Tuesday, January 5, 2016
AKU bab 11
Malam itu seperti yang di minta,aku menemani mama ke kenduri rumah kawannya.Kenapalah papa tak ada pulak hari ni?kalau tidak tentu papa boleh menemani mama saja ke mari.Waktu kami sampai bacaan doa baru saja selesai di baca.Kelihatan para jemputan sedang mula menikmati makan malam di bawah khemah.Agak ramai juga jemputan yang hadir malam ini.
Aku di perkenal kepada tuan rumah.Yang lelaki bernama Encik Zakaria dan yang perempuan bernama Puan Marlisa.Ramah juga kawan mama ni dan bertudung litup lagi.Selalunya kawan mama yang aku kenal bukan begini orangnya.Pelik pulak aku rasa.
Untuk seketika aku berborak dengan pak cik Zakaria.Dia seorang arkitek yang mempunyai firmanya sendiri.Sedang kami rancak berborak tentang bisnes masing-masing,pak cik Zakaria di sapa oleh seseorang.Dia meminta diri untuk melayan tetamunya itu.
Kini tinggal aku seorang terkulat-kulat di situ.Mama tadi dah masuk ke dalam bersama mak cik Marlisa.Ah!mati kutu rasanya bila berseorangan di sini.Aku mana kenal orang yang ada ni.Langkah ku atur menuju ke meja yang menempatkan makanan.Lagi pun perut ku sudah mula berkeroncong baik aku isi saja perut ni.Dari tadi pun pak cik Zakaria sudah mengajak aku untuk menjamu selera tapi aku tangguhkan dulu kerana mahu berborak dengan dia.
Setelah selesai mengambil makanan,aku cuba mencari tempat untuk duduk.Dalam pada mencari aku di tegur seseorang.
"Assalammualaikum..."tersentak aku bila suara yang lunak itu menyapa cuping telinga ini.Segera aku berpaling.Wajah seorang gadis yang agak manis berbaju kurung merah jambu menyapa pandangan ku.Kepalanya di tutup dengan tudung warna senada.
"Err...waalaikummussalam..."
"Awak nak cari tempat duduk ke?"soal gadis itu pada ku.Aku anggukkan kepala saja.
"Marilah ikut saya."
Tanpa berlengah aku mengikut saja langkahnya.Dia membawa aku ke ruang bahagian tepi rumah itu.Terdapat sebuah taman bunga dan sebuah air pancut di situ.Lampu berwarna-warni menyerlahkan lagi keindahan taman ini.Aku di bawa ke sebuah bangku batu.Gadis ini mengarahkan aku duduk di situ.Pelik pula aku tengok dia ni.Dia tuan rumah ke?
"Makanlah apa tunggu lagi?"tegurnya bila aku masih tidak menjamah nasi tomato yang ku ambil tadi.
"Er...awak tak makan sekali,ke?"
"Tuan rumah makan kemudian pun tak pe."Oh,tuan rumah rupanya memang tepatlah tekaan ku tadi.
"Maksudnya awak ni anak mak cik Marlisalah ye?"
"Awak dah jumpa ibu saya?"aku anggukkan kepala.Nasi di dalam pinggan aku kuis perlahan.Malu pulak rasa nak makan depan dia.
"Tak payah di kuis nasi tu makan sajalah."
Hendak tak hendak terpaksa juga ku tolak ke tepi rasa yang tidak selesa itu.Nasi itu aku suap perlahan setelah membaca doa makan.
"Awak tak ingat saya,ke?"tiba-tiba dia bertanya.
Terhenti suapan ku seketika saat di aju soalan begitu.Wajahnya ku renung tanpa sedar.
"Apa maksud awak?kita memang kenal ke sebelum ni?"tanya ku kembali tanpa menjawab soalannya.Dia tersengih pula.
"Awak memang betul-betul tak ingat saya,ye?"adeh,perempuan ni main teka-teki pulak.
"Er...saya memang tak ingatlah,awak cakap sajalah siapa awak."
"Saya Damia lah,awak tak ingat ke?masa tingkatan satu kan kita satu kelas.Awak selalu usik saya sampai saya menyampah tengok awak."
Damia...nama itu cuba ku ingati.Satu persatu minda ku berputar.Damia...ha baru aku ingat!
"Damia Huda!a...awak Damia Huda,kan?"
"A'ah,saya lah ni."
"Haish,macam manalah saya boleh lupakan awak."
"Itulah dah lama sangat tak jumpa tu sebab awak tak ingat agaknya.Lagi pun sejak pindah sekolah awak langsung tak hubungi kawan-kawan kita."aku tersengih mengakui kesilapan diri.
"Bukan sengaja nak lupa tapi saya sibuk belajar lagi pun..."kata-kataku terhenti di situ.Tak tahu hendak berkata apa lagi.Takkan aku nak beritahu yang tika itu aku sedang sibuk mengurat Dian.
"Awak makanlah dulu dah sejuk nasi tu tak sedap pulak."aku akur dengan pelawaannya.Kami terus bersembang tentang kisah di bangku sekolah dulu.
"Amboi...amboi rancak sembang nampak?"suara mama tiba-tiba mencantas perbualan kami.Di sisinya adalah ibu Damia.Tersenyum-senyum mereka melihat kami.
"Yalah bukan main mesra anak ibu ni berborak macam dah lama kenal."mak cik Marlisa membelai kepala anaknya lembut.Jelas sekali kemesraan mereka dua beranak itu.
"Memang kami dah lama kenal pun,ibu.Fakhrul ni kawan Mia masa tingkatan satu dulu,kan masa tu abah baru pindah kerja sini."
"Oo...betul ke?tak sangka pulak kamu berdua dah lama kenal.Nampaknya senanglah kerja kami nanti,ya?"ujar ibu Damia sambil matanya melirik ke arah mama.
"A'ah,la Mar bagus jugak diorang ni dah kenal,tak payah kita susah payah nak kenalkan lagi,ya?"sampuk mama pula.
Aii...ni macam ada sesuatu yang terancang aje.Apakah benda yang aku sedang fikirkan sekarang sama dengan benda yang di dalam fikiran mereka?dan Damia pun terlibat sama,ke?Wajah mereka ku pandang silih berganti.
"Apa maksud mama?"tanpa amaran bibir ku terus saja bertanya.Mama kelihatan serba-salah.Dia berpandangan dengan mak cik Marlisa.
"Kamu jangan salah faham pula,kami ni cuma nak korang berkenal-kenalan saja dulu."
Haha...kenal-kenal.Rasanya aku faham apa yang di maksudkan oleh mak cik Marlisa ni.Diorang ni nak jodohkan aku dengan Damialah tu.Hm...tak habis-habis agenda mama kesayangan ku ini.Nasi tomato yang masih berbaki di dalam pinggan ku pandang kosong.Selera ku sudah hilang tak larat nak makan lagi.Apa yang harus aku lakukan sekarang?Patutkah aku meminta diri saja?Malas pula aku nak duduk di situ lagi dan mendengar agenda mereka.Rasanya mama pun sudah menyedari muka ku yang sudah kelat.
Akhirnya aku membiarkan saja mereka bersembang sehingga mama sendiri yang meminta diri untuk pulang.Dia tahu aku sudah tidak betah untuk berlama di situ kerana sepanjang perbualan mereka tadi aku langsung tidak mencelah.
Suasana di dalam kereta sunyi.Aku masih tidak bersuara.Namun lama kemudian mama mula menegur ku.
"Kamu marah mama ke?"
"Tak!"balas ku mendatar.Seboleh mungkin aku cuba mengawal rasa yang ada ini.
"Mama tahu kamu marah tapi mama buat semua ni sebab mama nak kamu mulakan hidup baru."aku kerling mama sekilas.
"Tak ada ibu yang mahu hidup anaknya terumbang-ambing jadi mama cuba perbaiki kesilapan mama tempohari."
Aku bingung.Betul ke yang bercakap ni mama aku?
"Ya mama tahu mama dah buat salah sebab dah pisahkan kamu dengan Dian tapi mama nak perbaiki kesilapan mama tu jadi kamu janganlah menolak permintaan mak cik Marlisa tu,ya?"
Aku diam.Tidak tahu mahu membalas apa.Patutkah aku mengikut saja permintaan mereka itu?Patutkah aku memulakan hubungan yang baru?
"Rul!kamu dengar tak apa yang mama cakap tadi?"
"Dengar..."jawab ku perlahan.
"Jadi macam mana?"
Nafas berat aku lepaskan.Bagaimana hendak ku jawab pertanyaan mama tu?
"Nantilah Rul fikirkan."Itu saja yang mampu aku ungkapkan untuk menjawab pertanyaan mama.
Mama juga sudah tidak bersuara lagi selepas itu.Mungkin ingin memberikan ruang untuk aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment