Saturday, August 27, 2016

AKU bab 18



Suatu hari aku menghubungi juga Damia mengajak dia keluar.Dengan senang hati dia menerima pelawaan ku.Hujung minggu yang di janjikan kami keluar  ke panggung.
Mulanya aku fikir nak ajak tengok cerita aksi tapi dia nak tengok cerita cinta,tak sampai hati pula aku nak membangkang bila melihat wajah teruja dia.Dah lama sangat aku tak tengok wayang.Rasanya dalam panggung tadi puas aku menahan kantuk.Mujur aku tak tersenggut.Sebaik keluar dari panggung puas Damia gelakkan aku.Selepas itu dia mengajak aku menikmati aiskrim pula.
Percaya atau tidak sampai lima perisa dia makan.Katanya dia dah lama tak makan aiskrim.Terkejut aku tengok gelagatnya.
Memang dia ni tergolong sebagai anak manja.Baru kini terserlah sikapnya.Sedikit demi sedikit aku sudah mula memahami dirinya.Mungkin sebab dia anak bongsu agaknya.
"Awak tak sakit perut ke makan banyak aiskrim ni?"Damia tersengih mendengar teguran ku.
"Maaf sebenarnya saya dah lama sangat tak makan aiskrim ni,rindu sangat."
Tercuit hati ku dengan tingkahnya yang bagai anak kecil tu.Alahai,kenapa aku dapat anak manja ni?Agak-agak apa lagi perangainya yang aku kena layan nanti?Rul,bersabarlah jangan mudah buat andaian.
Sebaik kami selesai menikmati aiskrim Damia mengajak aku berjalan-jalan di sekitar Bandar.
Nak menikmati keindahan Bandar katanya.Aku ikutkan saja kehendaknya.
Katanya lagi sejak balik ke sini dia terus bekerja di firma papanya jadi dia tidak berkesempatan untuk bersiar-siar di sekitar Bandar setelah empat tahun belajar di London.Memang aku maklum perkara itu kerana kenduri kesyukuran tempohari adalah untuk meraikan kepulangannya yang baru tamat belajar.Setelah kepenatan aku menghantar Damia pulang dengan selamat.
Damia menyatakan pada ku yang dia gembira kerana dapat keluar bersama ku.Aku nampak kegembiraan itu pada raut wajahnya cuma aku tak pasti tentang hati ku sendiri.Mungkinkah aku telah bersedia untuk hubungan yang baru ini?Kenapa masih ada keraguan dalam hati ini?

Suatu hari Damia mengajak aku ke majlis harijadi anak kawannya.Di situ aku di perkenalkan sebagai teman lelakinya.
Ok,yang tu satu kejutan untuk ku.Rasanya kami belum mengisytiharkan yang kami ni couple.
Aku cuba mengawal riak bimbang kalau dapat di kesan oleh Damia.Bimbang pula dia berkecil hati.Seorang demi seorang kawannya di perkenalkan pada ku.Ramai juga kawan dia ni.Aku sendiri pun tak ada kawan seramai ni.Agaknya dia memang suka berkawan.Satu lagi sikapnya yang aku pelajari.
Usai sesi perkenalan Damia mengajak aku mengambil makanan.Sewaktu kami sedang memilih tiba-tiba kami di sapa seseorang.Kami serentak berpaling.
"Kamal!"seru Damia dengan suara agak terketar.Dia nampak tidak berapa selesa dengan pertemuan ini.
"Hai,Mia..."amboi manjanya suara macam panggil mak we je.
Tersengih-sengih mamat ni memandang Damia.Matanya terpaku pada Damia saja macam aku ni kat sebelah tak wujud pulak.Badan boleh tahan mamat ni.Sado lagi.Damia ku lihat serba tak kena.Gelisah.
Aku tak tahu bagaimana airmuka ku sendiri.Nak kata aku jeles macam tak tapi kenapa aku rasa tak senang hati bila tengok mamat ni?
"Dah lama tak jumpa awak,ya?awak apa khabar?"Tanya Kamal bersama senyuman yang tak lekang dari bibir.Gembira nampak mamat ni.Siapa dia agaknya?Timbul pula pertanyaan di hati ku.
"Er...Rul,kenalkan ni kawan saya masa belajar kat sana."tanpa menjawab pertanyaan Kamal tadi,Damia terus memperkenalkan aku kepada Kamal.
Serta-merta muka Kamal bertukar kelat.Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mamat muka hensem ni.Rasa tergugatlah pulak.Dia menyambut salam ku dengan genggaman sedikit kuat bagai ingin memberikan aku isyarat.Macam nak cari gaduh je.Pandangan ku terarah ke genggaman tangan kami.Aku cuba meleraikan,akhirnya Kamal melepaskan tangan ku.Sedikit berdenyut.Aku abaikan saja rasa itu.Takkan nak tunjuk yang aku ni lemah sangat.Tak macho lah macam tu.
Alahai,mamat ni mesti selalu masuk gim agaknya.Tu yang tangannya kekar semacam je.
Rul,kau bukan lawan dia,ingat tu.Peringatan diri.
Nampaknya dia tak berapa senang dengan aku dan nampak sangat yang dia suka kan Damia atau lebih jelas sayangkan Damia.Hm,nampaknya aku ada pesaing.
"Awak ok ke?dah lama tak dengar khabar?"pertanyaan Kamal itu membuat Damia bertambah gelisah.
"Er....saya ok je.Sibuk sangat sekarang sebab dah mula kerja kat ofis papa."
"Oh...macam tu atau...awak dah lupakan saya maklum dah jumpa teman baru jadi saya ni pun awak lupakanlah."ujar Kamal bersama kerlingan tajam untuk ku.Kalut Damia seketika.
"Apa awak cakap ni?saya bukan macam tulah."
"Memang betul kan awak dah jumpa 
pengganti saya,dulu sayalah yang awak cari kalau ada masalah tapi sekarang nampaknya awak dah lupakan saya."
"Kan kita kawan,kenapa pulak saya nak lupakan awak?"
"Ya kita kawan tapi saya tak faham kenapa sampai lupakan saya,berapa kali saya hantar e-mail satu pun awak tak balas.Macam ni ke yang awak katakan kawan?"Kamal sudah mula bertegas dengan suara.
Aku pula yang terkebil-kebil dengan drama sebabak diorang ni.Pening aku sekejap.Perlu ke aku masuk campur untuk meredakan ketegangan ini?Airmuka Damia pun aku lihat sudah mula muram.Rasanya elok aku mencelah.
"Saudara,boleh tolong jaga suara awak tu,dia kan perempuan tak elok awak berkeras macam ni."ha ambik kau lembut betul suara aku macam tak percaya pulak itu suara aku.Skema betul kau Rul.
"Kau siapa pulak nak bela dia?"tempelak Kamal pada ku.
"Dia teman lelaki saya!"tegas Damia tiba-tiba.
Aku pulak yang terkejut.Sekali lagi aku bagai tidak percaya.Dia ni memang dah anggap aku ni teman lelaki dia ke?Alahai,ni yang masalah ni.
Airmuka Kamal sudah berubah kelat.Tangannya di genggam erat.Jangan sampai dia lepaskan penumbuk ke muka aku sudah.Mahu huru-hara pulak majlis ni nanti.
"Nampaknya awak memang dah lupakan saya,tak apalah terima kasih banyak,saya pergi dulu."
Kamal terus menghilang di balik keramaian ini.Lega aku mujur tiada apa-apa yang buruk berlaku.Kenapa aku rasa keadaan ini bagai ulang tayang kisah aku yang dulu?Aku dapat rasakan yang Kamal menyimpan perasaan kepada Damia tapi nampaknya gadis di sebelah ku ini melayannya dingin.
Damia beredar ke meja yang berada di bawah khemah itu.Aku turut melangkah di belakangnya.Dia termenung setelah melabuhkan punggung di kerusi.
"Awak tak nak makan ke?"soal ku perlahan.
"Awak tak nak tanya siapa dia?"tanpa menjawab soalan ku tadi dia menyoal ku pula.Nasi di dalam pinggan di kuisnya perlahan.
"Perlu ke saya ambil tahu?"Tanya ku lurus.
"Kenapa tidak awak ni macam tak cemburu je."
"Kan dia kawan awak masa belajar kat sana jadi perlu ke saya jeles tak tentu hala?"balas ku pula.
Kenapa aku rasa dia bagai sedang menahan marah?Nampaknya aku sudah tersalah cakap.Damia memandang sepi makan di depannya.Senyap.Mukanya jelas tidak berpuas hati.Alahai,nak kena pujuklah nampaknya.
"Awak...makanlah tak elok di pandang aje makanan tu nanti perut awak tu masuk angin pulak."sehabis lembut aku cuba mengawal suara.
Damia mengerling aku sekilas.Perlahan dia mengambil sudu dan mula menyuap makanan.Terpujuk juga dia dengan ayat ku tadi.Lega rasa hati.
"Dia memang ada menyimpan perasaan pada saya tapi saya dah tolak dia."tiba-tiba Damia bersuara.
Memang benarlah seperti telahan ku tapi kenapa di dalam hati ku bagai tidak terusik?Kenapa aku tak ada rasa nak cemburu?Nampaknya aku kena kaji balik perasaan aku ni.
"Kenapa awak tak bagi dia peluang saya nampak dia bersungguh dengan awak."
"Kalau hati tak cinta macam mana nak di paksa."ujarnya selamba.
Tangannya sudah terhenti menyuap.Betullah tu kalau hati tak ada perasaan takkan nak paksa pulak.Gumam hati kecil ku.
"Awak tak cemburu ke tengok dia?"ha sudah ayat perangkap dia dah bagi aku.Tak puas hatilah tu.Aku diam tak mampu menjawab.Serba-salah pula rasanya.
"Saya rasa lebih baik kita berkawan saja,tak sanggup saya nak menipu diri sendiri lagi lebih-lebih awak,saya tak nak awak rasa terpaksa pulak."Damia tiba-tiba bersuara tegas.
"Apa maksud awak?"
"Awak tak mungkin dapat menyayangi saya,kan?saya tak nampak pun kesungguhan awak."soal Damia cuba mencari mata ku.
Pandai sangat dia membaca fikiran ku.Nafas berat aku lepaskan.
"Kita baru lagi berkawan takkan awak dah menyerah kalah."ujar ku cuba berdiplomasi.
"Saya tak boleh nampak perasaan tu dalam diri awak jadi tak guna kita teruskan hubungan yang tak membawa erti ni."
"Cepat sangat awak membuat keputusan. Kan kita dah janji nak bagi ruang untuk diri masing-masing."aku cuba memujuk dia lagi.
"Saya tak nampak akan ada ruang dalam hati awak untuk saya diami."
"Awak dah pasti dengan keputusan awak ni?awak takkan menyesal?"soal ku inginkan kepastian.
"Saya rela menyesal hari ni dari menyesal di kemudian hari kelak."
"Habis nak cakap apa dengan orangtua kita nanti?"
"Cakap aje yang betul."
"Awak tak kisah kena marah nanti?"
"Ibu saya tak kisah dia tak paksa saya dalam soal jodoh ni."
"Untuk awak mudahlah tapi bukan mudah untuk saya nanti."gumam ku perlahan.
Habislah aku kena ceramah dengan mama.Tadah sajalah telinga ni nanti.
"Kalau kita paksa diri pun tak guna juga,saya tahu awak terpaksa.Saya tak mahu begitu."
"Awak dah nekad dengan keputusan awak ni?"tanya ku lagi ingin kepastian.
Damia mengangguk.Ada satu rasa yang menyulam di dalam hati ku entah sesal atau terkilan.Aku meraup muka.Dada semakin rasa sesak.Aku terduga lagi.
YA ALLAH!berikan aku sedikit kekuatan.Pinggan di depan ku tolak ke tengah.Putus sudah selera ku.Malas aku nak bersoal jawab lagi dengan gadis di sebelah aku ni.Rasanya lebih baik kami keluar dari majlis ini.Akhirnya aku mengajak Damia pulang.Mujur dia mengikut tanpa banyak soal lagi.Setelah berjumpa tuan rumah kami segera meninggalkan kawasan perumahan itu.
Sekali lagi aku gagal nak sempurnakan hajat mama.Pasrah sajalah Rul.Tempuhi segala dengan rasa yakin.Biarlah dia jalani hidupnya dengan caranya kalau sudah itu jalan yang di pilih. 

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...