Saturday, May 7, 2016

SUAMI AKU KE??



Dengan sekali lafaz Nurjannah binti Aziz telah sah menjadi isteri kepada Muhamad Ikmal bin Harun.Nafas berat di lepaskannya.Entah perasaan lega atau perasaan terdera.Perkahwinan yang di atur oleh kedua orangtua mereka membuatkan mereka terikat antara satu dengan lain.Apakah ikatan ini akan berkekalan atau hanya untuk sementara?Setelah mengaminkan doa dan acara pernikahan selesai Ikmal segera masuk ke dalam bilik untuk mengerjakan solat sunat.
Nurjannah mengeluh lagi.Sejak tadi dia hanya menundukkan muka.Tiada niat hendak memandang jejaka yang telah sah menjadi suaminya itu.Macam manalah mama boleh kahwinkan aku dengannya?Nurjannah hanya mengenali suaminya berbekalkan sekeping gambar yang di berikan mamanya sebelum pertunangannya dua bulan yang lepas.
Mereka tidak pernah bersua muka pun sepanjang tempoh pertunangan yang berjalan dua bulan itu.Jannah sendiri yang tidak mahu bertemu jejaka itu.
Jannah terkejut bila tiba-tiba sikunya di sigung oleh pengapit merangkap kawan baiknya,Siti.
"Kau ni kenapa mengeluh dari tadi?"bisik Siti di tepi telinga Jannah.Hanya gelengan dari Jannah untuk menjawab pertanyaan itu.
"Ha,siap sedia tu laki kau nak sarungkan cincin."teguran Siti sekali lagi membuatkan Jannah bertambah gelabah.
Peluh dingin sudah mula membasahi di celah jemarinya.Tenang Jannah,tenang tu manusia je bukan beruang.Perlahan Ikmal bersimpuh di depan isterinya.
"Assalammualaikum..."suara yang lembut tapi macho itu menyentakkan tangkai jantung Jannah.
"Waalaikummussalam..."jawab Jannah.
Serentak itu tangannya di capai perlahan.Sejuk tangan yang bersentuhan membuatkan keduanya menahan debaran di dada masing-masing.Mak aii,sejuknya tangan minah ni.Basah.Ikmal memandang sekilas isterinya.
Alahai,isteriku yang comel kenapa begini jadinya.Takut sangat ke?Ikmal masih cuba mengawal rasa yang bertandang di dadanya.Jannah yang masih kaku di sigung lagi oleh Siti.Terkejut gadis itu seraya memandang kawan baiknya sekilas.
"Salam suami kau tu."bisik Siti.
Jannah teragak-agak mencapai tangan suaminya.
Ikmal yang sedari tadi menanti terus menghulurkan tangannya.Ada senyuman yang tersungging di dalam hatinya.Kalut betul minah ni.
Setelah Jannah bersalam dan mengucup tangan Ikmal sepantas itu jejaka itu membalas dengan mengucup ubun-ubunnya.Jannah cuba mengawal rasa gugup yang hadir.Terpaku saat kucupan itu singgah di ubun-ubunnya.
"Tak nak pandang muka saya ke?"tegur Ikmal berbisik sebagai tanda tidak berpuas hati bila sepanjang masa wajah itu hanya menunduk saja.
Jannah yang mendengar serba-salah namun dia cuba mengawal riak.Perlahan wajahnya diangkat untuk menatap wajah suaminya.Terkedu Jannah melihat wajah di depannya itu.Membuntang matanya.Rentak jantungnya yang sedari tadi sudah berdebaran semakin laju lariannya.Betul ke ni suami ku?Ke orang lain yang menyamar?Kenapa dia lain sangat?Tak macam dalam gambar pun.Ikmal melemparkan senyuman semanis gulanya.Ah!hensemnya.
Saat itu Jannah sudah mula rasa lain macam.Badannya terasa melayang.Dunianya sudah mula berputar.Pandangannya terus gelap dan dia rebah di pangkuan Ikmal.Terkedu jejaka itu seketika.Alahai,kenapa dia ni?Takkan tengok aku sampai pengsan.Muka aku ni macam hantu ke?
Orang ramai yang melihat kejadian itu mula  tertanya-tanya.Terjenguk-jenguk kepala masing-masing cuba menjengah pengantin perempuan yang pengsan tiba-tiba.Orangtua kedua mempelai apa lagi gelabah bercampur bingung.Mama Nurjannah segera menerjah anak gadisnya itu yang sudah tidak sedarkan diri.
"Jannah!YA ALLAH anak aku!"
"Nak buat apa ni m...m...mama?"tanya Ikmal yang kebingungan.
"Bawak dia masuk bilik."arah papa Jannah yang berada di belakang Ikmal.Sedaya upaya Ikmal cuba mengangkat isterinya.Terkial-kial dia mengawal diri dari terjatuh.Walau pun ketinggiannya lima kaki lapan inci namun badannya tidaklah berapa nak sado sangat.Berat jugak perempuan ni nampak je kurus.Keluh hatinya.Kenapalah waktu macam ni dia pengsan.Sesampai di dalam bilik Ikmal menurunkan isterinya di atas tilam.
"Ha...tolong bagi laluan pada Lili ni biar dia periksa Jannah."ujar Encik Aziz di muka pintu bersama anak saudaranya.
Mujur saja Lili yang kebetulan seorang doktor berada di situ.Bersama stetoskop dan begnya dia menghampiri Jannah.Ibu mertua dan mama Jannah menganjak sedikit untuk memberi laluan.Selesai memeriksa sepupunya Lili bangkit dan menghampiri ibu dan bapa saudaranya.
"Pak long jangan bimbang Jannah tak apa-apa,dia mungkin terlalu letih agaknya.Tekanan darahnya ok dan tiada masalah lain yang saya kesan.Saya rasa elok kita biarkan dia berehat dulu."nafas lega di lepaskan oleh orangtua Jannah dan mereka yang berada disitu.
Akhirnya mereka membuat keputusan untuk keluar dari situ agar Jannah dapat berehat dengan tenang.
"Macam mana dia boleh pengsan,ya?Ikmal cakap apa dengan Jannah tadi?"tanya Puan Halijah kepada menantu barunya itu.Terkial-kial Ikmal ingin menjawab.Keningnya di garu perlahan.Adeh,nak cakap ke ni?
"Mal,mak mertua kamu tanya tu kenapa diam?"tegur Puan Najihah mami kepada Ikmal.Keningnya sengaja di naikkan tanda tidak puas hati dengan gelagat anak lelakinya itu.Airmukanya sudah mula bertukar tegas.Ikmal meneguk air liur kesat.
"Er...Mal cuma mintak dia pandang muka Mal sebab dia asyik tunduk aje masa Mal nak sarung cincin tadi."jawab Ikmal terkulat-kulat bagai anak kecil yang sedang di soal siasat.Mereka yang berada di ruang tamu itu tertawa dengan jawapan yang keluar dari mulut Ikmal.
"Dia terkejutlah tu tengok muka suami dia hensem sangat."sampuk Encik Aziz papa kepada Jannah sambil menepuk bahu menantu barunya itu.Tersenyum simpul Ikmal bila mendapat pujian dari mertuanya.Bangga sekejap hatinya.
"Sudahlah tu tak payah kita banyak soal lagi mari kita makan dulu tentu semua dah laparkan?"tambah mama Jannah.Semua yang ada di situ mengiakan saja pelawaannya itu.

@@@@@

Persandingan berjalan dengan lancar.Pasangan pengantin cuba memberikan kerjasama sebaik mungkin walau di hati masing-masing berbaur dengan  perasaan.
Usai majlis Jannah segera membersihkan diri dan bersolat asar.Sewaktu hendak keluar dari bilik,dia bertembung dengan suaminya di muka pintu.Kaget seketika mereka.Tidak mampu hendak bersuara.Jannah menundukkan muka sambil berlalu keluar dan meninggalkan Ikmal terkedu di situ.Ikmal hanya mampu menggelengkan kepala.Hm...macam manalah aku nak harung hidup lepas ni dengan dia?Nak bukak mulut pun payah.  
Setelah sampai di tepi dinding pemisah antara dapur dan ruang tamu,Jannah berhenti dan bersandar di situ.Dadanya yang berdebar hebat di pegang,
YA ALLAH!Kenapa dengan aku ni,dengan suami sendiri pun takut.Jannah beristighfar panjang.Cuba di tenangkan hati yang resah.
Setelah berasa tenang,Jannah melangkah ke dapur untuk membantu apa yang patut.Kelihatan mak ngah dan mak lang sedang membantu mama membungkus lauk.Saudara sebelah papanya yang lain sudah pun pulang sebentar tadi.
"Mama ada apa yang Jannah boleh tolong?"
"Tak payahlah kamu rehat je,Ikmal mana?"
"Ada dalam bilik nak mandi."ujar Jannah perlahan.
"Kamu pergilah temankan dia."
"Err...Jannah nak tolong mama kemas dapur ni bersepah sangat."seboleh mungkin Jannah cuba mencari alasan.Takut bila memikirkan untuk duduk sebilik dengan lelaki itu.
"Em...sukahati kamulah."Jannah menuju ke singki dan mula mencuci pinggan yang berada di dalamnya.
Ibu saudaranya yang berada di dapur itu tersenyum simpul mendengar bicara kedua beranak itu.Faham benar dengan sikap anak saudara mereka yang pemalu dan tidak banyak mulut itu.
Usai mencuci Jannah duduk di meja makan.
Termenung seketika sambil menghirup minuman yang di ambil dari dalam peti sejuk tadi.
"Kenapa mama tengok muka kamu ni kelat aje,ada yang tak kena ke?"tegur Puan Halijah seraya duduk di sebelah Jannah.
"Tak ada apa-apalah mama Jannah ok je."bibir terasa mahu bertanya namun agak berat untuk di buka.Kalau aku tanya nanti mama marah tak?fikirnya di dalam hati.
"Kamu tak pergi tengok suami kamu ke,mungkin dia perlu sesuatu ke?" 
"Biarlah dia pandailah dia bawak diri."
"Ish,ada ke cakap suami macam tu,diakan baru masuk keluarga kita tentu dia kekok lagi."Jannah terdiam tidak terjawab kata-kata mamanya lagi.Jelingan dari mama sedikit mengecutkan hati.
"Ma,kalau Jannah tanya sikit boleh tak?"
"Kenapa?"
"Pasal suami Jannah."
"Ha...kenapa pulak dengan dia?"
"Er...kenapa muka dia tak sama macam dalam gambar yang mama bagi hari tu?" 
"Maksud kamu?"
"Yang dalam gambar tu lain."ujar Jannah polos.Puan Halijah tersenyum simpul.
"Kamu tanyalah dia sendiri."ujar Puan Halijah seraya berlalu dari situ.
Jannah mengerutkan muka.Ala mama ni sengaja nak ngelatlah tu.Jannah bangkit lantas menuju ke ruang tamu.Ruang tamu yang berselerak di pandang dengan gelengan.Semak betullah.Pantas tangannya mengemas ruang yang menyemakkan matanya itu.

Malam itu sepatutnya menjadi malam yang amat bermakna buat Jannah dan Ikmal namun kedua mereka tidak mampu menjadi semesra seperti pasangan suami isteri yang lain.Maklum saja perkahwinan aturan keluarga.Tambahan keduanya agak ego dan kekok untuk beramah mesra.Entah bagaimana hendak memulakan segalanya.Beberapa hari selepas majlis perkahwinannya Ikmal membawa isterinya tinggal di rumah miliknya.

@@@@@@

Hari ini telah genap tiga minggu perkahwinan mereka.Ikmal masuk ke dalam rumah setelah pulang dari kerja.Keadaan sunyi sepi.Terasa macam balik ke rumah mayat aje.Itulah yang dia rasa setiap kali pulang ke rumah itu.Tiada keserian di situ.Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengubah keadaan mereka.Hambar saja perkahwinan ini.Tiada membawa erti apa-apa.Kereta isterinya ada di porch,itu tandanya isterinya ada di rumah.Dia sendiri pelik kenapa isterinya tidak mesra atau dalam kata lain seakan tidak mahu berbual-bual dengannya?Ikmal turun ke bawah setelah membersihkan diri dan mengerjakan solat fardhu isyak.
Sewaktu langkahnya sampai di dapur dia bertembung dengan isterinya yang sedang menghidangkan makan malam.Dengan selamba Ikmal duduk di meja makan.Jannah terkejut melihat kelibat suaminya di situ.Selalunya dia sudah menghidangkan makan malam seawal mungkin sewaktu suaminya sedang membersihkan diri tapi malam ini dia kelewatan gara-gara terlelap setelah mengerjakan solat fardhu isyak tadi.Cuba dia mengawal rasa gugup yang tiba-tiba muncul.Jannah ingin berlalu setelah kerja menghidang selesai tapi tiba-tiba tangannya di sauk Ikmal.
"Duduklah makan sekali."pelawanya sambil memandang isterinya.
"Er...saya tak lapar."Jannah membalas dengan wajah tertunduk.Takut dia hendak mengangkat muka.Ikmal terasa hati dengan jawapan isterinya.
"Kenapa awak tak pernah nak pandang saya?"tanya Ikmal tidak puas hati.Kerusi di tarik lalu di dorong tubuh isterinya untuk duduk.Jannah mengikut bagai pak turut.Soalan Ikmal tadi tidak mampu di jawabnya.Ikmal nekad malam ini dia akan membongkar rahsia hati isterinya.
"Saya ni buruk sangat ke sampai awak tak sanggup nak pandang muka saya?"
"Jannah,tolonglah jawab soalan saya,awak buat saya pening kepala tau tak.Dah tiga minggu kita macam ni,bukan ni yang saya harapkan sejak saya mula menjadi suami awak.Saya mahukan isteri dalam hakikat yang sebenar.Awak faham tak?awak tak mahu ke peluang untuk mengenali suami awak ni?"
"Saya...saya..."
"Saya apa!"ternaik seoktaf suara Ikmal kali ini.Terhenjut tubuh Jannah seketika.Bertambah takut bila di sergah begitu.Ikmal cuba beristighfar.Jangan melayan marah,Mal dia isteri kau.
"Maafkan saya,saya bukan nak marah awak."
Jannah terus bangun menuju ke biliknya tanpa sempat di tahan Ikmal.Merajuk ke?Aduh,Mal mulut kau ni takde insuranlah main lepas je cakap.Nak kena pujuk ke tu?Ikmal sudah mula tergaru-garu kepala.
Beberapa minit kemudian Jannah keluar semula mendekati suaminya yang sedang termenung di meja makan itu.Makanan di depan mata langsung tak di sentuh.Gambar di tangannya di letakkan di depan Ikmal. 
"Ni siapa?"soal Jannah seraya duduk di kerusinya semula.Ikmal terkejut bila di sergah tiba-tiba.Gambar itu di ambil lalu di renung seketika.
Terbit senyuman di bibirnya yang merah tanda dia bukan seorang perokok.
"Sebab gambar ni ke awak tak sudi memandang muka saya?"
"Bukan tak sudi tapi keliru.Gambar tu bukan awak,kan?"tanya Jannah lagi inginkan sangat kepastiannya.Ikmal ukir senyuman menggoda.Matanya melirik ke wajah isterinya.Timbul idea untuk menyakat.Tidak di sangka yang isterinya begitu polos.Hanya kerana sekeping gambar dirinya  di hindari sejak mereka mula berumahtangga.Haish,kenapalah dia tak tanya dari awal lagi?
"Awak rasa macam mana?"soal Ikmal bersama kening yang sengaja di angkat-angkat.Nakal.Jannah dapat meneka dirinya sedang di permainkan.
"Jawab ajelah susah sangat ke?"
"Saya boleh jawab tapi perut saya ni lapar sangat apakata kita makan dulu."
Jannah terpaksa makan hati dengan sikap suaminya.Di ikutkan saja kehendak suaminya itu walau di hatinya sudah ada rasa yang mendongkol.Geram.Jannah bangun mengambil nasi di hujung meja.Sewaktu tangannya sudah mencapai mangkuk itu suaminya menahan.
"Tak apalah biar abang yang sendukkan."bersama senyuman yang tetap terukir di bibirnya Ikmal menyendukkan nasi ke pinggan isterinya.
Jannah terkedu dengan tindakan suaminya itu.Rasa bahagia bagai sedang melambai dirinya saat itu.Betul ke dia panggil dirinya abang?Doa makan segera di baca Ikmal setelah dia menyendukkan nasi ke pinggannya sendiri.Jannah hanya mengaminkan saja.Sengaja Ikmal menggelar dirinya dengan panggilan itu untuk memulakan satu perhubungan yang baru.
"Tolong hulurkan kuah gulai rebung tuu..."sedikit meleret suara Ikmal di pendengaran Jannah.Alahai,macam nak cair ni?Tangan Jannah tetap menghulurkan apa yang di pinta suaminya.
"Sayang tahu tak ni lauk kegemaran abang?"
Kuah gulai rebung bersama udang agak menggiurkan tekak Ikmal.Setakat ni apa saja yang di masak isterinya menepati seleranya.Itulah yang mengharukan hati Ikmal.Walau isterinya itu tidak mahu sebilik dengannya makan minumnya tetap juga di jaga sebaik mungkin.
Manakala Jannah pula masih terkedu dengan panggilan sayang yang di sebut Ikmal tadi.
Aduh,bagai nak gugur jantungnya mendengar panggilan itu.
Mereka meneruskan suapan tanpa bicara lagi.Sesekali mata nakal Ikmal menjeling ke wajah isterinya.Polos tapi tetap memikat hati.Dia sedar hakikat itu sejak mereka mula di ijabkabulkan.
Namun memandangkan reaksi yang agak dingin dari Jannah membuatkan Ikmal memendam rasanya sehingga kini.Bimbang juga hendak memulakan takut si isteri menolaknya mentah-mentah.
Seusai makan Ikmal membantu isterinya mencuci pinggan.Mulanya di larang juga oleh Jannah namun larangannya di pandang sepi sang suami.Akhirnya Jannah membiarkan suaminya di singki sementara dia membersihkan meja makan.
Usai segalanya Ikmal menarik tangan Jannah menuju ke biliknya.
"K...kenapa tarik tangan saya?a...awak nak buat apa?"Jannah cuba mematungkan diri di pintu bilik Ikmal.
Sejak mereka berpindah Jannah sendiri yang meminta untuk duduk di bilik yang berasingan.Dia tidak bersedia untuk tanggungjawab yang satu itu.Sementelah hatinya di penuhi keraguan tentang diri suaminya.
"Abang tak buat apa pun sayang,abang cuma nak tunjuk sesuatu saja,marilah..."pujuk Ikmal lembut.
Jannah di dudukkan di birai katil lalu Ikmal menuju ke almari solek lantas menarik laci yang paling atas sekali.Sebuah album gambar di keluarkan lalu Ikmal membawanya berdekatan Jannah.Di hulurkan album itu kepada Jannah.Terpinga-pinga Jannah hendak mengambilnya.
"Bukalah."suruh Ikmal sambil duduk di sisi isterinya.Jannah terasa debaran jantungnya semakin kuat saat mereka duduk berdekatan.Ish,dia ni memang sengajalah.Perlahan jemari Jannah membuka album itu.Berkerut keningnya.
"Apa semua ni?"soal Jannah perlahan.
Gambar demi gambar di selak membuatkan Jannah semakin pelik.Kenapa semuanya gambar berbalut muka?
"Siapa ni?" 
"Itulah diri abang empat tahun yang lalu."kening Jannah semakin berkerut.Tidak faham apa yang di cakapkan oleh Ikmal.
"Sebenarnya sewaktu abang belajar di London dulu abang pernah kemalangan.Abang dan sorang kawan sedang dalam perjalanan untuk bercuti.Kereta yang di pandu kawan abang telah bertembung dengan sebuah lori."Ikmal menarik nafas berat.
Hatinya di landa sayu bila teringatkan arwah kawannya yang telah meninggalkan dunia itu.
"Kawan abang tu meninggal dunia masa tu juga tapi abang tercampak keluar dari kereta.Kaki abang ni patah dan manakala muka abang ni pula di penuhi luka.Doktor terpaksa membuat pembedahan untuk memulihkan kembali muka abang ni."
Ikmal terpaksa berhenti sejenak untuk mengawal rasa sebak.Hati Jannah turut sebak saat mendengar bicara itu.
"Lama abang kena tinggal dalam wad dulu sehingga mami dan papa benar-benar puas hati dengan kesihatan abang.Mereka dah berkorban banyak masa dan tenaga untuk menjaga abang dan abang tak tahu apakah abang akan dapat membalas jasa mereka.Inilah sebab kenapa Jannah tak kenal abang kerana muka abang dah lain akibat dari pembedahan itu.Sekarang Jannah percaya tak yang abang ni suami Jannah sendiri?"panjang lebar Ikmal berbicara.Wajah isterinya itu di renung dari sisi.Ayu wajah itu semakin menyesakkan dada.Perlahan Jannah menganggukkan kepala sambil mengerling Ikmal di sisi.
"Kenapa awak bagi saya tengok gambar lama tu?"soal Jannah tidak berpuas hati.Terlepas ketawa Ikmal tika itu juga.
"Benda tu tak sengaja,abang pun tak tahu yang mami bagi gambar lama tu?buruk sangat ke muka abang tu?"
"Mm...maafkan Jannah bukan masalah buruk atau tak tapi bila Jannah tengok gambar tu hati Jannah rasa macam Jannah kahwin dengan orang lain tapi Jannah sedang cuba sedaya upaya untuk menerima abang sebaik mungkin."Ikmal tersenyum.Suka rasa hati bila Jannah mula memanggil dirinya abang.
"Mungkin mami sengaja kot nak tengok reaksi Jannah tu sebab dia bagi gambar tu?Maafkan abang juga sebab tak prihatin dengan perasaan Jannah,patutnya dari awal lagi abang dah ceritakan hal yang sebenar kalau tak keadaan kita tentu tak jadi begini,kan?"Jannah menganggukkan kepala tanda setuju dengan bicara suaminya itu.
"Jadi sekarang abang dah makin hensem Jannah dah boleh terima abang,ke?"terpempan Jannah.Soalan beginilah yang cuba di elakkan.Tapi sampai bila dia mahu mengelak?
"Boleh tak Jannah pindah ke bilik ni?abang tak sanggup kita tinggal berasingan bilik lagi.Abang kalau boleh nak kita bersatu dalam erti kata yang sebenar.Abang dah tak sanggup melihat sayang tinggal kat bawah tu."
"Tapii..."kata-kata Jannah terhenti bila Ikmal segera meletakkan jemari ke bibirnya.Pandangannya menikam ke anak mata Jannah.
"Abang benar-benar maksudkan kata-kata abang ni.Abang rasa dan abang yakin yang hati abang ni dah mula sayang pada Jannah.Jannah tak mahu ke mencari pahala?Dari awal lagi kita tak patut tinggal berasingan,semua tu kerja merepek.Memang kita tak kenal antara satu sama lain tapi abang cuba menerima diri Jannah dengan seikhlas mungkin.
Mula-mula dulu abang pun nak tolak perkahwinan ini tapi bila di fikirkan semula mungkin ada baiknya segala perancangan ini untuk diri dan masa depan kita.Takdir ALLAH itu indah sayang,jadi macam mana boleh tak Jannah terima abang?"
Begitu panjang lebar Ikmal melepaskan perasaannya.Tidak sanggup lagi dia menahan perasaan yang semakin melepaskan dirinya itu.Dia perlukan isterinya itu.Dia mahukan perkahwinan yang suci dan bererti.Perlahan jemari Jannah di genggam bila tiada reaksi dari isterinya itu.Jannah masih menundukkan kepala.Perasaannya terharu.Dia terasa bagai di awang-awangan.Sentuhan dari suaminya bagai meresap ke jiwanya.Hatinya menjadi lemah.Kelopak matanya berkaca.Kini dia bagai mendapat kekuatan yang baru.
"Kenapa dari dulu lagi sayang tak tanya abang tentang muka abang?"
"Entahlah Jannah keliru dan takut.Takut kalau abang berkecil hati?"
"Mungkin betul tu kalau Jannah tanya abang masa tu abang akan berkecil hati tapi sekarang abang tak salahkan Jannah.Entahlah abang tak terfikir langsung yang wajah ni akan membuat sayang terkeliru.
Lagi pun abang tak tahu pun yang mami bagi gambar lama tu.Kalau abang tahu dari awal lagi abang dah jelaskan pada sayang."
"Jannah bukan mencari yang sempurna tapi kalau boleh Jannah nak seseorang yang ikhlas menyayangi Jannah."
"Maafkan Jannah ya bang?"Ikmal tersenyum.Pipi isterinya di elus lembut.
"Abang maafkan.Lain kali kalau ada yang tak puas hati jangan pendamkan.Kita dah jadi suami isteri jadi kita kena bertanggungjawab antara satu sama lain.Abang harap lepas ni kita akan saling menyayangi dan saling menjaga antara kita,boleh kan?"
Rambut isterinya yang panjang terurai itu di mainkan dengan jemarinya.Sengaja ingin membelai mahkota yang indah milik si puteri hatinya.Jannah hanya mampu merelakan perlakuan si jejaka yang semakin mendapat tempat di lubuk jiwanya sambil mengganggukkan kepala.
Perlahan-lahan suasana bilik yang dingin itu bertukar menjadi hangat.Dua insan yang asing kini telah mula belajar untuk saling memerlukan.Moga rahmat ILAHI akan merestui rumahtangga mereka.Aminn...    

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...