Sunday, July 24, 2016

AKU bab 16



Badan terasa penat sekali.Sakit pula kaki ni.
Sepanjang hari di site begitu melelahkan.
Tambahan dengan cuaca yang berbahang hari ini.
Kepala pula semakin sakit.Aku merebahkan badan di tilam setelah membersihkan diri dan bersolat fardu isyak.Perut yang lapar tidak ku hiraukan bila mata sudah mula terasa layu.Entah bila aku terlelap sedar-sedar saja telinga ku menangkap bunyi azan di surau berdekatan.Aku cuba untuk bangun tapi kepala ku masih terasa sakit.Aduh,tak elok lagi ke sakit ni?Takkan dah tidur masih sakit lagi?
Aku mengengsot di tepi kepala katil lalu ku sandarkan badan di situ.Kepala ku picit perlahan.
YA ALLAH!makin berdenyut kepala ni.Teringat kewajipan yang belum terlaksana,aku gagahkan diri bangkit menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Usai solat aku menuju ke almari solek untuk mengambil ubat tahan sakit.Mujur ada saki baki ubat tersebut lalu ku telan di sertai dengan gogokan air mineral yang sedia terletak di situ.Aku rebahkan semula badan ke tilam.Nasib baik hari ini cuti.Tak perlulah aku tergesa-gesa untuk pergi bekerja.Aku cuba menutup mata untuk berehat semula namun telinga ku menangkap bunyi telefon.Ah,tak larat aku nak bangun lalu ku biarkan saja ia berbunyi.Akhirnya aku terlelap sendiri.Aku tersedar bila pintu bilik ku di ketuk bertalu.
"Rul!"itu suara mama.
Aku gagahkan diri untuk bangun.Kepala sudah mula terasa ringan.Aku raup perlahan kepala untuk membetulkan rambut yang kusut.
"Fakhrul!kamu dah bangun ke?dah pukul berapa ni tak keluar lagi?tak lapar ke?"Bergema suara mama di balik pintu.
Sampai di depan pintu terus aku membukanya.Terjengul wajah mama di situ.
"La,baru bangun ke?"
"Subuh tadi dah bangun tapi kepala ni sakit sangat tu sebab Rul sambung tidur balik."ujar ku bersama suara yang sedikit serak sambil bersandar di tepi muka pintu.
"Kenapa tak panggil mama?ubat dah makan belum?"tanya mama sedikit cemas.
"Dah!"ujar ku.
Mama meraup wajah ku perlahan.Terasa kasihnya di situ.
"Lain kali call mama kalau tak larat bangun jangan diam aje.Di buatnya kamu pengsan kat dalam bilik ni macam mana?"bebel mama bersama riak kerisauannya.
Aku tahu walau mama seorang yang tegas tapi kasih sayang pada anak tunggalnya tetap terpahat di hatinya.Aku buat muka tersengih.
"Baiklah lain kali Rul tak buat lagi,mama jangan risaulah kepala Rul dah tak sakit lagi."
"Yalah,cepat turun sarapan nanti sakit pulak perut tu."  
"Ok,ma kejap lagi Rul turun."setelah mama beredar aku menutup semula pintu lalu bergegas ke bilik air.
Setelah membersihkan diri barulah badanku terasa segar.Usai memakai pakaian aku turun untuk mengisi perut.Memang dah lapar sangat perut ni pun mana taknya dari malam tadi aku tak makan.
Sesampai di dapur aku lihat mama dan papa sedang bersarapan.
"Ha!turun jugak kamu papa ingat nak tidur sampai petang."
"Ish,awak ni budak tu sakit kepalalah tadi kan saya dah cakap."tegur mama pada papa.
"Gurau ajelah itu pun nak marah,taulah sayang sangat anak manja awak ni."
Aku geleng kepala melihat gelagat mereka.Pasal aku pun nak bertekak.
"Tak payahlah mama dan papa nak gaduh pasal Rul,bukan teruk sangat sakit Rul ni."
"Kamu berjemur semalam kan?"soal papa tegas.Alahai,papa dah tahu pulak.Aku anggukkan saja kepala.
"Dah tahu kamu tu tak boleh berjemur kenapa buat jugak,pembantu kamu mana?"
"Khairul tak kerja semalam anak dia demam panas jadi kenalah Rul yang masuk site."
"Si Reza pulak mana?"
"Papa dah lupa,ke dia kan balik cuti kahwin dah dua hari,pa."
"Aduh,dah tua sangat papa ni,benda tu pun boleh lupa."
Memang sejak masuk kerja papa sudah sediakan pembantu aku seramai dua orang sebab papa tahu anak dia ni tak boleh berjemur sangat,mesti mudah sakit kepala.Itulah kelemahan aku sejak kecil.Sampai dewasa pun sakit tu masih tak boleh hilang.
Roti putih ku ambil lalu ku sapukan jem strawberi.
Mama menuangkan teh o lalu di hulur pada ku.Aku sambut lalu meletakkannya di depan ku.Setelah menghabiskan roti tu aku ambil pula nasi goreng.
"Lapar betul kamu ni sejak bila tak makan?"tegur mama pada ku.Aku hanya tersengih.
"Emm...dari malam tadi."
"Ha!dari malam tadi tak makan?"
"Awak ni kot ya pun janganlah menjerit kuat sangat sakit telinga saya ni."tegur papa pada mama.
"Opps,sori pa mama tak sengaja."
"Anak papa ni yang buat perangai,di buatnya betul-betul pengsan dalam bilik malam tadi macam mana?"bebel mama sambil menjengilkan matanya.Aku cuma menundukkan muka.
"Tak sengajalah,ma badan penat sangat."
"Sudahlah tu tak payah berleter pagi-pagi ni,makan aje sarapan awak tu."papa memintas bicara kami agar tiada sengketa yang terjadi pagi-pagi begini.Terus mama senyap dan meneruskan suapan.Aku pun ikut senyap juga.
Usai sarapan mama menghampiri ku yang sedang duduk di tepi kolam ikan.Melihat ikan-ikan berenang di situ membuatkan hati ku terasa tenang sekali.Papa mungkin di bilik bacaan kerana memang itulah rutin mingguannya.Membaca. 
"Mama tanya sikit boleh?"tiba-tiba mama bersuara sambil duduk di sebelah ku.
Aku pandang mama sekilas kemudian tumpuan ku tuju semula ke arah ikan-ikan itu.
"Pasal apa?"
"Pasal kamu dengan Mia lah."dah agak dah.Mesti mama nak tahu perkembangan hubungan kami.
"Mama tengok Rul jarang ajak dia keluar,kenapa?"
"Rul kan sibuk dekat ofis,nanti papa bising kalau Rul tak tumpu perhatian kat kerja."
"Ala,alasan je tu kan?"
"Memang Rul sibuklah mama,takkan mama tak boleh nak faham."
"Yalah,mama faham tapi takkan tak ada masa langsung untuk Mia,kasihan dia."aku mengeluh perlahan.
Nampaknya mama takkan puas hati selagi aku tak meneruskan rancangannya itu.
"Aduh,mama ni,janganlah desak Rul.Boleh tak bagi ruang kat kitorang nak kenal-kenal dulu."
"Macam mana nak kenal kalau kamu jarang ajak keluar."aura suara mama sudah mulai tegas.Itu bukan petanda baik bagi ku.
"Ok,ok nanti ada masa Rul ajak dia keluar."
"Boleh percaya ke kamu ni?"Aduh mama ni,sengaja nak menduga aku,takut sangat aku tak ikut cakap dia.Aku cuba tayang sengihan.
"Betul nanti Rul ajak dia keluar."
Beria-ia aku cuba menyakinkan mama.
Akhirnya mama mahu juga menerima kata-kata ku.Hm...Rul berusahalah untuk mencari bahagia.Jangan sampai ke tua kau tak berteman.Hati ku berbisik sendiri cuba mencari keyakinan diri.  

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...