Sunday, January 3, 2016
YANG TERJADI TETAP TERJADI
Airmata di seka perlahan.Sudah berulang kali dia cuba mengingatkan diri.Tak guna di tangisi tak guna di sesali.Nasi sudah pun menjadi bubur.Perlukah dia mengundurkan diri?Atau perlukah dia memutuskan saja ikatan yang mengikat dirinya ini?
Kasih melepaskan nafas berat.Semuanya begitu menyesakkan dada.Mengapa setelah terjalin ikatan ini baru kebenaran tersingkap?Kenapa perlu dia yang menanggung kesakitan ini?Teringatkan si dia yang telah di tinggalkan pergi.Ah!Perlu apakah dia mengenangkan lelaki itu?Lelaki yang telah merobek perasaannya.Menyiat-nyiat tangkai hatinya.Mengapa dia tidak berterus-terang sebelum pernikahan itu terjadi?Mengapa perlu dia mengikat perasaan ini kalau hanya untuk menyakiti?Kalau orang lain pastinya saat begini sedang menikmati bulan madu tapi Kasih pula melarikan diri dari suami.Kasih sedar tindakannya adalah satu dosa tapi kerana hati yang sakit menyebabkan dia tegar melakukan juga.
Mengapa dia tidak terus saja menipu diri ku supaya aku tidak membenci dirinya.Benci!Apakah itu yang sedang dia rasakan?Marah!Memang dia sedang marah kerana lelaki itu tidak sepatutnya mempermainkan perasaannya.
Kasih bangun dari katil.Sudah puas dia menangis dan sekarang dia perlu membersihkan diri.Sejak tiba tadi dia langsung tidak berbuat apa-apa.Hanya termenung saja.Tambahan pula waktu asar sudah pun masuk lebih baik dia mengadu kepada ILAHI agar hatinya tenang sedikit.Tuala di dalam beg bajunya di keluarkan.
Sebaik kaki ingin melangkah ke bilik air,telefon bimbitnya berbunyi nyaring.Kasih menoleh ke arah katil.Skrin yang menyala di pandang sepi.Tiada rasa ingin melihatnya.Pasti saja Nazri sedang berusaha menghubunginya.Kasih terus masuk ke bilik air.
Usai membersihkan diri dan bersolat Kasih merebahkan tubuh ke katil semula.Telefon di ambil lantas di buka.Ada sepuluh panggilan yang tidak berjawab dan berbelas mesej yang telah masuk.Kasih buka mesej yang paling akhir di terima.
SAYANG...MAAFKN SY,TOLONGLH PULANG KITA PERLU BRBINCANG SY TAHU SY SLAH.HUKUMLH SY KLAU ITU BLH MEREDAKN KEMARAHN SAYANG...SY BETUL-BETUL SAYANGKN AWAK...
Sayang!betul ke sayang dia tu atau itu cuma ayat karangannya untuk memujuk aku?Kasih teringatkan pernikahan antara dirinya dengan Nazri.Ianya bukan seperti pasangan yang lain.Dia tidak berkesempatan mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam kerana pernikahan mereka terlalu pantas.Hanya setelah dua bulan bertunang mereka telah di ijabkabulkan.
Semuanya di atas permintaan lelaki itu sendiri.
Kerana desakan dari bapak yang menginginkan anak perempuannya kembali hidup berdua juga salah satu sebab yang menjayakan pernikahan itu.
Kasih terhimpit antara permintaan seorang bapa yang begitu risaukan dirinya.Kalau di ikutkan hatinya sendiri dia tidak mahukan pernikahan itu kerana dia sendiri masih tidak mampu untuk melupakan arwah suami.
Telah tiga tahun arwah suaminya pergi meninggalkan dirinya kerana terlibat di dalam satu kemalangan.Kini dia telah tahu sebab sebenar kemalangan itu terjadi.Semuanya kerana kelalaian lelaki itu.Kasih terasa di tipu.Hatinya begitu sakit sekarang.Mengapa baru sekarang dia berterus-terang.Kenapa dari awal dia tidak munculkan diri?
Takut dan malu,itulah alasan yang Nazri luahkan malam itu.Dia mahu membenci lelaki itu sekarang tetapi di sebelah hatinya melarang.Patutkah aku memaafkan dirinya saja?Patutkah aku biarkan saja semua yang terjadi itu?
Kasih teringat lagi sewaktu Nazri berterus-terang tentang kemalangan yang terjadi.Dia terlelap sewaktu memandu dan kereta yang di pandunya telah terbabas sehingga melanggar tembok.Suami kasih yang merupakan rakan sekerjanya yang baru di kenali tidak sampai sebulan itu berada di tempat duduk sebelah pemandu dan telah mengalami kecederaan teruk.Nazri pula cuma cedera ringan.Mengapa dia tidak langsung mengecam lelaki yang telah menyebabkan suaminya kemalangan?Mungkin kerana selepas kemalangan itu Kasih begitu leka menjaga suaminya yang koma sehingga apa yang terjadi di sekelilingnya tidak di ambil kisah.
Setelah sebulan suaminya koma akhirya dia pergi menyahut panggilan ILAHI.Kasih buntu apakah dia perlu menyalahkan lelaki itu sedang Nazri sendiri pun mengalami kecederaan?
Kasih renung ke siling bilik.Tiba-tiba dia terasa ngilu di perut.Baru teringat sewaktu sampai tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan pun.Hendak tak hendak dia terpaksa keluar mengisi perut.Tudung di tepi katil dicapai dan segera di sarung ke kepala.Mujur saja itu tudung ekspres.
Nazri mundar-mandir di sekeliling bilik kerjanya.Telefon di tangan di tekan lagi.Masih tiada sahutan dari pihak sana.Mahu saja rasanya telefon itu di hempas ke dinding namun akal yang masih waras itu menidakkan apa yang di fikirkannya.Nazri terduduk di sofa.Muka di raup kasar.Macam mana nak pujuk dia lagi?
Bunyi telefon bimbit mengejutkan lamunannya yang seketika itu.Segera butang hijau di tekan.Nazri tersenyum saat panggilan di matikan.Panggilan yang menandakan satu kejayaan menjejak kehilangan isteri tersayang.Jauh macam mana pun sayang pergi saya tetap akan cari awak.Tunggulah di sana sekarang juga saya akan pergi cari awak.
Nazri segera meninggalkan pesanan kepada setiausahanya yang dia tidak akan pulang ke pejabat petang itu.Kereta di pandu ke tempat yang di katakan oleh penyiasatnya.
Hampir sejam lebih memandu dia sampai di tempat tersebut.Mujur saja Kasih pergi tidak terlalu jauh.
Nazri segera memarkir keretanya.Dia keluar dan bertanya ke kaunter pendaftaran.Memang isterinya menginap di situ.Nazri segera mencari bilik yang di huni oleh Kasih setelah kerani kaunter itu memberikan nombor bilik.
Kakinya terhenti di depan bilik bernombor 114.Ada debaran yang melanda hebat di dadanya.Tadi beria sangat nak cari tapi bila dah jumpa kenapa aku berdebar pulak ni?Di pegang dadanya seketika.Nazri teragak-agak hendak mengetuk pintu.Tolonglah jangan sampai kena halau pula.Doa di baca di dalam hati.
Tangannya mula mengetuk pintu bilik itu.Tiada tindakan dari dalam.Tak ada orang ke?Sekali lagi di ketuk.Masih tiada jawapan.Mungkin dia keluar kot?Tapi aku tak perasan pulak kereta dia.Nazri berpusing ingin ke tempat letak kereta.
Saat itu pandangannya bertembung dengan wajah yang begitu di rinduinya.Sekali lagi jantungnya berdebar bagai mahu gugur.Wajah ayu lagi polos itu di renung tanpa sedar.
Kasih juga tidak mampu berbuat apa saat mata bening itu menikam ke sanubarinya.Rasa marah yang bermukim di hati kini bertukar menjadi keliru.Kasih tidak pasti apa yang di rasakannya sekarang.Kakinya juga kaku di situ.
Nazri berjalan perlahan mendekati isterinya.Ingin rasanya dia memeluk tubuh itu namun dia sedar Kasih tidak suka dirinya di perlaku begitu di khalayak ramai.
"Sayang..."serunya perlahan seakan berbisik.
Pandangannya masih menikam anak mata Kasih,cuba melempiaskan rasa rindu yang sarat.Jarak usia yang jauh tidak sedikit pun membuatkan hati Nazri berubah.Dia telah bertekad sejak kejadian itu untuk melindungi wanita itu sehingga perasaan yang mulanya sekadar simpati telah bertukar menjadi sayang.
Kasih terasa seram mendengar bisikan itu.Kalau boleh dia ingin lari saja kala itu tapi dia sedar tiada gunanya dia berbuat begitu Nazri pasti takkan melepaskan dia begitu saja.Pantas saja lelaki itu mengesannya.Maklum saja peguam tentu ada sumber untuk menyiasat.Kasih berlagak selamba.Dia cuba melintasi suaminya namun tangannya sempat di pegang.
"Kasih..."seru Nazri lagi.
"Awak nak apa?tolong lepaskan saya."Kasih cuba menarik tangannya.
Nazri menurut kehendak isterinya.Perlahan tangan itu di lepaskan.Kasih segera membuka pintu bilik dan menutupnya sepantas mungkin namun tangan sasa itu berjaya menahannya.
"Janganlah buat saya macam ni,awak pergilah balik saya tak mahu di ganggu."
"Awak marah pada saya lagi ke?"soal Nazri.
Kasih sengaja membiarkan soalan itu tidak berjawab.Nazri mengambil kesempatan meloloskan dirinya ke dalam bilik itu.Kasih tidak mampu menghalangnya.Wajah isteri yang baru duduk di tepi katil di pandang dengan penuh kerinduan.Kalaulah awak tahu apa yang ada di dalam hati ini?
Nazri melabuhkan punggung di sofa berdekatan jendela.Suasana sepi menyelubungi mereka.Tiada yang mahu bersuara.Nazri tahu isterinya masih tidak mampu memaafkan dirinya.Sekilas wajah itu di pandang lagi.Baru tiga hari mereka tidak berjumpa wajah itu sudah kelihatan cengkung tidak bermaya.Keluhan berat Nazri lepaskan.Semua tu kerana dia.
"Awak memang tak mahu memaafkan saya,ke?"akhirnya dia bersuara juga.Canggung rasanya bila duduk berdua tanpa suara.Kasih tidak menjawab.Nazri tidak berpuas hati.Kesabarannya hampir tercabar.
"Kasih!kalau awak diam begini macam mana masalah kita nak selesai.Awak jawab saja apa yang saya tanya tadi susah sangat ke?"dia sudah mula mengeraskan suaranya.
''Apa yang awak nak saya jawab?"balas Kasih selamba,masih dengan kekerasan hatinya.
"Kata saja apa yang ada di dalam hati awak tu,saya nak tahu."
"Memang saya marah pada awak malah nak maafkan awak pun belum tentu saya mampu."
"Kejadian tu dah lama Kasih,saya pun dah cuba menebus semua kesilapan saya.Tak boleh ke awak lupakan saja."
"Nak lupa macam mana kalau nyawa orang yang saya sayang dah kena ragut oleh awak?awak nak suruh saya maafkan awak?tak mungkin semudah tu.Hati saya ni sakit tahu tak?sakit!Jangan awak fikir kerana kejadian ni dah lama,awak boleh dengan senang-senangnya nak saya lupakannya saja."
Dada Nazri bagai di hentak dengan belati tajam.Sakitnya menusuk sehingga ke sudut hati yang paling dalam.Wajahnya di raup bersama rasa kesal yang tidak tertanggung.Matanya sudah mula berkaca.Perlahan dia bangun dan mendekati Kasih.Dia melutut di sisi isterinya yang masih duduk bersandar di kepala katil.Biarlah egonya di rendahkan,demi sebuah kemaafan Nazri rela.Kasih termangu.Kurang senang dengan gelagat si suami.
"Maafkan saya...ampunkan saya...saya tahu awak takkan mudah nak maafkan saya tapi saya tak sanggup kehilangan awak.Saya cintakan awak sepenuh hati saya.Saya tak boleh hidup kalau awak tak ada.Hati saya betul-betul perlukan awak.Tolonglah jangan tinggalkan saya."Nazri betul-betul pasrah kali ini.Hatinya sudah tidak mampu bertahan lagi.Sudah terlalu lama perasaannya tersimpan untuk wanita itu.
Kasih terkedu melihat airmata itu.Hatinya tiba-tiba rasa tersentuh.Seorang lelaki telah menitiskan airmata demi sebuah kemaafan.Naluri wanitanya terusik jua.Perlukah dia mengalah dan memaafkan saja?Wajah yang putih kemerahan itu di pandang sayu.Dia akui hatinya sudah mula terusik dengan kehadiran lelaki itu namun dengan setelah kebenaran terbongkar dia tidak pasti dengan perasaannya kini.
"Saya tahu saya tak layak dapat kemaafan awak tapi saya betul-betul harap awak lembutkanlah hati awak tu?"rayu Nazri.
"Sudahlah lebih baik awak bangun tak guna awak melutut lama-lama kat situ."ujar Kasih.Dalam marah ada juga kasihannya.
"Saya takkan bangun selagi awak tak nak maafkan saya."
"Haish,suka hatilah,biarlah lutut awak tu kematu sampai sudah."ujar Kasih seraya bangun ingin keluar.Rasa lemas kalau berlama di situ.Entah apa lagi yang akan berlaku.
"Awak nak ke mana?"tanya Nazri tiba-tiba.
"Awak ingat saya nak berkampung dengan awak lama-lama kat sini,ke?"balas Kasih selamba.
"Kasih!!"teriak Nazri kuat.
Tersentak Kasih yang baru hendak memulas tombol pintu.Wajahnya di palingkan perlahan.Nazri menghulurkan tangan.Berkerut kening Kasih tidak mengerti.
"Kenapa?"tanya Kasih.
"Tolong saya...saya tak boleh bangun."
Ish,dia ni sengaja nak buat lawak pulak.Dengus hati kecil Kasih.
"Bangunlah sendiri."
"Awak nak tengok saya jadi patung kat sini,ke?awak tak kasihan kat saya ke?kaki saya dah la ada besi."
Kasih terkedu lagi?Apa maksudnya kaki dia ada besi?Ada lagi ke kisah yang aku tak tahu?
"Dah tahu kaki tu ada besi kenapa melutut jugak?"bebel Kasih.
Dalam marah dia membantu juga suaminya untuk bangun.Itulah diri Kasih yang sebenar,mudah berasa kasihan kepada orang.Nazri hampir hendak menjerit cuba menahan kesakitan di kakinya.Kasih memapah suaminya yang berbadan lebih besar dari dirinya itu menuju katil.
"Macam mana kaki awak boleh masuk besi pulak ni?"
"Saya kemalangan selepas balik dari pengebumian arwah Hisyam.Motor yang saya bawak melanggar tembok tu sebab kaki saya patah."
Terduduk Kasih mendengar bicara Nazri.
"Kenapa awak cuai sangat?"
"Memang saya cuai,saya dah sebabkan awak kehilangan Hisyam tu sebab saya rasa bersalah sangat sehingga fikiran saya melayang.Inilah yang saya dapat sebagai penebus kecuaian saya tu."ujar Nazri sambil mengurut kakinya yang terasa mengilu.Masih cuba menahan kesakitan itu.
Kasih diam tidak berkata apa.
Mengingat tentang arwah,Kasih sedar kemalangan itu bukan kesilapan Nazri seratus peratus.Mereka keletihan setelah pulang dari berkursus selama seminggu di Kuala Kangsar.Ini hanya satu sebab untuk sesuatu yang bukan di dalam perancangan manusia.Inilah yang di namakan takdir.Patutkah aku pasrah saja?Perlukah aku melepaskan kebencian yang ada?Tiba-tiba Kasih terasa tangannya di genggam.
"Maafkan saya..."ucap Nazri bersama sebuah harapan yang menggunung.Kasih diam tidak berkutik.Hatinya terasa bergetar saat tangan mereka bersentuhan begitu.
"Awak...jangan diam,saya takut kalau awak diam."tambah Nazri lagi dengan suara yang sengaja di lembutkan.Tiba-tiba Kasih tertawa.Biar pun perlahan namun cukup mencuit perasaan Nazri.
"Kenapa awak gelak?"tanya Nazri hairan.
"Saya tak sempat merajuk panjang awak dah datang pujuk,macam mana saya tak gelak."perlahan Nazri mula mengukir senyum.Fahamlah dia kini yang isterinya itu sudah mula berlembut hati dengannya.
"Awak dah maafkan saya,ke?"tanya Nazri inginkan kepastian.Kasih menggeleng perlahan.
"Saya perlukan masa untuk betul-betul maafkan awak."ujar Kasih sambil memandang wajah Nazri.
"Tak apalah kalau awak belum sepenuhnya memaafkan saya.Saya tak kisah yang penting awak jangan buang saya dari hati awak."balas Nazri sambil mengelus perlahan tangan Kasih.Kasih cuma membiarkan saja tingkah suaminya.
"Saya janji pada awak yang saya akan sayang dan jaga awak untuk selamanya.Hati saya cuma milik awak sorang aje."bersungguh-sungguh Nazri berikrar demi memujuk hati seorang isteri.
Perlahan pinggang Kasih mula di raih rapat padanya.Kepala di lentokkan ke bahu isterinya sengaja ingin bermanja.Ingin melempiaskan rasa yang bergema di dalam hati.
Kasih terusik hati.Rasa terpujuk dengan kata-kata itu.Ah!biarlah semuanya begitu saja.Janganlah di ingat lagi perkara yang telah lalu.Cubalah belajar untuk memaafkan.
Hati redhakanlah segalanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment