Monday, August 8, 2016
BOS SINGA KU SAYANG
Jasmin!!jeritan dari singa lapar sudah mengaum dari corong intercom.
"Terkejut aku.Geram betul aku tengok singa lapar ni tau nak menjerit saja.Tak sakit ke tekak tu kalau satu hari tak menjerit pada aku."rengus Jasmin bersama cebikan di bibirnya.Di pegang dadanya yang terkejut tadi
Jasmin bangun juga dari kerusi yang di duduki.Buku nota di capai lalu segera langkah di atur menuju ke bilik bos nombor dua di syarikat itu.
Pintu di ketuk dan setelah bosnya yang bernama Amir Safwan menjerit dari dalam bilik menyuruh dia masuk barulah Jasmin berani membuka pintu.Pernah sewaktu dia baru bekerja di situ Amir memarahinya kerana dia membuka pintu sebelum di benarkan masuk.Sejak itu Jasmin tidak lagi mengulangi kesilapannya.Jasmin berdiri di depan Amir.Tika itu juga Amir yang sedang merenung dokumen di depannya segera mengangkat muka.
"Kopi saya mana?"sergah Amir.Bulat mata hitamnya memandang tajam ke arah Jasmin.
"Hai,bukan tadi saya dah buatkan kopi ke,bos?takkan tak cukup lagi?dan masa bila pulak bos mintak kopi lagi?"
selamba Jasmin menyoal kembali bosnya.
Muka Amir sudah menegang.Dia bangun lalu menghampiri Jasmin.
"Awak kalau tak soal saya balik boleh tak?dari tadi saya mintak kopi mana telinga awak letak atau dalam telinga dah banyak sangat taik telinga?"
Amir menunjal telinga Jasmin yang di sebalik tudung itu.Walau tunjalannya tidak sekuat mana tapi Jasmin terasa malu bila di perlakukan begitu.Kan mereka bukan mahram.
Alahai,bos ni kalau dah marah tak ingat apa yang sedang di buatnya.
"Bos,saya mintak maaf lain kali saya tak buat lagi.Tolonglah jangan tunjal telinga saya.Malu saya bos.Saya repot dengan bos besar nanti."rayu Jasmin cuba bergurau dengan harapan agar bosnya itu akan berhenti memperlakukannya begitu.Amir berhenti tika itu juga.
"Awak ingat saya takut dengan ugutan awak tu?"buntang lagi mata Amir yang sudah sedia membulat merenungnya.
Terteguk air liur Jasmin saat itu.Dia menundukkan muka.
"Maaflah,bos saya pergi buat kopi yang bos mintak tu,ya."mengalah juga Jasmin dengan kerenah bos singanya itu.Bergegas dia keluar dari bilik itu.
"Huh!dia ingat dia besar sangat nak ugut aku balik?"Amir menggumam sendiri sambil membetulkan tali lehernya.Dia tersenyum sendiri.Lega rasa hati dapat mengenakan gadis itu.
Gadis itu sebenarnya telah berjaya menyentuh hatinya saat pertama kali bersua muka di ruang legar bangunan itu.Gadis yang melanggarnya dengan tidak sengaja sewaktu mula-mula masuk kerja di situ.Gadis itu juga yang telah membuatkan dia kecewa saat dia mendapat tahu yang gadis itu telah pun bertunangan.Sengaja Amir mencipta jarak dan rasa benci itu agar dia tidak terikut-ikut dengan perasaannya sendiri.
Amir membawa diri ke jendela pejabat.Termenung seketika di situ.Bagaimana lagi aku nak cipta kebencian ini kalau kau sentiasa di depan mata.Hendak di berhentikan gadis itu terasa sayang pula.Gadis itu terlalu polos,terlalu jujur.Selalu menurut katanya tanpa banyak bicara.
"Tuk!tuk!"
"Masuk!"jerit Amir.Pandangannya masih tidak berkalih dari jendela itu.
"Bos...ni kopi yang bos nak tadi.Maaf sekali lagi saya dah buat silap tadi tak dengar bos panggil saya."Jasmin meletakkan mug itu di atas meja.
Amir mengisyaratkan tangannya agar Jasmin keluar dari situ.Jasmin yang faham dengan arahan tersebut terus saja keluar dari bilik itu dan menutup pintu kembali.Dia mengurut dadanya sebentar sambil menyandar di pintu bilik Amir itu.
"Fuh!nasib bos tak menjerit lagi."gumam Jasmin lalu segera kembali ke tempat duduknya.
Dalam masa yang sama Amir yang masih berdiri di tepi jendela itu hanya melirik senyum bila terkenangkan tingkah setiausahanya yang comel itu.
Hm...macam mana aku tak terpikat,sikap kau tu buat aku makin gila bayang setiap saat.Kopi tu cuma alasan untuk aku melihat wajah kau Aliya Jasmin.Amir pegang dada yang rasa berdebar.Rasa itu tak surut sejak dari tadi.Hm...kenapalah kau dah bertunang,kalau kau solo lagi,sekarang jugak aku suruh ayah dan ibu masuk meminang.Nasib...nasib.Redha aje lah Amir,kalau dah bukan jodoh kau nak buat macam mana lagi.Wajah di raup perlahan.Amir kembali ke tempat duduknya.Di ambil mug yang masih berasap itu lalu di teguk perlahan.Mm...secukup rasa,tak manis tak pahit sangat.
Pandangan Amir di tebar keluar bilik.Tepat ke wajah setiausahanya.Jauh di sudut hatinya masih berharapkan agar sesuatu keajaiban berlaku.
Jam menunjukkan ke pukul enam petang,Jasmin segera menutup pc yang di gunakan setelah kerjanya selesai.Tas tangan di ambil dari dalam laci dan dia ingin segera pulang.Interkom di tekan untuk memaklumkan bosnya yang dia hendak pulang,Kalau tidak di beritahu nanti pasti bos singanya itu mengaum lagi.
Sewaktu kakinya sedang melangkah menuju ke lif,telefonnya berbunyi.Terkial-kial Jasmin membuka tas tangannya.Jasmin mengambil telefon itu lalu membukanya.Satu mms di terimanya.Bulat matanya memandang skrin itu.Dadanya berdegup kencang,Jasmin rasa bagai nak rebah.
Pandangannya mulai kabur dan tanpa di sedari tubuhnya jatuh di depan lif itu.Seorang rakan sekerja yang sedang menuju ke situ segera menerpanya.
"Jasmin!awak kenapa ni?Jasmin!"kalut rakannya itu sekejap.
Tubuh Jasmin di pangku.Umairah segera memanggil rakannya yang lain.Sekelip mata beberapa rakan yang masih berada di pejabat itu berlari mengerumuni mereka.Amir yang sedang keluar dari biliknya terdengar jeritan itu turut menerpa ke situ.
"Eh,yang ramai-ramai berkumpul ni kenapa?"
"Encik Amir,Jasmin pengsan,Encik."
"Ha!Jasmin pengsan?"terjerit Amir saat itu lalu menerpa ke arah yang di maksudkan.
"Jasmin...bangun Jasmin...kenapa ni?"Amir menggoncang bahu Jasmin yang tidak sedarkan diri di pangkuan Umairah itu.
"Encik,saya rasa baik kita hantar dia ke hospital."
"Macam mana boleh jadi begini?"Tanya Amir gelabah.Hatinya tidak keruan bila melihat pujaan hatinya yang pengsan itu.
"Tak tahulah Encik,masa saya sampai tadi saya tengok dia tiba-tiba je rebah."
"Awak tolong bawakkan beg tangan dia,saya nak bawak dia ke hospital."
Amir segera mencempung Jasmin yang tidak sedarkan diri itu.Dia segera masuk ke dalam lif di ikuti oleh Umairah.
"Encik nak saya ikut sekali ke?"Tanya Umairah.
"Tak apalah awak baliklah dulu,biar saya yang uruskan dia."balas Amir sambil mengambil tas tangan Jasmin yang di hulur Umairah itu sebaik dia meletakkan Jasmin di kerusi sebelah pemandu.
Mujur dia telah meletakkan kereta tak jauh dari lif tersebut.
Amir segera memandu menuju ke hospital.Sampai di depan hospital dia telah meminta bantuan petugas unit kecemasan itu untuk membawa Jasmin masuk.Hampir setengah jam berada di dalam wad kecemasan barulah seorang doktor keluar dan memaklumkan keadaan gadis itu kepada Amir Safwan.Hanya masalah tekanan darah rendah dan stress terlampau yang di maklumkan oleh doktor tersebut.Amir kesal perkara itu berlaku.Mungkin kerana dirinya maka gadis itu jadi begitu.
Ah!apa yang kau buat ni Amir,bukan ke kau sayang dia tapi kenapa kau perlakukan dia begitu?Amir meraup muka dengan kesalan yang tak sudah.Aku berjanji mulai sekarang aku akan jaga hati dia,buat dia gembira dan takkan sakiti hatinya lagi.Tapi...hati aku ni bagaimana?Bukankah dia dah bertunang bahkan tak lama lagi nak berkahwin,aku jugak yang kecewa nanti.Ah!!berat sungguh beban perasaan ini.Kenapalah aku jatuh cinta dengan tunangan orang?
Bunyi telefon bimbit dari dalam tas tangan Jasmin mengejutkan Amir yang sedang bermonolog sendiri.Teragak-agak dia mahu membuka tas tangan itu tapi bunyi itu membuatkan dia tidak senang hati.Mungkin ada panggilan yang penting.Amir buka juga tas tangan itu lalu tangannya mengagau mencari telefon bimbit itu.Sebaik jumpa Amir terus membukanya.Mujur Jasmin tidak mengunci keypad telefonnya.Ada satu mesej yang masuk.Orang dah pakai telefon pintar mengapa dia masih pakai telefon ni lagi?Alahai,Jasmin ku sayang.Wajah Jasmin yang terpapar di skrin itu menarik perhatian Amir.Patutlah bila aku nak whassap dia kata tak boleh,inilah sebab rupanya.Tak apalah sayang nanti Mir belikan telefon baru untuk sayang ya.Tersengih sendiri dia sambil bercakap dengan gambar gadis pujaan hatinya itu.Mms itu di bukanya.Terbuntang matanya melihat gambar itu.Gambar seorang lelaki sedang berpelukan dengan seorang perempuan di atas katil.Beristighfar panjang Amir.
"Apa semuanya ni?siapa pulak yang hantar gambar macam ni?"gumam Amir sendiri.Terasa jijik hendak melihat gambar itu lagi lantas tangannya segera menutup folder mesej tersebut.
Tergerak pula hatinya ingin melihat gambar Jasmin lalu Amir membuka pula folder gambar.Sekeping demi sekeping gambar Jasmin menjadi santapan matanya.Sehingga tiba pada sekeping gambar tangan Amir terhenti.
"Eh,ni kan gambar lelaki tadi!"Gambar Jasmin sedang berbaju kurung merah jambu bersama seorang lelaki di dalam pakaian baju melayu rona yang sama memegunkan pandangannya.Ni gambar tunang dia ke tapi tadi gambar lelaki ni juga,kan?YA ALLAH!Apa yang lelaki ni dah buat?Mungkinkah Jasmin pengsan setelah melihat gambar tadi?Serta-merta hati Amir jadi geram.Panas hatinya setelah tahu penyebab sebenar kenapa Jasmin boleh pengsan.Kau memang nak mati kat tangan aku.Tunggu kau kalau aku jumpa memang nahas kau aku kerjakan.Penumbuknya di genggam erat.Amir bangkit menuju ke luar cuba meredakan ketegangan hatinya.
Matanya di buka perlahan.Kabur namun lama kelamaan satu sinar terang mulai memancar ke matanya.Aku di mana ni?Fikir benaknya.Pandangan di tebar ke serata bilik.Macam kat hospital je.Fikirnya.Tiba-tiba pandangannya tertancap ke satu kelibat manusia yang sedang terbaring di sofa.
Encik Amir!Eh,macam mana pulak dia boleh ada kat sini?Apa yang berlaku sebenarnya?Mindanya cuba mencerna semula perkara yang terjadi sebelum ini.Tadi aku kat pejabat nak balik tapi tiba-tiba...
Fikirannya terhenti berfikir sejenak.Mms tu...gambar tu.Jasmin kaget.Dia cuba bangun tergesa-gesa namun salur cecair yang melekat di tangan menghalangnya.Mana telefon aku?Dia tercari-cari sesuatu.Beg aku mana?
Erk,takkan dia pulak yang pegang?Matanya terpandangkan Amir yang sedang lena.Nak kejutkan ke?
Aku tak mimpi,kan?Gambar tu memang betul,kan?
YA ALLAH!Apa yang berlaku sebenarnya?Hati Jasmin di rundung sebak.Kenapa dia curang di belakang aku?Bukankah kami akan berkahwin tak lama lagi?Apakah salah dan silap yang aku telah lakukan padanya sehingga dia sanggup perlakukan aku begini?Jasmin tidak dapat menahan sendu yang hadir dia menangis teresak-esak di situ.
Tanpa di sedari tangisannya itu mengejutkan Amir yang sedang lena.Dia bangun dalam keadaan terpisat-pisat.Kenapa dia menangis pulak ni?Takkan...ah...nampaknya aku pulak yang kena pujuk dia ni.Amir bangun juga menuju ke katil Jasmin.Dia duduk di kerusi yang tersedia di situ.
"Err...Jasmin...awak ok ke?"Amir teragak-agak hendak memujuk gadis yang sedang menangis sambil memeluk lutut itu.Tersedu-sedu di lihatnya gadis itu.Alahai,ni yang aku lemah ni,aku bukannya pandai dalam bab memujuk ni.Haish,nak buat macam mana ni.
"Jasmin,awak jangan macam ni,kumbang bukan seekor,kalau kumbang yang ada tu tak boleh di harap,awak cari saja kumbang yang lain."
Erk...apa yang aku merepek ni,nak bermadah pun tunggang langgang bunyinya.Amir tergaru-garu kepala sendiri.Tak sangka pula ayat itu yang terpacul dari bibirnya.Saat itu juga Jasmin memanggungkan kepala.
"Apa yang Encik Amir cakap ni?"soal Jasmin bersama kerutan di keningnya yang agak lebat.Airmukanya masih cemberut.
"Er...saya tak pandai nak pujuk orang.Er...sebenarnya saya dah tahu apa yang berlaku pada awak.Kalau dia curang tak guna pun awak menaruh harapan pada dia lagi.Lebih baik awak cari saja yang lebih baik dari dia."
"Tapi saya masih sayang pada dia.Dah lama kami bercinta takkan nak putus macam tu saja.Lagi pun saya tak pasti gambar tu gambar dia ke tidak.Saya kena jumpa dia dulu untuk pastikan semuanya."
Habislah peluang aku.Amir bangkit dari kerusi yang di dudukinya dengan wajah muram.Hatinya kecewa.
Langkahnya di bawa kembali ke sofa lalu dia merebahkan badan.
"Er...kenapa Encik nampak sedih?"Jasmin menegur bosnya.Saya kecewa dengan awak.Bisik hati kecil Amir.Dia cuba melelapkan mata kembali.
"Kalaulah hati saya ni mampu awak lihat,tentu awak tahu apa yang tersirat di hati kecil saya."Gumam Amir perlahan.
"Apa maksud Encik?"persoalan itu Amir biarkan tanpa di jawab.Dia terus melelapkan mata.
Pagi itu Jasmin bangun dengan muka tercengang.Kenapa dia masih ada dekat sini.Dia tak balik ke semalam?Jasmin bingung dengan perlakuan bosnya yang garang macam singa itu.Bagaimana dalam sekelip mata dia boleh berubah laku dan nampak mengambil berat pada aku?Bunyi jururawat yang sedang memeriksa Jasmin mengejutkan Amir yang sedang lena.Dia segera bangkit untuk keluar dari situ.
Beberapa ketika selepas jururawat meninggalkan bilik itu Amir masuk semula.
"Encik tak balik ke semalam?"
"Tak,saya nak teman awak."
"Tak baik Encik buat macam tu lebih baik Encik balik.Saya pun dah nak keluar hari ni,tak payah Encik teman saya lagi."
"Eloklah macam tu boleh saya hantar awak balik."
"Erk...tak payahlah Encik saya boleh balik sendiri."ujar Jasmin cuba mengelak.
"Saya dah kata saya hantar awak balik jadi jangan banyak songeh boleh tak?"tiba-tiba Amir meninggikan suaranya.Haish,nasib tak gugur jantung aku.Tiba-tiba je nak marah.Bisik hati kecil Jasmin.
"Awak jangan menjawab cakap saya,ya."tegur Amir tegas.Airmukanya sengaja di seriuskan lagi.
"Eh,bila masa saya menjawab bukak mulut pun tak."balas Jasmin selamba cuba mengawal rasa takut yang hadir.Singa ni macam nujum la pulak.
"Awak ingat saya tak tahu apa kat dalam hati awak tu?"
Sudah,parah kalau macam ni aku cakap dalam hati pun dia tahu.Payah memang payah.Jasmin memalingkan muka tak sanggup memandang wajah bos singanya itu.Kalau macam ni susah aku nak ngumpat dia lagi.
"Ha,apa lagi tu yang tak puas hati tak payahlah pusing muka ke sana pulak!"
"Eii...bos ni,saya bukan cakap apa pun yang bos nak menengking tak tentu pasal ni kenapa ha!cakap aje lah kenapa?"Jasmin melepaskan juga perasaan geramnya.
"Sebab saya suka awak!!saya tak nak awak balik semula dengan tunang awak yang curang tu!faham tak!huh!"
Tanpa dapat di tahan Amir terlepas kata.Keduanya terkaku.
Selepas beberapa saat Amir tersedar,dia segera memalingkan wajah lalu beredar ke tepi jendela bilik wad itu.Cuba meredakan perasaan sendiri.Di pegang dadanya yang laju berdebar.
Manakala Jasmin pula hanya menundukkan muka.Benar ke apa yang dia cakap tu?Monolog hati Jasmin.Jasmin pegang dadanya.Ada debaran yang singgah.Kenapa pulak saat macam ni dia tiba-tiba cakap tentang perasaannya?Takkan dia...oh tidak!
Beberapa minit berlalu tiba-tiba Jasmin teringatkan tas tangannya.Di jeling bosnya yang masih termenung di tepi jendela itu.
"En...Encik...beg saya mana?"
Jasmin beranikan diri membuka mulut.Amir berpaling kemudian mendekati katil Jasmin.Kabinet di sebelah Jasmin di buka lalu dia mengeluarkan tas tangan tersebut.Amir menghulurkan tas tangan itu kepada Jasmin tanpa memandang wajah gadis itu.Hatinya masih libang-libu dengan apa yang baru berlaku tadi.Jasmin segera mengucapkan terima kasih sebaik tas tangan itu di ambil.Amir hanya menjawab di dalam hati lalu beredar semula ke jendela.Telefon di dalam tas tangan itu di ambil lalu di keluarkannya.Folder mesej segera di buka.Terpapar lagi gambar itu.Gambar yang menyebabkan dia pengsan petang semalam.Ada satu lagi gambar yang baru di terima,mungkin gambar ini yang di lihat oleh bosnya itu.Hatinya di landa sebak kembali.
"Awak memang dah curang di belakang saya,sampai hati awak.Selama ini saya begitu setia pada awak tapi inikah balasan yang patut saya terima?"
Amir yang terdengar keluhan gadis itu berpaling dan hatinya terasa sebak saat melihat airmata gadis itu.Tolonglah jangan menangis saya tak sanggup tengok airmata awak.Bisik hati kecil Amir.
"Awak...boleh tak temankan saya jumpa tunang saya nanti?"
Tiba-tiba Jasmin bersuara dalam sebak.Terkedu Amir seketika.Teragak-agak dia ingin menjawab.
"Encik!boleh tak?"tanya Jasmin lagi bila Amir diam membisu.
Eh,tadi dia panggil aku awak sekarang Encik balik,apa kena dengan perempuan ni.Perlahan-lahan Amir menganggukkan kepala tanda setuju.
"Lepas awak keluar kita terus pergi jumpa dia,ya."ujar Amir seraya memandang wajah yang masih tergenang.Serasa ingin di sapu airmata itu dengan jemarinya namun dia sedar di tahap mana kemampuannya.
Seperti yang di rancang mereka pergi berjumpa tunang Jasmin.Memang benar apa yang di sangka oleh Jasmin.
Syukri betul-betul sudah berubah dan dia mengaku mempunyai hubungan dengan perempuan di dalam gambar tersebut.Hancur luluh hati Jasmin bila segala yang di impikan musnah dalam sekelip mata.Airmatanya tidak berhenti menitis sehingga Amir naik risau.Alahai,perempuan ni macam mana aku nak pujuk ni?Bukannya aku pandai bab bab begini.Amir serba-salah akhirnya dia memberhentikan kereta di tepi jalan.
"Jasmin,awak janganlah macam ni,tak guna awak menangis airmata darah sekali pun,dia takkan balik ke pangkuan awak lagi.Sudahlah tu,awak jangan sedih lagi,saya ni bukan pandai pun nak pujuk awak."
Saat itu juga Jasmin berhenti menangis.Dia memandang tajam kepada Amir.
"Saya tak suruh awak pujuk saya pun."sedikit meninggi suara Jasmin.Bengang dengan kata-kata lelaki di sebelahnya itu.
"Yang awak marah saya kenapa?bukan saya yang buat salah dengan awak."Amir turut meninggikan suaranya.
Jasmin tertunduk.Tersedar akan ketelanjuran suaranya tadi.Untuk seketika mereka diam tidak berkutik.
"Maaf saya tak sengaja.Saya bingung sekarang,majlis kami dah tak lama lagi.Saya terpaksa batalkan semuanya.Apa saya nak beritahu pada abah saya kat kampung.Tentu dia akan salahkan saya nanti."
"Cakap saja yang benar."balas Amir pendek.
"Encik tak faham dengan abah saya,dia pasti akan salahkan saya.Dia takkan percaya dengan kata-kata saya nanti sebab dia sayangkan sangat bakal menantu dia tu."
"Awak nak saya bantu ke?"ujar Amir Safwan cuba membantu.
"Eh,jangan Encik masalah saya takkan saya nak bebankan Encik pulak."bantah Jasmin segera sambil menyapu airmatanya.
"Saya ikhlas nak bantu,kalau awak nak saya jadi pengganti pun saya sanggup."ujar Amir sambil menayang sengihannya.
Melopong mulut Jasmin bagai tidak percaya ayat yang keluar dari bibir berkumis tipis itu.Amir memandang tepat ke mata gadis itu.
"Jasmin...sebenarnya saya dah jatuh cinta dengan awak."
lurus saja ayat itu meluncur dari bibir Amir Safwan.Terkebil-kebil Jasmin saat itu.
"Tutup mulut awak tu nanti masuk lalat pulak."tegur Amir selamba dengan sengihan panjang.
Jasmin terus menutup mulut seperti yang di suruh Amir.Tercuit Amir dengan tingkah Jasmin itu.Polos.Jasmin diam menunduk tak sanggup memandang panahan mata bos singanya itu.Tajam sangat.Bukan dia tak sedar betapa kacaknya lelaki itu dan bukannya hatinya tidak tersentak dengan perilaku Amir tapi Jasmin sengaja membutakan matanya selama ini.Dia sedar yang dia adalah tunangan orang jadi mana mungkin dia akan berlaku curang.Sekarang dia sedar dia telah tersalah meletakkan kepercayaan.Syukri bukan lelaki yang sepatutnya menjadi khalifah di dalam hidupnya.Patutlah sejak akhir-akhir ni berbagai alasan lelaki itu berikan bila di ajak berjumpa.Rupanya di dalam diam aku di khianati.
"Jasmin kenapa awak diam ni,awak tak nak bagi saya jawapan,ke?"teguran Amir mematikan lamunannya.
Er...bila dia tanya aku soalan?bisik hati kecil Jasmin.
"Jawapan apa saya nak bagi kalau Encik tak bagi soalan?"
"Oo...ye ke?maaf saya silap.Sepatutnya saya tanya awak soalan baru mintak jawapan,kan?ok...ok...saya tanya jangan awak tak jawab pulak,ya?"dengan wajah polos Jasmin menganggukkan saja kepala.
"Ehem...ehem...Jasmin,kalau saya mintak awak jadi isteri saya mahu,ke?"
Bagai di hempap batu besar rasanya kepala Jasmin dengan soalan Amir itu.Jasmin terasa tangannya semakin sejuk dan badannya menggeletar.Peluh dingin sudah mula memercik dari belakang badannya.Habislah pasti lencun baju ni,aku bukan boleh kalau orang tanya aku soalan macam ni.
"Jasmin awak ni kenapa?"
Pelik Amir melihat Jasmin yang gelabah semacam.Hai,aku baru tanya soalan macam tu,dia dah tak tentu arah ke?ni belum aku buat tut...tut...ish tak patut aku fikir macam tu dia belum halal untuk aku pun.Amir pandang lagi orang di sebelahnya.Kasihan pula tengok muka dia.
"Awak...awak ok ke ni?"tanya Amir separuh cemas.
"Jasmin awak ok tak?jangan buat saya cemas boleh tak?"
"Sa...sa...saya ni ada penyakit mudah gelabah,tambahan kalau soalan macam tu keluar lagi saya takut."lurus Jasmin menjawab soalan Amir Safwan.
Amir ketawa perlahan.Terasa lucu dengan kata-kata Jasmin itu.Jujur betul tak reti nak bengkang-bengkok.Amir semakin di lamun cinta dengan gadis itu.
"Saya betul-betul ikhlas nak ambil awak jadi isteri saya.Ini bukan main-main atau gurau senda.Awak cuma cakap ya saja saya akan rombongan secepat mungkin."
"Tapi Encik,kita bukan bercinta pun macam mana nak kahwin?"
"Lepas kahwin nanti kan boleh bercinta."
Jasmin berfikir sejenak.Boleh ke macam tu?Tapi dia ni garang macam singa.Aku takut nak letakkan harapan.
"Tapi Encik ni garang,saya tak pasti yang saya boleh terima Encik."
Hish,dia ni dari tadi tapi tapi,teruk sangat ke aku ni?"
"Sebenarnya saya bukan sengaja nak garang dengan awak tapi saya nak cuba lupakan perasaan sayang saya ni sebab saya tahu awak tu tunangan orang."sayu pula ayat yang di belakang itu.
"Tapi Encik pertunangan saya belum putus secara rasmi,mana boleh Encik nak hantar rombongan pulak."Amir berfikir sejenak.Dia ni cakap macam dah terima aku je.
"Er...adakah ini bermakna awak sudi terima saya?"soal Amir inginkan kepastian.
Jasmin mengangkat mukanya lalu mengangguk perlahan bersama sebuah senyuman.Tidak terhingga girang hati Amir sehingga tanpa sedar dia terpegang tangan Jasmin.
"Ops...sori...tak sengaja...terima kasih awak.Awak tahu tak betapa bermaknanya semua ni pada saya?Selama ni saya hanya memendamkan saja perasaan saya sebab saya tahu tak ada tempat untuk saya lagi di sisi awak.Tapi sekarang cita-cita saya dah semakin tercapai,doa saya dah termakbul,saya tak sabar nak jadikan awak milik saya."
Jasmin rasa terharu mendengar bicara lelaki itu.Tak sangka selama ini lelaki itu telah menanggung beban perasaan yang amat hebat.Jasmin terasa inilah lelaki yang telah di takdirkan untuknya.
Amat sukar pada mulanya untuk Jasmin hendak memberi penjelasan kepada abahnya tentang apa yang berlaku pada pertunangannya tambahan bila Amir Safwan turut berada di sisi.Lelaki itu berkeras hendak mengikut dia pulang dan membantu menyelesaikan masalahnya.
"Abah tak rasa yang Syukri sanggup berlaku curang di belakang kau,jangan-jangan kau sendiri yang nak mintak putus tak?Ni budak lelaki ni siapa pulak?Kekasih baru kau,ke?"Jasmin bingung dengan kata-kata abahnya itu.Manakala Amir pula tidak senang hati bila dirinya di perkatakan.
"Pak cik,kan tadi saya dah kata yang saya ni majikan Jasmin,takkan pak cik tak percaya?"
"Aku bukan tak percaya kau ni majikan dia tapi aku tak percaya yang kau tak ada perasaan pada anak aku ni."ujar Pak Majid tegas.Amir terkedu.Tahu pulak orangtua ni yang aku suka dengan anak dia.
"Betul tak cakap aku ni?"Amir menganggukkan kepala.
"Memang saya ada hati dengan anak pakcik,kalau boleh saya nak ambil Jasmin untuk jadi isteri saya.Itu pun kalau pak cik izinkan"akui Amir perlahan.
Dalam berani ada juga rasa takutnya bila melihat riak muka orangtua itu yang agak bengis.
"Kau fikir senang ke aku nak percaya dengan kata-kata korang ni?Selama yang aku kenal si Syukri tu tak pernah aku tengok perangai dia yang tak senonoh."ujar Pak Majid cuba membela anak kenalan rapatnya yang telah di kenali sejak kecil.
"Saya bukan nak memburukkan Syukri depan pak cik tapi dia sendiri sudah mengaku dengan kami yang dia sudah ada perempuan lain."tegas Amir.
"Jasmin saya rasa elok awak bagi abah awak tengok gambar tu."
Jasmin segera membuka telefon bimbitnya lalu menunjukkan gambar yang di terima seminggu lepas.Terduduk orangtua itu setelah melihat gambar yang tak berapa senonoh itu.Dia mengurut dadanya yang terasa sesak tiba-tiba.
"Abah...abah tak apa-apa ke?"Jasmin cemas lantas segera mendekati Pak Majid.Di urut dada abahnya perlahan.
"Kenapa budak tu buat semua ni,dah hilang akal ke dia?kenapa dia buat kamu macam tu?dia dah tak sayangkan kamu ke?apa abah nak cakap dengan ayah dia nanti?"
"Abah mari kita pergi klinik,abah tak sihat ni.Jangan fikir pasal dia dulu kita rawat sakit abah dulu."Jasmin memberi isyarat kepada Amir agar membantu dia memujuk abahnya.
"Betul tu pak cik,mari kita pergi klinik dulu pak cik tak sihat ni."bimbang juga Amir melihat keadaan Pak Majid itu.
"Tak payahlah abah tak apa-apa,bawak abah masuk bilik je,abah nak rehat kejap."
Jasmin memapah abahnya dengan di bantu Amir.Setelah memastikan orangtua itu sudah tidur mereka keluar semula ke ruang tamu.Jasmin melabuhkan punggung di sofa berangkai satu.Nafas berat di lepaskannya.Selama ini Pak Majid tiada menghadapi sebarang masalah kesihatan sebab itu Jasmin terasa risau.Mulanya memang Jasmin tidak mahu menunjukkan gambar itu kepada abahnya namun bila di fikirkan semula hanya jalan itu saja yang dapat menyakinkan orangtua itu untuk percaya dengan kata-katanya.
"Saya fikir elok kita tangguhkan dulu apa yang di rancang,saya tak mahu abah saya susah hati."
"Apa maksud awak?"
Encik jangan hantar rombongan peminangan tu dulu ya,biar keadaan reda dulu lagi pun saya kena selesaikan masalah dengan pihak sebelah sana."
"Tapi awak janji jangan hampakan saya ya,saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya."
Setelah seminggu berlalu Jasmin telah menyelesaikan masalah pertunangannya.Hampir-hampir saja bapa Syukri hendak bergaduh dengan bapa Jasmin akibat salah faham namun setelah di akui sendiri oleh Syukri barulah orangtua Syukri percaya dan bersetuju memutuskan pertunangan mereka.
Hari ini setelah sebulan berlalu,Jasmin telah selamat menjadi isteri Amir Safwan.Terasa lega hati Amir bila si pujaan hati telah sah menjadi miliknya.
"Amboi,sejuknya tangan Iya ni,kenapa?takut dengan abang ke?"tanya Amir pada malam itu sewaktu mereka di kamar pengantin.
Jasmin yang kaku duduk di sebelah Amir sejak tadi hanya menundukkan muka kerana berasa segan.Er...Iya?Apa pelik sangat bunyinya tu?Tak pernah orang panggil aku dengan panggilan begitu.
"Erk...kenapa awak panggil saya Iya?"tanya Jasmin polos.
"Nama sayangkan Aliya Jasmin,abang suka nama yang depan tu tapi kalau abang panggil penuh tak manja bunyinya jadi abang pendekkan jadi Iya.Ha...kan manja sikit bunyinya tu,betul tak?"Jasmin tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan si suami.
"Terangguk-angguk,cuba bukak mulut tu sikit."Sakat Amir.Jasmin melepaskan jelingan manja.
"Apa-apalah bos,janji ada nama asal jangan panggil saya hoi sudahlah."
Amir membuntangkan mata.Tidak percaya apa yang baru keluar dari bibir mungil isterinya itu.
"Apa sayang kata,bos?cakap sekali lagi abang nak dengar."
"Erk...saya salah cakap ke?"
"Memanglah salah,sayang kan dah jadi isteri abang,
panggilan apa yang sepatutnya sayang kena panggil abang,cakap!"sedikit keras kata-kata Amir Safwan.
Aura singanya sudah keluar semula.Jasmin meneguk air liur kesat.Kenapalah aku setuju jadi isteri dia ni.Amir bertambah menjengilkan matanya.
"Aa...a...abang,"saat itu juga Amir tersenyum lega.
Dia bukan marah sangat pun sengaja nak gertak isteri kesayangannya agar membiasakan diri dengan panggilan seperti itu.Barulah sedap telinganya mendengar.Ubun-ubun Jasmin terus di kucup lembut.
"Terima kasih,sayang.Mulia hari ni jangan panggil abang bos lagi tau.Geli pulak abang mendengarnya."
"Tapi kat ofis nanti kena juga panggil macam tu,kan?"
"Ofis lain,rumah lain.Sudahlah sayang jom tidur,abang dah penat ni."tubuh terus Amir rebahkan.
Terasa lega bila dapat terbaring.Jasmin terkulat-kulat di situ.Sejak tadi perasaannya bercampur baur.Takut ada,malu pun ada,bimbang pun ada.Maklum saja ini adalah malam pertama mereka.Di pegang dadanya yang masih berdebar sejak masuk ke bilik tadi.
"Iya ni kenapa?tak ngantuk ke?cepatlah baring."ajak Amir lagi bila di lihatnya Jasmin masih di posisi duduknya.
Perlahan Jasmin mula merebahkan tubuh di sisi suaminya.
Badannya terasa menggigil tika itu.Peluh dingin sudah mulai merembas.Amir segera memeluk tubuh itu.Keharuman tubuh si isteri semakin menarik keinginannya untuk menakluki.Mana tahan kalau ikan sudah di depan mata,si kucing pasti tak sabar-sabar ingin menerkam.
"Dah sedia nak jadi isteri abang ke?"usik Amir nakal.
Jasmin terus menutup mukanya.Tak sanggup melihat wajah suami yang kurang seinci dari wajahnya.Amir melepaskan tawanya saat itu juga.Terasa terhibur dengan keletah si isteri.
Sedar dengan ketakutan yang di alami Jasmin.Geram hati Jasmin bila mendengar gelak yang agak kuat dari suaminya itu.
"Apa abang ni gelakkan Iya pulak."ujar Jasmin sambil memuncungkan bibirnya.
"Mulut tu nak kena cium,ke?"usik Amir lagi bersama tawanya yang mulai reda.Cepat-cepat Jasmin menutup mulutnya dan berpaling ke arah dinding.
"Ha...buat macam tu,berdosa tau tidur membelakangkan suami."
"Ish...itu salah...ini salah,habis nak Iya buat apa lagi?"
"Nak dapat pahala tidurlah mengadap suami sayang tapi kalau nak lebih lagi kenalah tolong abang laksanakan tanggungjawab yang satu tu.Boleh kita meramaikan lagi umat Nabi Muhammad."pujuk Amir bersama sengihan nakalnya.
"Erk..."Jasmin sudah buat muka tercengang.
Tak tahu nak membalas kata lagi biar pun itulah yang di gusarkan dari tadi.Alahai,Iya kau kena redha je.Jangan derhaka pada suami.
Perlahan-lahan senyuman di ukir lantas Jasmin menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan keinginan si suami.Akhirnya dua hati kini bersatu di dalam kasih sayang yang di restui Ilahi.Moga kasih yang mereka bina akan kekal sehingga ke jannah.Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment