Saturday, May 28, 2016
AKU bab14
Hari ini sama juga seperti hari-hari yang lain.Rutin hidup ku tetap berjalan seperti biasa.Masih meneruskan kerja yang sama.Bahkan ku rasa aku semakin sibuk dengan syarikat yang bakal aku terajui suatu hari ini nanti.Harapan papa teramat tinggi pada ku.Susah juga bila menjadi anak tunggal ni.Semua tanggungjawab terbeban di bahu ku.Kenapa aku tak ada abang atau kakak yang boleh sama-sama membantu memajukan syarikat papa ni?Inilah takdir Tuhan,bukan boleh nak di pinda-pinda.Terima sajalah Fakhrul nikmat yang ALLAH dah bagi ni.Bersyukur jangan mengeluh.Muhasabah diri aku sendiri.
Bunyi ketukan di pintu mengejutkan lamunan ku yang seketika.
"Masuk!"jerit ku sedikit kuat.Terjengul wajah papa di muka pintu.Terkaku aku sekejap.
"Kamu sibuk ke?"
"Dah kenapa pulak papa yang datang,kalau nak jumpa Rul kenapa papa tak panggil Rul tadi."
"Papa pun nak keluar kejap lagi ni.Terlanjur tu papa singgahlah bilik kamu ni,nak bincang sesuatu."aku panggung muka pada papa.
Rasa berkerut kening ku.Apa agaknya yang papa nak bincang kan?Wajah papa nampak berseri-seri pulak.Senyum je.Aku segera mempersilakan papa duduk di sofa.
"Mama kamu kata dia dah jumpa seseorang untuk kamu betul,ke?"Hm...patutlah papa datang sini.
"Cepat betul berita tersebar ya?"ujar ku mendatar.Papa tersengih saja.
"Mama kamu dah tak sabar nak menerima menantu agaknya."aku menggelengkan kepala.Apa-apalah mama ni.
"Macam mana kamu dah buat keputusan ke?"tanya papa tiba-tiba.Aku mengurut tengkuk seketika.Terasa bingung pun ada.Boleh ke aku menjalinkan hubungan dengan gadis yang aku tak cinta?
"Mama yang suruh papa tanya Rul,ya?"senyum papa tu memberikan aku jawapannya.
"Kamu faham sajalah dengan mama kamu tu."
"Nantilah Rul fikirkan."
"Jangan lama-lama sangat,papa rasa kamu dah patut fikirkan masa depan kamu pulak."Papa ni dah sama macam mama pulak ke?Aku mengeluh.Wajah ku raup perlahan.
"Boleh tak kalau Rul tak kahwin?"tiba-tiba ayat tu muncul dari bibir ku.
"Kamu biar betul takkan kamu nak macam ni sampai ke tua?"
"Bukan tu maksud Rul,cuma Rul kan baru kerja jadi Rul nak tumpukan perhatian pada syarikat ni dulu."
"Papa rasa baik kamu pertimbangkan rancangan mama kamu tu mungkin inilah jalan yang terbaik buat kamu.Faham kan maksud papa?"sebaik berkata begitu papa terus bangun.Aku ikut bangun sama dan mengiringi langkah papa ke muka pintu.
"Jangan bimbang pasal syarikat ni papa pasti akan bimbing kamu perlahan-lahan.oklah papa nak gerak ni."aku salam tangan papa sambil mengiringinya ke muka pintu.
Setelah memberi salam papa terus keluar.Termangu aku di tepi pintu itu setelah salam papa itu ku jawab.Apa yang patut aku lakukan?
Fakhrul,cubalah kau ikut rancangan mama tu,mungkin ada baiknya untuk kau juga.Kata hati cuba memujuk diri sendiri.Langkah kaki mendekati meja kerja ku semula.Telefon di atasnya aku ambil lalu mencari nombor Damia.Hari tu mama sempat memasukkan nombor dia.Aku menaip mesej untuk mengajak dia berjumpa.
Beberapa saat menanti tiada balasan darinya.Aku letak telefon di sisi meja.Baik aku teruskan kerja yang tertangguh tadi,takkan aku nak tunggu dia jawab baru tangan ku nak bergerak kalau macam tu sampai ke petang kerjaku takkan siap.
Beberapa minit kemudian telefon ku berbunyi tanda satu mesej masuk.Aku ambil telefon itu lalu aku lihat skrin.Nama Damia terpapar di situ lalu aku buka folder mesej itu.
Dia bertanya bila dan di mana hendak berjumpa.Aku berfikir seketika.Ah!jumpa kat kafe hari tu ajelah.Aku hantar semula mesej kepada Damia dengan menyatakan tempat yang kami akan bertemu.
Sampai waktu yang di janjikan aku sampai awal dari waktunya.Sengaja datang awal supaya aku tidak menggelabah sangat.Sebenarnya dari pagi tadi memang perasaan ini lain macam.Tak tahu kenapa?Bagai inilah kali pertama aku mahu berjanji temu.Seram sejuk jantung hati aku ini.Macam tak pernah jumpa perempuan.Masa jumpa dekat kenduri di rumahnya hari tu tak pulak hati aku ni gelabah tapi kenapa sekarang jadi begini pula?Patutkah aku mengundurkan diri saja tanpa berjumpa Damia?Bolehkah?Kecewakah dia kalau tidak bertemu dengan ku hari ini?
Jus oren di dalam gelas ku pandang kosong.Kenapa dengan aku ni?Kenapa nak memaksa diri kalau tidak boleh nak buat dengan ikhlas?Bunyi loceng membuatkan aku pandang ke arah pintu depan kafe.Kelibat Damia kelihatan mencari-cari diri ku.Aku melambai ke arahnya.Tika itu juga sebuah senyuman terukir di bibirnya.Terpanar seketika aku melihat senyuman itu.Ah!Tolong jangan mulakan lagi.Aku cuba mengawal rasa gugup ini jangan sampai ketara di pandangan gadis itu.Mahunya dia gelakkan aku nanti.Dulu waktu di sekolah akulah juara mengusik dirinya sehingga kadang kala dia naik menyampah dengan aku tapi sekarang keadaan kami berbeza.Dia nampak matang dan berkeyakinan sekali.
Dia segera memberi salam lantas ku jawab perlahan salamnya itu.Damia masih lagi tersenyum sambil melabuhkan punggung di kerusi depan ku.
"Mm...awak dah lama sampai ke?"
"Tak lama pun baru beberapa minit je."
Baru beberapa minit apa,dah setengah jam rasanya aku sampai.Pandai kau nak berbohong eh,Rul.Getus hati kecil ku.Semuanya sebab darah gemuruh aku lah ni.Mana pergi keyakinan diriku agaknya?
Seorang pelayan menghampiri kami untuk mengambil pesanan.Setelah Damia memesan minumannya kami terdiam seketika.Mati kutu pulak aku tak tahu nak memulakan.
"Ehem...jadi...sebab apa awak nak jumpa saya,ya?"tiba-tiba suara Damia memecahkan kesunyian kami.
"Ha!"aku sudah terkulat-kulat tak tahu nak kata apa.Macam mana nak cakap ni?Aku jeling dia sekilas.Dia hanya menunduk memandang jemari runcingnya.Kenapa aku pun rasa yang dia seperti ku malu-malu saat begini?
"Er...sebenarnya...err..."aduh kenapa dengan mulut aku ni?Virus apa yang melanda sampai terkaku mulut aku nak berkata-kata.
"Saya rasa saya tahu kenapa awak nak jumpa saya.Sebab orangtua kita,kan?Mereka tengah rancang sesuatu untuk kita?"dengan beraninya Damia bersuara memecahkan kebuntuan ku.
"Awak setuju,ke?"lurus saja soalan ku.
"Awak macam mana?"tanpa menjawab soalan ku Damia menyoal ku pula.
"Entahlah terpulang pada awak,kalau awak rasa kita patut teruskan kita teruskanlah."ujarku tulus malas nak bengkang bengkok.Pening kepala nak fikir lagi.
"Senangnya awak membuat keputusan.Inikan tentang masa depan kita.Awak macam nak berserah saja takkan tak ada bantahan langsung."
"Saya tak tahu nak kata apa."ujar ku seraya melepaskan nafas berat.
"Macam mana kalau kita teruskan tapi kita tak serasi awak nak putuskan hubungan kita?"haish,perempuan ni makin berani pulak.
Nampaknya dia cuba menduga aku.Apa niatnya yang sebenar?Nampaknya aku kena berkata sesuatu.
"Macam nilah apakata kita berkawan dulu manalah tahu kalau ada keserasian antara kita mungkin kita boleh teruskan dengan agenda seterusnya."putus ku.
Damia tergelak perlahan.Kelakar sangat ke apa yang aku cakap tadi?
"Agenda seterusnya..."dia mengulang semula kata-kata ku tadi dengan senyuman sinis.Bingung aku dengan tingkahnya.
"Fakhrul,kalau awak tak mahu jangan teruskan.Saya takkan paksa atau terdesak sangat untuk mencari pasangan."
"Tapi inikan impian keluarga kita."
"Memanglah tapi bukan kita tak ada pilihan lain.Takkan mereka nak paksa kalau kita tak setuju,kan?"bantahnya tangkas.Masih dengan nada mendatar tiada rasa di situ.Airmukanya nampak tenang.Perbualan kami terhenti bila pelayan datang menghantar minuman.
"Awak dah ada calon lain ke?"entah apa yang merasuk tiba-tiba mulut ku ini gatal pulak nak bertanya.
Dia diam tidak menjawab.Gelas di depannya di gosok perlahan.Mungkin sedang berfikir apa yang hendak di katakan atau mungkin dia sedang terkenangkan seseorang.
"Betulkan saya cakap awak sudah ada seseorang?"duga ku.
"Kalau saya cakap ada tapi tiada,awak percaya,ke?"ujar Damia seraya memandang aku sekilas.Kemudian dia memandang semula ke arah gelas minumannya.
"Ada tapi tiada?maksud awak?"soal ku keliru.Pening pula aku dengar ayat perempuan ni.
"Saya pernah suka seseorang tapi...dia tak tahu saya suka dia."alahai ini macam kes tepuk tangan sebelah je.
"Boleh saya tahu siapa?"sekali lagi mulut ku ini lantang menanya.
Memang tak makan samanlah mulut ni.Damia tergelak perlahan.Entah mengapa aku terasa senang dengan ketawanya itu.Tampak cantik bila lesung pipit di pipi kirinya turut terjengul tika itu.Nampak manis saja.
"Tak payahlah awak nak tahu saya segan nak sebut."
"Kenapa awak tak terus-terang yang awak suka pada dia,mungkin dia pun suka juga pada awak?Orang tu kerja sama dengan awak,ke?"ini dah melencong ke arah lain pula.Soalan yang tak berkaitan dengan kami pula yang terpacul keluar dari bibir ku.
Damia mengeluh keras.Dia bagai sedang menanggung beban yang amat berat di mindanya.
Masalah perasaan memanglah berat,kan.Yalah,bila kita suka seseorang tapi orang yang kita suka tu tak tahu atau tak ambil peduli dengan perasaan kita memanglah tak keruan hidup kita jadinya.
Sedangkan aku yang kena tinggal pun sudah separuh mati menanggung kecewa inikan pula kalau cinta tak berbalas.Aku memandang dia dengan rasa simpati.Mampukah aku untuk menyintai dirinya nanti?Dia hanya menundukkan muka.
"Awak...saya rasa nak balik dululah."tiba-tiba dia bersuara.
"Kenapa awak tak nak jawab soalan saya tadi?"desak ku tidak berpuas hati.Mana boleh dia nak balik kalau pertanyaan aku dia abaikan begitu saja.Aku rasa aku perlu tahu isi hatinya sebelum aku bertindak lebih lanjut.Damia memanggung kepalanya ke arah ku sekilas kemudian dia tunduk semula.
"Er...saya segan nak cakap takut dia menolak.Takkan saya nak terhegeh-hegeh pada dia pulak?"
"Kalau awak tak terus-terang mana awak nak tahu dia nak tolak awak.Mungkin dia juga memendam rasa yang sama."
Ini memang betul.Perbualan kami memang dah tersasar.Tadi sepatutnya kami berbincang tentang masa depan kami tapi sekarang masa depan dia pula yang menjadi bicara.
"Awak tak kisah kalau saya berterus-terang?"soal Damia pula.Aku anggukkan kepala.Macam tak ada perasaan pula aku ni.Aku tebarkan pandangan ke sekeliling kafe.Orang sudah semakin kurang.Entah mengapa aku terasa lega sedikit.
"Sebenarnya...saya dah lama suka kat awak!"
Gedegang!!kenapa aku rasa kepala ku macam kena pukul sesuatu?Bengap aku sekejap.Mataku terkebil-kebil memandang dia.Betul ke apa yang aku dengar ni?Dia suka aku?Tak...tak mungkin?
"Fakhrul...Fakhrul...awak ok ke?"ada tangan yang tergawang-gawang di depan ku tika ini.
Tangan Damialah siapa lagi.Tanpa sedar aku tertenung mukanya.Tiba-tiba dia menepuk tangan ku dengan telefon bimbitnya.Tersedar aku saat itu.
"Er...er...saya cakap apa tadi?"tergagap-gagap aku mencari punca.Damia menggelengkan kepala.
"Mana ada awak cakap apa-apa,awak dah macam patung saya tengok dari tadi.Awak terkejutkan?"
Aku mencapai gelas di depan mata lalu meneguk minuman ku perlahan.Dahaga pula rasanya tekak ni.Setelah habis minuman itu ku teguk aku letakkan semula gelas itu.Belakang tengkuk ku gosok perlahan.Angin gelabah ku dah datang balik.Apa yang patut aku katakan?
"Awak tak suka saya cakap ke?awak marah ke?saya ni terlalu terus-terang ke?"berapa banyak soalanlah.Mana satu aku nak jawab dulu?Hm bila di fikirkan balik rasa geli hati pulak.Tadi aku juga yang beria-ia menyuruh dia bercakap tapi bila dia dah cakap kenapa aku pula yang terkelu.
"Saya minta maaf sebenarnya dah lama sangat saya pendamkan perasaan saya ni,sejak kita di bangku sekolah lagi.Dulu saya tak pasti dengan perasaan saya tapi sejak awak berpindah saya rasa sunyi sekali dah tak ada siapa yang nak ganggu saya.Bila saya fikirkan balik saya rasa semua tu sebab saya dah suka pada awak.Terpulanglah pada awak nak fikir apa.Saya dah cakap apa yang terpendam di hati saya.Minta maaf saya rasa nak minta diri dulu."
Damia ingin segera bangkit sebaik habis berkata-kata.
"Tunggu!"tanpa sedar bibir ku terhambur pula perkataan tu.Aku sendiri pun tak sangka.
"Kenapa?"soal Damia tanpa sempat berdiri.Dia pun terkejut dengan jerkahan ku tadi.Aku pandang keliling rasanya tak kuat sangat suara ku tadi.Mujur orang yang berada di kafe itu hanya membuat hal masing-masing itu maknanya suara ku tadi tak sekuat manalah.Hm...lega rasa hati.Aku pandang semula Damia.
"Kita tak habis bincang lagi duduklah dulu."tidak sampai hati pula membiarkan dia pergi begitu saja.
"Awak tak payah paksa diri awak,saya cakap tadi bukan berniat mendesak.Cuma meluahkan apa yang saya rasa."
Aku cuba berfikir yang positif sekarang.Mungkin aku patut memberi peluang pada diri sendiri untuk menilai perasaan yang ada ini.Sampai bila aku harus berpegang pada kenangan itu?
"Saya rasa elok kita mendalami hati masing-masing.Kalau ada jodoh nanti manalah tahu kita boleh saja meneruskan rancangan keluarga kita.'ujar ku cuba menyakinkan diri sekali gus memujuk dirinya.Aku patut memberi ruang pada diri sendiri.Aku boleh cuba belajar menyayanginya.Terkesima Damia.Aku mengukir senyum padanya dan senyuman ku beralas dengan lirikan manjanya.Dia tertunduk malu.
"Awak takkan rasa terpaksa?"soal Damia sambil kembali memandang ku.Aku menarik nafas panjang.Elok aku berterus-terang saja.
"Saya akan jujur pada awak kalau hubungan kita tak mampu pergi lebih jauh.Itu lebih baik dari saya memberi harapan yang palsu,kan?"
Damia nampak tenang menerima kata-kata ku.Mungkin dia juga takut untuk meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan kami nanti.
Petang itu kami akhiri pertemuan dengan berjalan-jalan di sekitar shopping mall itu.Nak ajak dia ke mana pun aku tak tahu.Nak ajak tengok wayang,aku pun dah tak berapa gemar aktiviti itu.Dulu masa sekolah memanglah itu yang aku tunggu kalau hujung minggu tapi sejak meningkat dewasa dan bekerja masa ku banyak di habiskan di pejabat dan di rumah.Malas mahu melepak dengan membuang masa begitu lagi tambahan aku tak ramai kawan macam dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment