Saturday, November 14, 2015
AKU bab 8
Waktu sampai di rumah aku lihat papa dan mama sedang menikmati sarapan pagi.
''Rul!baru balik?mari kita sarapan sekali.''tegur papa padaku.
Mama aku lihat diam tidak berkutik.Marah lagilah tu dengan hal kelmarin.Aku terus duduk di kerusi berdepan dengan mama.Roti di atas meja aku ambil lalu ku sapukan kaya di atasnya.Tak larat pula nak makan makanan berat walau di depan ku ada nasi goreng.
Papa memandang aku dan mama silih berganti.Mungkin hairan kenapa aku dan mama tidak bertegur sapa dari tadi.Mulutku ini juga entah mengapa begitu berat untuk di buka.Berdosakah aku?
Aku bukan benci pada mama.Tak mungkin perkataan itu wujud di dalam hati ku tapi sikap mama selalu mengecewakan ku.Segala kehendaknya harus aku turuti.Sampai bila akan jadi begini?
Tiba-tiba mama bangkit untuk beredar dari situ.
''Laila!awak nak ke mana?nasi tu tak habis lagi.''Papa menegur tingkah mama.
''Saya tak ada selera.''ujar mama lalu bergegas naik ke tingkat atas.
''Kamu bergaduh dengan mama ke?''
''Kami bertekak sikit hari tu.''jelasku.Tangan memegang cawan kopi lalu ku teguk perlahan.
''Hm...apa nak jadi mama kamu tu agaknya.''keluh papa sedikit kesal.
Aku tahu papa sudah naik pening dengan perangai mama.Segala kehendaknya harus di patuhi kalau tidak panjanglah muncungnya.
''Biarlah pa,satu hari nanti mama tentu akan berubah.''ujarku sambil merenung kopi yang masih berbaki di dalam cawan itu.
Selepas sarapan aku naik ke bilik untuk berehat.
Televisyen aku buka lalu tubuh ku rebahkan ke sofa.Bunyi telefon bimbit dari dalam poket mengejutkan ku.
Aku segera menarik keluar telefon itu.Satu mesej telah masuk.Aku buka folder mesej itu lalu terpapar satu mesej dari kawanku Salim.Dia mengajak aku keluar.Aku memikirkan pelawaannya ada baiknya juga aku keluar berjumpa dengannya,dapat juga menghilangkan boring aku ni.Aku segera membalas mesejnya dengan menyatakan persetujuan ku.Setelah menutup televisyen aku segera bangkit mencapai tuala di ampaian kecil lalu bergegas masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
Ha!nampak hensem pulak aku ni.Erk...terpuji diri sendiri pulak.Jangan riak Rul!puji-pujian hanya untuk ALLAH.Aku membetulkan kolar baju shirt yang ku pakai.Setelah yakin dengan penampilan diri aku terus keluar menuju ke tingkat bawah.
Kereta aku parkirkan di ruang letak kereta di bawah bangunan shopping kompleks itu.Mujur saja ada ruang kosong yang berdekatan dengan lif.Setelah memastikan kereta ku berkunci dengan selamat aku segera masuk ke dalam lif yang telah sedia terbuka.
Sampai di tingkat satu aku terus berjalan menuju ke café yang aku janjikan untuk bertemu Salim.Apa agaknya perkara yang penting sangat tu sampai dia tak sabar-sabar hendak berjumpa?Aku masuk ke dalam café yang tidak berapa ramai orang itu.
Kelibat Salim sudah kelihatan di pandangan mata sedang leka menatap telefon bimbitnya siap tersengih lagi.Dah macam orang tak betul aje kawan aku sorang ni.Salam aku beri bila sudah sampai di depannya sehingga dia melompat sedikit akibat terkejut.Dalam pada itu sempat juga dia menjawab salam ku.Terkekek-kekek aku ketawa melihat gelagatnya.
''Wei...kau ni buat terkejut aku ajelah.''aku cuba menahan ketawa.
''Yang tersengih macam kerang busuk tu apasal sampai aku datang pun tak sedar.''
''Ish,sibuk aje kau ni,baru nak layan awek kau dah kacau.''
''Woi!kau yang sibuk telefon nak jumpa aku sekarang kau kata aku kacau kau pulak?macam ni baik aku balik aje lah.''sengaja aku mengacah ingin bangkit dari situ.
''Eh,janganlah balik dulu takkan aku gurau pun kau nak sentap tak macho la wei.''ha tahu pulak gelabah,baru aku acah aje tu.
Seorang pelayan menghampiri kami untuk mengambil pesanan.Aku cuma memesan segelas jus oren.Salim pulak masih sibuk dengan telefonnya.Nak aje aku rampas gajet yang jadi buah hatinya itu biar dia rasa tak tentu arah sikit.Dah suruh kita datang lepas tu buat dek aje,memang nak kena sound budak ni.
''Wei,kau kalau nak ngadap benda tu aje baik aku baliklah tak guna aku duduk macam tunggul kat sini.''
''Ala...janganlah wei,aku nak mintak tolong dengan kau ni,ok...ok..sekarang kita borak dulu,buah hati aku ni biar aku simpan dulu,ya.he...he...''
''Hai,dah teruk kau ni,awek dari mana pulak yang kau usha kali ni?''bukan aku tak tahu si Salim ni punya perangai mata keranjang sikit orangnya.Tak cukup dengan satu awek,pantang jumpa yang dahi licin habis di sebatnya.
''Wo...wo...kok ya pun nak ngata aku janganlah sampai sentap jantung hati aku ni.Walau aku ni mata keranjang pun tak pernah lagi nak rosakkan anak dara oranglah,semua tu nak buat suka-suka aje.''
''Ha ya la tu,yang kau sibuk sangat nak jumpa aku ni kenapa?dah dapat awek baru ke?''
Salim menggaru mukanya yang aku kira tak berapa nak gatal tu.Sengihan panjang pulak yang di beri padaku.
''Rul,kau rasa muka aku ni ada ke orang nak?kau rasa sesuai tak kalau nak jadi suami orang?''terkejut aku.Dah kenapa dengan ayat dia ni lain macam aje.
''Kau ni mengigau ke atau kena sampuk?''
"Entahlah aku rasa aku dah jatuh cintalah."
Ha ni memang ayat tak lojik.Salim dah jatuh cinta.Siapalah yang malang menjadi kekasih dia ni?
"Wei,yang kau termenung tu kenapa?aku tanya tadi kau tak jawab lagi."sergah Salim sambil cuba mengacah-ngacah nak ketuk kepala aku.
"Aku bukan menunglah,aku tengah fikir ni awek mana yang malang kalau dapat kau ni."
Salim terus menjengilkan matanya padaku.Aku apa lagi terus melambakkan tawa sepuas hatiku.Naik mengah perut aku ketawakan dia.Bengang betul muka Salim.
''Seriuslah bro,aku bukan main-main lagi.Hati aku ni dah rasa lain macam aje ni.Sejak aku jumpa dia,jantung aku ni bagai nak tercabut kau tahu.Malam-malam sekarang aku payah nak tidur,asyik teringatkan dia aje."
Memang dah parah kawan aku yang sorang ni.Ini mesti kes jatuh cinta pandang pertama.
''Mana kau jumpa dia?''
''Kat tadika anak buah aku.''
''Ha!kau jangan cakap yang kau dah jatuh cinta kat cikgu tadika pulak.''Salim menganggukkan kepala.
Pulak!ini dah kes serius,memang serius.Tak pernah aku tengok mamat sorang ni jadi begini di sebabkan cinta.Rasanya sepanjang aku kenal dia tak pernah lagi aku tengok dia kekal dengan mana-mana perempuan tapi sekarang dia kata dia sudah jatuh cinta?Oh Tuhan,dah dapat hidayah ke kawan aku ni?kalau betul begini akulah manusia yang paling bersyukur.Akhirnya kawan aku yang sorang ni mahu juga berubah.
"Rul!kau boleh tolong aku tak?''
"Nak tolong apa?"
"Tolong aku pikat dia."Nak tercekik rasa kerongkong ku mendengar ayat yang keluar dari mulutnya.
''Kau ni mengigau ya selama ni mana pernah kau mintak tolong aku.Apa skil memikat kau dah hilang ke?"Salim menundukkan kepala.
''Aku tak boleh pakai skil aku tu,semua tak jalan,tak laku pun dengan dia.''sayu aje ayat dia tu.Geli pulak hati aku mendengarnya.Aku cuba mempertimbangkan semula patutkah aku tolong kawan aku yang sorang ni.
"Kau betul-betul suka dengan dia ke?kau tak main-main?''soalku inginkan kepastian.
"Betul aku tak main-main,aku rasa aku dah jumpa teman sehidup dan semati aku."
Nampak gayanya kena juga aku menolong mamat romeo sorang ni.Kalau tidak sampai ke sudahlah dia akan merengek dekat aku.Bukan tak kenal dia ni.Selagi tak dapat apa yang dia mahukan dia pasti takkan mengalah.Seorang yang kuat berusaha.
Harapnya kali ni dia betul-betul dah berubah dan aku kena pastikan yang dia takkan mempermainkan perempuan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment