Wednesday, January 20, 2016

AKU bab 13



Pagi ini aku bangun dengan penuh kesyukuran.
Syukur kerana di berikan peluang lagi untuk hidup di muka bumi ciptaan ALLAH ini.Setelah membersihkan diri aku segera bersiap untuk ke pejabat seperti biasa.
Bunyi telefon mengejutkan aku yang sedang leka menelek pelan.Tangan ku pantas mencapai telefon itu lantas melihat skrin.Nama Siti Aisyah terpapar jelas di situ.Apa hal pulak minah ni telefon aku pagi-pagi ni?Aku segera menekan butang hijau lalu telefon ku lekap ke telinga.
"Hello...assalammualaikum..."
"Waalaikummussalam..."jawab Siti di hujung talian.
"Ada hal apa ni pagi-pagi dah telefon saya?"
"Maaf mengganggu awak pagi-pagi ni.Sebenarnya saya nak minta tolong sikit boleh tak?"
"Nak minta tolong apa?"
"Kereta saya buat hal pulak pagi-pagi ni,awak ada kawan kerja mekanik,kan?"
"Awak kat mana ni?"tanya ku sedikit gusar.
"Saya dah sampai sekolah tapi kereta ni tiba-tiba semput pulak.Tak tahulah kenapa."
Oh,nasib baik.
"Awak tak pernah hantar service ke kereta tu?"
"Erk...nak kena hantar ke?"soal Siti bernada bingung.Memang perempuan ni tak tahu apa-apa pasal kereta.
"Alahai,cik adik sayang,sekali sekala kereta tu kena jugak di hantar pergi service barulah tak semput.Jangan tahu pakai aje tapi tak tahu nak ambil berat keadaan kereta."
"Ish,awak ni pagi-pagi dah berleter,saya bukan nak dengar mulut awak tu membebellah,saya cuma nak nombor telefon mekanik aje,tak payahlah nak marah tak tentu pasal."
"He...he...saya gurau aje janganlah marah,ok lah kejap nanti saya mesej nombor kawan saya tu,awak tunggu eh."
Entah mengapa mendengar suara perempuan ni bagai aku mendapat aura baru.Seronok pulak bila dapat bergurau dengannya.
"Er...awak..."kata-kata Siti tersekat bagai ingin menyatakan sesuatu.Tak jadi aku nak akhiri perbualan kami.
"Ya,ada apa?awak ada nak cakap sesuatu dengan saya,ke?"
"Er...tak apalah,nanti-nantilah."Pelik minah ni.Selalu dia lah yang suka mengusik.
"Awak!awak masih kat sana ke?"panggil ku sedikit kuat.
"Ada ni,saya tengah cakap dengan kawan saya.Tak apalah saya tunggu awak sms nombor kawan awak tu,ya.Assalammualaikum..."
Ternyata aku silap dia tengah bercakap dengan kawannya patutlah senyap sekejap tadi.Setelah menjawab salamnya aku segera memutuskan talian dan segera ku taip nombor kawan ku Din,seorang mekanik.Lantas aku hantar sms kepadanya.

Tengahari itu aku makan di tempat biasa.Selepas makan aku segera kembali ke pejabat.Bunyi telefon bimbit ku tanda satu mesej sedang masuk mengganggu pemanduan.Aku ambil telefon di dashboard lantas ku buka mesej itu.Satu ucapan terima kasih terpapar di skrin.Tercuit hati ku seketika.
Dah tengahari baru nak ucap terima kasih.Memang dia lupalah tu.Tak apalah tak ada alasan untuk aku marah.Mungkin dia sibuk sangat agaknya.Telefon ku berbunyi lagi.Mesej dari dia.Siti mengajak aku bertemu selepas kerja.Aku berhentikan kereta di bahu jalan seketika.Bahaya pulak kalau aku melayan telefon sewaktu memandu ni.
Kejadian yang pernah menimpa kawan ku dahulu sering mengingatkan aku tentang itu.Gara-gara melayan telefon sewaktu memandu dia terbabas di tepi jalan.Hampir-hampir nyawanya di ragut kalau dia tidak segera keluar dari kereta kerana sebuah lori yang datang dari arah belakang telah menghentam keretanya selepas itu.
Aku pandang semula skrin telefon ku.Membaca semula mesej Siti tadi.Nak pergi ke tidak?Kalau tak pergi nanti minah tu kecil hati pulak.Ah!pergi sajalah mungkin minah tu ada hal nak bincang dengan aku.

Petang itu kami bertemu di tempat yang telah di janjikan.Hampir dua puluh minit menunggu baru kelibatnya muncul.Dia memberi salam sebaik sampai di depan ku dan melabuhkan punggungnya di bangku batu di situ.Salamnya aku jawab perlahan.Kunci kereta aku main-main dengan jari.Wajahnya yang kemerahan aku pandang seketika.Mungkin kepenatan tambahan dengan cuaca hari ini yang agak panas.
"Awak dah lama sampai ke?"soalnya sambil memandangku.
"Adalah sepuluh tahun."jawab ku selamba saja nak kenakan dia.
"Ish,awak ni saya tanya betul-betul awak main-main pulak."di tepuknya bahu aku dengan tas tangannya.Perempuan ni memang suka gunakan kekerasanlah.
"Awak ni nak gurau sikit pun tak boleh.Sentap sangat."
"Memanglah yang awak main-main kenapa?"
"Gurau ajelah.Tak manislah muka  cik adik ni kalau tunjuk muncung macam tu."
"Awak jangan buat saya perasanlah nanti saya tambah jatuh cinta dengan awak tahu tak."aku terkedu dengan kata-kata dia tu.
"Ha,kan dah kata baru saya cakap macam tu muka awak dah berubah.Hei,jangan risaulah saya tahu kat mana had saya.Awak tak payahlah buat muka tak semenggah tu,kelakarlah."ujar Siti tergelak perlahan.Macam di buat-buat saja gelaknya itu.
"Awak memang suka pada saya,ke?"mulut aku ni memang tak ada insuran.Boleh lagi aku tanya soalan maut tu.
Giliran Siti pula terkedu.Dia menundukkan muka.Jari jemarinya di ramas perlahan.Nampak ayu saja muka dia walau ada kemuraman di situ.
"Saya tak boleh paksa awak kalau awak tak dapat nak terima perasaan saya ni.Memang saya mengaku saya suka pada awak tapi awak tak perlulah nak paksa diri untuk terima saya."
Begitu lembut bicaranya sehingga menggigit tangkai hati ku.Apakah aku bakal mengecewakannya dengan sikap ku ini?Begitu dinginkah aku melayannya?Tersedar ku dari lamunan yang seketika aku terus bertanya sebab sebenar dia mahu berjumpa dengan ku.
"Awak ajak saya jumpa ni kenapa agaknya?"
"Tak ada apalah saja nak ucap terima kasih sebab dah tolong saya."
Alahai minah ni,tu aje dia nak cakap?
"Awak ajak saya jumpa cuma nak cakap tu aje?macam tak lojik aje,kan dalam telefon tadi awak dah ucap.ke ada sebab lain ni?"Siti tergelak perlahan,kemudian dia diam.
Airmukanya sudah berubah.Sedikit muram.Keluhan kasar di lepaskan seolah ada sesuatu yang sedang memberat di benaknya.Pandangannya di lepaskan ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di taman itu.Makin keruh wajahnya ku lihat.Dah kenapa pulak dia ni.
"Saya tengah keliru ni tak tahu nak buat keputusan." "Kenapa pulak?"
"Ada lelaki nak lamar saya,dalam masa yang sama permohonan saya nak sambung belajar dah lulus.
Mana satu patut saya pilih?"
Aku tergamam.Dah ada lamaran untuk dia rupanya.Terusik pula rasa hati.Sedih ke terkejut ni?
"Macam mana pulak awak boleh dapat lamaran?awak dah kenal lama ke lelaki tu?"dia menggeleng.
"Tak berapa kenal tapi dia tu mendesak saya,dia kata dia dah jatuh cinta pandang pertama.Macam tak lojik aje,kan cakap dia tu?"aku senyum nipis.
"Baguslah,itu tandanya dia memang ikhlas pada awak."
"Awak tak kecewa ke dengar berita ni?"Siti bertanya seolah tidak berpuas hati.Aku pandang dia sekilas.
"Saya terkejut saja tapi saya minta maaf,kan saya dah ingatkan awak yang kita cuma boleh berkawan.Mungkin awak rasa cara saya ni kejam tapi saya buat ni demi kebaikan awak.Cubalah fikirkan lamaran tu,mungkin dia yang terbaik yang ALLAH sudah pilihkan untuk awak."aku cuba memujuknya dengan kata-kata ku.
Siti mengeluh keras.Aku dapat yang dia kecewa dengan penjelasan ku tapi aku harus bertegas dalam soal perasaan.Aku tak mahu melukakan hati sesiapa pun jadi sebelum terlambat biarlah dia kecewa hari ini dari dia kecewa di kemudian hari.
"Saya kagum dengan awak.Kerana cinta awak tetap setia walau dia sudah jadi milik orang."
"Ini bukan soal cinta tapi kita memang..."
belum sempat aku menghabiskan ayat suara seseorang memberi salam menyapa dari belakang kami.Serentak kami berpaling sambil menjawab salam itu.
"Salim!!"terkedu aku tika itu.
"Awak!"Siti turut sama terkejut.Salim memandang kami silih berganti dengan pandangan yang tajam.
"Jadi kaulah penyebabnya dia tak mahu terima lamaran aku?sejak bila korang kenal ni?"Salim mendekati bagai hendak menyerang aku.Jelas riak marah pada wajahnya.Penumbuknya sudah di genggam erat.
"Eh,kenapa tiba-tiba nak serang aku pulak?aku tak tahu apa-apa pun tentang korang."jelas ku.
"Kalau kau nak tahu perempuan yang aku cerita hari tu dialah."
"Ha!jadi kaulah yang dia kata tadi?kau dah lamar dia ke?"soal ku ingin kepastian.
"Ya aku memang dah lamar dia tapi dia kata nak fikir dulu."ujar Salim sambil memandang ke arah Siti.
Aku jadi keliru.Wajah dua orang di depan ku ini ku pandang silih berganti.
"Jadi yang kau maksudkan hari tu dialah?dialah yang kau nak lamar tu?"
Teringat pertemuan kali akhir antara aku dan Salim tempohari.Bersungguh-sungguh dia beritahu aku nak melamar gadis idaman dia.Hai,cepat betul buat kerja.Geli pulak rasa hati ku.Ketawa ku mula kedengaran.
"Woi,yang kau gelak ni kenapa pulak,aku tengah geram dengan kau ni!"
"Pasal apa kau nak marah pulak?"
"Dah berapa lama kau kenal dia?"soal Salim dengan muka tidak puas hati.
Aku pandang Siti dengan kening sengaja ku naikkan.Dia seakan keliru dengan isyarat yang ku berikan.Lembab pulak minah sorang ni.Spontan aku menepuk dahi.Ish,kenapalah perempuan ni.Aku ingat nak suruh dia jawab soalan Salim tu tapi dia pulak tak faham.
"Rul,aku tanya ni dah berapa lama kau kenal dia?susah sangat ke nak jawab?"
"Haish,kau tak payahlah nak marah,kami baru kenal beberapa bulan je.Itu pun tak sengaja,kami terlanggar kat depan restoran.Masa tu aku tak ambil kisah pun tentang dia sehingga aku terlanggar dia sekali lagi masa nak turun tangga.Ha,masa tu baru kami kenal tapi kau tak payah risau aku tak taruh hati pun pada dia.Sabar ya kawan aku tak potong jalan kau."ujar ku dengan panjang lebar sambil mengurut dadanya.Salim merenung ku bagai nak terkam.Tak percayalah tu.Kemudian dia pandang Siti.
"Awak,betul ke cakap Fakhrul ni?"
Siti hanya mampu mengangguk.Bahkan dari tadi pun dia senyap tak bersuara.Terkejut dia tak habis lagi lah tu.
Aku tarik Salim mendekati Siti.
"Aku rasa korang selesaikanlah masalah korang sendiri,ya.Aku tak mahu jadi orang ketiga tau.Siti saya harap awak terimalah Salim ni,dia baik orangnya.Saya rasa awak akan bahagia hidup dengan dia nanti."
Aku tinggalkan mereka dengan harapan moga mereka akan berjaya untuk bersama.Sebaik masuk ke dalam kereta aku termenung seketika.Betul ke apa yang aku buat ni?
Rul,tak perlu ragu-ragu bila sudah membuat keputusan.Hidup kau sendiri mengelirukan.Tak payah susah-susah fikirkan masalah orang lain.Permintaan mama tempohari pun masih terbiar sepi.Ah,sudah-sudahlah tu tak guna kalau asyik berangan.Yang penting kalau mahukan sesuatu haruslah melaksanakannya dengan sungguh-sungguh.
Akhirnya kereta ku pandu perlahan keluar dari taman itu.
Seminggu selepas itu aku mendapat jemputan ke majlis pertunangan mereka.Aku menghadirinya dengan perasaan gembira dan berdoa moga jodoh mereka berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin.

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...