnya dengan jemarinya kemudian tangan di angkat seolah bersumpah.Aku masih teragak-agak untuk meluahkan.Nafas ku tarik agak panjang cuba meredakan perasaan.
''Awak,kalau berat sangat hati tu,tak apalah,saya takkan paksa awak lagi,kita lupakan saja semua ni.''pintasnya seraya bangkit ingin beredar dari situ.
''Memang benar saya sudah putus cinta.Bukan baru lagi tapi sudah berbulan saya begini.Dia tinggalkan saya tanpa sebab yang munasabah.Saya sendiri keliru dengan perpisahan kami.Apa yang saya tahu sampai sekarang saya masih tidak mampu untuk melupakan dia walau dia sudah pun berkahwin.''akhirnya aku lepaskan juga apa yang terpendam di dalam lubuk hati ku ini.
Tiada balasan darinya tika itu.Senyap seketika.
''Berat dugaan yang awak hadapi,ya patutlah awak nampak sedih sangat.''
''Berat macam mana pun saya kena juga hadapi kenyataan ini.''
''Memang betul tu tapi susah untuk awak hadapi semua ni,kan?''Aku anggukkan kepala.
''Tak pernah saya bayangkan yang saya akan kehilangan dia.Kami bersama sejak sekolah menengah lagi,dialah pendorong dan pembimbing diri saya sejak saya mula mengenali dia.''lelah rasanya untuk berkata begitu tapi aku harus kuat melawan perasaan ini.
Kami diam seketika melayan perasaan masing-masing.
''Awak pernah bercinta?''entah mengapa soalan itu pula yang tiba-tiba keluar dari mulutku.Hanya gelengan darinya yang menjawab pertanyaanku.
''Baguslah kalau macam tu.''
''Kenapa awak cakap macam tu?''soalnya pula.
''Tak ada apa,saya cuma tak mahu awak jadi macam saya.''
''Boleh saya tahu nama mak we awak tu?''tiba-tiba dia menyoal aku.
''Dian.''jawab ku pendek.
''Oh,Dian.Cantik nama tu.Orangnya tentu secantik namanya,kan?''
Aku tersenyum sambil mengangguk.Fikiran melayang mengingati wajah itu.Terasa sebak dadaku seketika.
''Pada saya dia cantik tak tahulah kalau orang lain.''bergetar suaraku bila menyebut tentangnya.Rindu pula rasa pada seraut wajah itu.
''Awak masih simpan gambar dia?''berkerut keningku bila dia bertanya.
''Kenapa awak tanya?''
''Saja,kalau saya nak tengok gambar dia boleh tak?''
Tak sangka aku yang dia akan bertanya begini.Untuk apa dia sibuk nak tengok gambar Dian?Serba-salah aku di buatnya.
Namun entah apa yang membuatkan aku mengikut permintaannya.Sedar-sedar saja aku telah membuka folder di dalam telefon bimbitku yang mengandungi gambar Dian lalu aku tunjukkan kepadanya.
''Mm...patutlah awak payah nak lupakan dia.'' 
''Kasihan awak,sabar ajelah.Kalau dia bukan untuk awak tentu suatu hari nanti akan ada seseorang untuk menjadi jodoh awak.''
''Saya tak tahu apakah saya mampu untuk jatuh cinta lagi.''
''Takkan awak nak tutup pintu hati awak untuk orang lain.''soal Siti Aisyah seolah tidak berpuas hati.
Aku tersenyum nipis.Kenapa aku rasa gadis di sebelah ku ini seolah sedang menyampaikan sesuatu?Apakah dia?Ah!perlukah aku ulang kisah yang sama?bagaimana nanti tangggapan mama pula?tak sanggup rasanya melibatkan dirinya di dalam hidupku.
''Awak!kenapa awak ni suka berangan?''tiba-tiba dia menepuk bangku itu.
''Haish!terkejut saya.Bila masa saya berangan?''
''Kalau bukan berangan kenapa saya tanya awak tak jawab?''berkerut keningku.Bila dia tanya?
''Er...bila masa awak tanya?''
''La memang betul awak ni kuat berangan.''ujarnya dengan nada geram.Muka aku di jelingnya sekilas.Pening aku dengan gelagat gadis ni.Betul ke dia ada tanya aku tadi?
''Saya tanya tadi awak betul-betul dah serik ke nak bercinta lagi.''dia ulang juga apa yang di soal padaku tadi.
Nafas panjang aku lepaskan.
''Saya takut kecewa lagi dan saya tak pasti kalau orangtua saya akan merestui pilihan saya.Orangtua saya tu terutama mama lebih suka kalau saya mengikut pilihannya.''
Siti diam tidak berkutik mungkin keliru dengan kata-kataku.
''Kenapa awak tanya saya macam tu?ada maksud tertentu ke?''aku pula menyoal dia kembali.Sengaja ingin mengujinya.
''Tak ada apa saja saya nak tahu.''selamba saja dia menjawab.Reaksi mukanya pun biasa saja.
''Awak betul-betul suka kat saya ke?''tanpa amaran bibirku telah memalukan tuannya.
Adush...kenapa mulut aku ni tak reti nak diam?Siti tersenyum simpul sambil menundukkan wajahnya.Tentu dia tengah menahan perasaan malu.Itulah Rul,mulut tu tak tahu nak cover.  
''Salah ke kalau saya berperasaan begitu?''soalnya perlahan.
''Tak memang tak salah cuma masa yang tak sesuai.Saya cuma tak nak nasib awak jadi macam Dian.Awak jangan salah faham maksud saya,ya.''
''Kenapa pulak?''soal dia tidak sabar.Serba-salah aku nak jawab.
''Entahlah,saya pun keliru sebenarnya.tak tahu kenapa mama tak suka dengan pilihan saya.''
''Dia ke yang pisahkan awak berdua?tentu awak kecewa dengan mama awak,kan?awak marah dengan mama awak,ke?''bertalu pula soalan yang keluar dari bibir mungil itu.
Aku hanya tersenyum nipis.Tak tahu bagaimana nak di jelaskan perasaanku ketika ini.Masihkah aku marah pada mama?Dia adalah orang yang aku sayang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun.
''Kalau ikutkan hati saya memang marah pada dia tapi saya pendamkan saja,dah tak guna saya ungkit lagi,percintaan saya telah pergi untuk selamanya.Lagi pun dia kan mama saya.Berdosa kalau saya membencinya.Cuma saya harap suatu hari nanti dia akan berubah juga.''
''Mulia sungguh hati awak ni,bertuah mama awak ada anak macam awak tau.''
''Tak payah nak puji sayalah,awak tak kenal saya lagi,saya ni ada jugak barannya.Dulu pun saya agak kasar orangnya,suka buat orang menyampah dengan saya.Tu sebab papa saya hantar saya duduk dengan nenek dekat kampung.Nasib baik juga nenek saya tu penyabar orangnya.''
''Jadi awak berubah sebab nenek awak dan Dianlah,ya?''Aku menganggukkan kepala,
''Itulah pendorong saya.''ujar ku pendek.
''Dulu saya ni anak manja mama.Apa saja yang saya nak mama akan berikan.Sehingga saya jadi agak liar sikit mujur papa ambil tindakan cepat,kalau tak saya tak tahulah apa jadi dengan saya ni,belajar ke mana saya pun ke mana.Asyik bercampur dengan mat motor aje.''
''Jadi awak ni mat rempitlah dulu?''
''Baru nak belajar merempit tapi dah kena tangkap dengan papa saya.''
Teringat aku akan kejadian malam yang malang itu.Baru nak mula berlumba muka papa sudah terpacul di depan mata.Siap dia bawak bodyguard lagi.Itulah malam yang menjadi kenangan yang paling tak boleh lupakan.
Suasana antara kami diam seketika.Apa lagi yang nak aku bualkan dengan gadis ini.
''Awak dah lama ke jadi cikgu tadika?''
bibirku cuba memecahkan kebuntuan antara kami.Pelik pulak kalau duduk diam begini.Dia tunjukkan dua jari padaku sebagai isyarat menjawab.
''Maknanya dah dua tahun awak kerja?''Dia anggukkan kepala.
''Saya tengah tunggu permohonan untuk sambung belajar.''
''Kenapa lambat sangat nak sambung belajar?''
''Lepas dapat keputusan saya tolong ibu saya dulu tu sebab saya tak sambung belajar.''
Teringat pula aku kepada Dian,apakah dia dah sambung belajar semula?
''Macam mana yan sekarang?dia dah sambung belajar ke belum?''gumamku perlahan.
''Dia pun masih belajar lagi ke?''
''A...apa awak cakap?''Soal ku kembali tidak berapa dengar soalannya tadi akibat fikiran yang melayang sebentar.
''Saya tanya Dian tu belajar lagi ke?''ulang Siti semula.Aku anggukkan kepala saja.
''Dulu kami sama-sama belajar tapi sejak dia melarikan diri dari saya tak tak tahulah macam mana keadaan dia.Setahu saya dia bekerja selepas ibu dia meninggal dunia sebab tak ada siapa lagi dia nak bergantung hidup.
''Kasihan pulak bila dengar kisah dia,ya.''ujar Siti.
''A'ah,memang menyedihkan kisah hidup dia tapi dia seorang yang tabah.Dia tak ada sesiapa lagi kat dunia ni.Saya pernah suarakan untuk meminang dia.Saya teringin sangat nak jadikan dia suri dalam hidup saya tapi...segalanya punah begitu saja.''
Aku terus meraup muka bersama kesalan yang tak sudah.Sebak mendatang lagi di dalam hati ini.  
''Fakhrul...sudahlah tu jangan bersedih lagi.Awak masih boleh mencari pengganti dia.Kalau awak mahu saya sudi jadi kawan baik awak.''
Aku palingkan muka menghadap dia.Tak sangka dia akan berkata begitu.Ada senyuman meniti di bibirnya saat itu.Entah mengapa hati ku sedikit terubat tika itu.
''Awak ni memang baik hati terima kasih sebab sudi jadi kawan saya awak tak kisah,kan?.''ucapku padanya.
''Tak apa saya tak kisah,cukuplah kalau awak sudi terima saya sebagai kawan.''ujarnya mengerti.
Aku memandang dia sekilas.Apakah akan ada harapan buat kami nanti.Kami berpisah setelah dia meminta diri kerana harus membawa ibunya ke pasar.

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...