Thursday, July 14, 2016
AKU bab 15
Hari ini aku perlu berjumpa dengan Salim.Dari malam tadi dia mendesak hendak berjumpa aku.Entah mengapa bagai ada masalah je kawan aku yang sorang ni.Takkan bergaduh kot dengan tunang tersayang.Mulanya aku cuba mencungkil rahsianya tapi dia kata akan beritahu bila kami bertemu nanti.Akhirnya aku ikutkan juga kehendaknya.Tak ikut karang mahunya mengamuk pulak dia.Itu pun dalam telefon malam tadi suaranya sudah resah semacam je.
Pukul empat setengah petang aku sudah terpacul di depan kafe tempat kami selalu melepak.Aku rasa aku terawal dari temujanji kami tapi tak apalah lebih baik aku masuk saja dan menunggu di dalam.Sebenarnya aku baru balik dari mesyuarat di luar tadi.Malas pula nak balik pejabat semula memandangkan waktu pejabat akan habis sebentar nanti.Setiausaha ku sudah aku maklumkan akan perkara itu.
Hai Rul,maklum pejabat bapa sendiri kau main terjah je waktu kerja ni.He...he...mujur papa ku sporting,waktu aku hantar mesej padanya tadi dia kata ok je.Itu maknanya dia tak marah.Jangan selalu Rul,pejabat sendiri pun kena jaga juga jangan sampai pekerja terikut-ikut perangai yang tak elok ni.Ok aku kena muhasabah diri lagi.Suka sangat buat perangai pelik.
Setelah duduk dan memesan segelas jus tembikai,
aku membuka semula telefon yang di matikan semasa mesyuarat tadi.Ada beberapa miss call dari Damia terpapar di skrin.Aku mendail semula nombor dia.Tiada sahutan dari sebelah sana.Mana pulak dia ni tadi dia juga yang call aku.Telefon aku letakkan di atas meja.Beberapa saat kemudian telefon ku berbunyi.Damia terus memberi salam dan ku jawab perlahan.Kami berbual seketika.Tiada yang mustahak katanya cuma dia ingin mengajak aku keluar hujung minggu nanti.Aku setuju saja memandangkan aku memang tiada sebarang program minggu itu.Sejak kami bersetuju untuk cuba menjalinkan satu perhubungan aku jarang keluar bersama.Tambahan aku agak sibuk dengan projek dengan syarikat Faizal.Mujur saja Damia memahami setakat ini dia tidak pula bersungut kalau aku tidak dapat menemaninya.Aku letakkan semula telefon di atas meja setelah kami habis berbual.
Suara seseorang memberi salam mengejutkan aku.Segera aku berpaling ke belakang.Wajah Salim yang sedang tersengih menyapa pandangan ku.
"Haish,kau ni terkejut aku tau tak,yang kau datang dari belakang ni kenapa?"tegur aku sambil mengurut dada yang agak terkejut tadi.
"Kalau ya pun jawablah salam aku dulu."balas Salim selamba.Lantas duduk di depan ku.
"Yalah,waalaikummussalam...ha...puas hati!"Salim tayang sengih sambil mengganggukkan kepala.
"Macam tu lah kawan tak baik marah-marah tak baik untuk kesihatan."
"Eh,sejak bila pulak kawan aku ni dah jadi doktor ya,kau dah tukar kerja,ke?"
"Sejak aku tengok kau sengih sorang-sorang."ish,dia ni kan memang nak kena penumbuk aku,cakap kalau tak loyar bukan Salimlah namanya.
"Bro,aku tanya tadi kau tak jawab yang kau datang dari belakang tadi kenapa?"tanya ku lagi tak puas hati.
"He...he...aku pergi melepas tadi,tak tahan sangat perut ni memulas pulak.Kau tengah leka berborak dalam phone tadi tu sebab kau tak nampak aku lalu."
"Hish,tak selera aku dengar,busuk!"sebiji penumbuk di lepaskan ke bahu ku oleh Salim.Aduh,berbisa betul mamat sorang ni.
"Kau apahal tak boleh bergurau pulak."aku menggosok bahu yang terasa sengal.
"Dah kau cakap main lepas je mana aku tak angin,perut aku ni tiba-tiba buat hal bukan nak sengaja pun.Takkan aku nak tahan sampai rumah pulak mahu kejung aku nanti."
"Ala gurau aje takkan nak sentap kot.Dah lah sibuk sangat sekarang ni sampai nak jumpa aku pun payah tambah dah bertunang ni,asyik-asyik Siti,asyik asyik Siti.pegi dahh!"terlepas gelak besar Salim bila aku kata begitu.Tergeleng-geleng kepalanya.
"Bro,serius aku memang dah angau terlebih kat dialah,langsung tak boleh nak lupa.Setiap masa asyik muka dia je yang terbayang dalam kepala aku ni."
"Kau ni dah parah mabuk kepayang betul."
"Dulu kau tak macam ni pun masa dengan mak we lama tu siapa namanya Zetty ke Hetty?"
"Zetty!aku dah lupakan yang lama tu takde faedah pun.Asyik nak nipiskan poket aku adalah.Kejap nak shoppinglah kejap nak melanconglah,pening aku."Aku ketawa mendengar bebelan Salim tentang mak we lama dia tu.
"Tulah kau sendiri suka cari masalah,rasalah sendiri."sindir aku bergurau.Tiba-tiba satu dengusan berat Salim lepaskan.
"Hmm...masalah...aku memang sedang dalam masalah sekarang.Tak tahu nak buat macam mana lagi,tu sebab aku ajak kau keluar ni."
"Apa pulak masalah lagi ni aku ingat kau bahagia sekarang.Kan tak lama lagi nak naik pelamin dah."
"Itulah pasal aku takut aku tak jadi naik pelamin aje nanti,takut pelamin angan ku musnah pulak."Salim tergaru-garu kepalanya sendiri macam ada masalah berat aje dia ni.
"Apa pulak masalah korang ni jangan cakap Aisyah nak putuskan hubungan korang."Salim mengeluh pula.
"Aku kusut sekarang,hari tu masa aku tengah makan tengahari dia ternampak aku dengan Zetty.Aku bukan sengaja pun nak makan dengan dia tapi dia yang mendesak nak jumpa aku untuk kali terakhir.Katanya dia nak ucap selamat tinggal kat aku sebab dia nak pergi luar negeri,dia dapat tawaran kerja kat sana kan dia tu model."
"Dia tak kisah ke kau dah bertunang,dia tak marah?"
"Mula dulu memang dia marah tapi aku dah terus-terang yang aku tak boleh nak teruskan hubungan kitorang lagi pun dia dah jumpa pengganti aku."
"Jadi ni kes cemburulah ni?"
"Ha,lebih kurang macam tu lah.Apa aku nak buat sekarang,dia tak makan pujuklah.Bengang aku ni.Boleh tak kau tolong aku pujuk dia.Please..."Salim merapatkan kedua belah tangannya sambil meminta tolong aku dengan penuh kesungguhan.
"La tunang kau sendiri aku pulak nak kena masuk campur,apa ni bro."
"Aku dah pujuk dia banyak kali tapi tak jalan,aku takut kalau dia mintak putus nanti mahu merana aku nanti,bro.Macam mana aku nak buat lagi ni?kacau kepala otak aku ni tahu tak.Aku betul-betul sayang pada dia,aku takut kehilangan dia.Aku tak sanggup hidup kalau dia tak ada,Rul."
Haish,parah dah mamat sorang ni.Tanpa sedar aku pula yang tergaru-garu pipi sendiri.
"Tak apa ke kalau aku yang pujuk nanti kau pulak yang jeles tak tentu pasal."
"Kali ni aku ketepikan dulu perasaan jeles aku yang penting kau kena tolong aku.Lagi pun kau lebih dulu kenal dia dari aku jadi tentu kau faham perangai dia macam mana."
"Memanglah aku kenal dia dulu tapi kami bukannya rapat sangat dan kami pun jarang berjumpa."
"Aku tahu tapi aku dah tak ada pilihan lain lagi,kau sajalah harapan aku sekarang."
Aku diam berfikir sejenak.Kalau tak tolong kawan aku sorang ni kasihan pula.Takkan nak biarkan hubungan diorang berantakan.
"Ok,aku tolong kau tapi kalau dah baik nanti jaga hati dia betul-betul."
"Ok,aku janji aku tak buat perangai.Aku akan jaga dia sepenuh jiwa raga aku."
Kami meneruskan perbualan sehingga Salim meminta diri untuk pulang.Aku pula termenung seketika sebab memikirkan apa yang aku janjikan dengan Salim tadi.
Aduh,satu hal lagi yang memeningkan kepala.Tak pasal-pasal kena jadi kaunselor ni?Ikutkan sajalah Fakrul demi kawan baik sendiri tak salah kau berbuat sesuatu.Mudah-mudahan hubungan mereka akan kembali pulih.Itulah harapan aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment