Thursday, August 11, 2016
AKU bab 17
Petang itu aku berjumpa Siti Aisyah.Dua hari lepas aku sudah menelefon mengajak dia berjumpa.Demi Salim aku ikutkan juga permintaannya.Aku menunggu di taman sekitar tempat dia mengajar.
Di situlah tempat yang pernah dia melihat aku mengalirkan airmata dulu sewaktu aku tahu siapa penyebab perpisahan antara aku dengan Dian.Aku lepaskan nafas berat.
Bagaimana aku mampu menghadapi perangai mama tu.Sudahlah Rul dengan mama sendiri takkan nak bermusuh pulak.Nak jadi anak yang baik ikut saja kemahuannya.Yang penting perlu mendoakan untuk mama berubah menjadi seorang yang bertimbang rasa dan moga doa yang selalu ku titipkan akan termakbul jua suatu hari nanti.
Suara memberi salam mematikan lamunan ku yang tak seberapa.Aku mengangkat muka.
Wajah Siti Aisyah menyapa pandangan mata.Sekuntum senyuman terhias di wajah itu.Segera aku menjawab salam itu lantas mempersilakan dia duduk.
"Dah lama tak jumpa,ya."tegur Siti sambil meletakkan tas tangannya di atas meja.Aku menganggukkan kepala.
"A'ah,awak dah jadi tunang orang,takkan saya nak kacau pulak."ujar ku.Siti tergelak perlahan.
"Jadi sekarang awak apa khabar?"tambah ku lagi.
"Macam yang awak tengoklah."balas Siti selamba.
"Apa niat awak ajak saya jumpa ni?"
"Saya rasa awak dah tahu sebabnya,kan?"
"Pasal saya dengan abang Salim?"Entah mengapa sebaik aku mendengar Siti memanggil Salim begitu,hati ku di cuit rasa geli hati.
"Amboi...amboi...dah mula panggil abang nampak."usik ku.Siti tersenyum malu sambil menundukkan muka.
"Dah memang dia lagi tua dari saya kenalah panggil macam tu."
"Yalah tu,saya pun tua dari awak,kenapa awak tak panggil abang pun?"
"Awak tu lain,awak tu kawan saya.Saya segan nak panggil abang takut awak perasan pulak."ketawa kami lepas sebaik Siti berseloroh.
"Pandai bagi alasan ya.Jadi sekarang bagaimana awak dah dapat terima dia,ke?"
Serta-merta wajah Siti berubah,menunduk sambil mencapai daun kering yang jatuh di atas meja itu.
"Saya sedang cuba nak menerima dia tapi sekarang saya keliru."nafas berat di lepaskan Siti sambil menebarkan pandangan ke serata taman yang tidak sunyi itu.
Beberapa keluarga sedang menikmati perkelahan di tepi tasik yang menghijau.
"Awak jangan salah faham dulu,apa yang awak nampak tak sama dengan apa yang awak fikir."
"Berpegang tangan tu tak salah ke?"bidas Siti pula.
Ish,parah ni hari tu Salim tak cakap pun bab pegang tangan ni.
"Jadi awak tak nak maafkan dialah."
"Bukan tak nak maafkan,saya keliru,saya takut kalau dia cuma nak mempermainkan saya."
Nampaknya aku kena menyakinkan gadis ini.Perasaan yang ada di dalam hatinya nampak rapuh dan aku bimbang kalau kawan aku jadi gila bayang nanti.
"Awak percaya pada saya tak?"Tanya ku pada Siti.
"Kenapa awak tanya macam tu?"
"Yalah,kalau awak percaya tentu awak sedar apa yang saya cakap pada awak tu benar belaka terutama perasaan dia pada awak.
Selama saya kenal dia tak pernah lagi dia serius dengan perempuan sampai begini sekali.Memang saya akui dulu dia seorang yang suka berkawan dengan ramai perempuan tapi sejak dia kenal awak semua perempuan tu dah tak ada dalam hidup dia.Dia dah buang semua tu dari hidup dia."
"Awak ni macam macam bela dia kawan awak je."
"Bukan macam tu saya cuma tak mahu awak menyesal aje kalau awak lepaskan dia."
"Awak tak berada di tempat saya."
"Sebab tu saya nak awak mengenali dia dengan lebih dekat awak kan tunang dia,awak bakal menjadi suri hidup dia.Nanti dah kahwin awak buatlah syarat yang ketat supaya dia tak terlepas dari tangan awak dan supaya dia tak mampu memandang perempuan lain lagi."
Ish,aku ni mengajar yang betul ke tak?macam nak ngajar perempuan ni jadi queen control pulak.He...he...kalau untuk kebahagian diorang apa salahnya,kan.Siti tertawa halus.
"Saya bukan tak percaya langsung pada dia tapi hati saya ni tengah marah,keliru dan cemburu pun ada."
Lega aku mendengar kata-kata Siti.Sekurangnya dia tak minta untuk memutuskan pertunangan.
"Jadi janganlah mendera dia lagi,maafkan saja dia,apa yang jadi hari tu cuma salah faham.Awak dengar penjelasan dia baik-baik.Lagi pun korang kan dah nak naik pelamin tak lama lagi.Saya tengok hari tu dia pun dah kusut sangat.Saya bimbang kalau lagi lama awak dera dia,nanti tak pasal-pasal dia jadi gila pulak."
"Ish,takkan sampai macam tu?"
"Betullah saya cakap Salim tu nampak je macam kuat tapi dia tak kuat pun nak layan perasaan kecewa.Saya dah lama kenal dia.Apa kata balik nanti awak hubungi dia ya,saya dah janji sebaik saya dapat memujuk awak ni,saya akan minta awak telefon dia segera.Tentu dia ternanti-nanti panggilan awak."
"Awak rasa awak dah mampu pujuk saya ke?"soal Siti seolah mencabar kewibawaan ku.
Aku lepaskan nafas panjang.
"Tolonglah jangan berdegil,saya tahu dalam hati awak tu tentu sudah ada rasa sayang pada dia kalau tidak takkan awak teruskan perhubungan ini,kan?"pujuk ku lagi sengaja melembutkan suara sedikit agar perempuan ini termakan kata-kata ku.
"Awak boleh kan janji dengan saya."tambah ku lagi.
"Em...tengoklah dulu kalau hati saya ni dah sejuk."
"Tolonglah jangan macam ni,benda yang kecil takkan nak besarkan,tak elok untuk rumahtangga nanti."
Ceh,macam aku ni dah berumahtangga nak bagi nasihat bagai.Siti mengeluh keras.
"Oklah,nanti saya call dia."balas Siti sambil menjeling ku.
Aku tahu dia tidak berpuas hati dengan pujukan ku tapi aku buat tak tahu sebab yakin dia pasti akan termakan juga dengan nasihat ku tadi.
Beberapa hari lepas aku mendapat khabar gembira dari Salim yang tunangnya sudah memaafkan dia.
Betapa aku pula yang rasa lega dengan perkhabaran itu.Haish,macam macam kisah orang bercinta ni.Kisah aku ni bagaimana pula ya?Apa yang patut aku lakukan sekarang?Patutkah aku hubungi Damia untuk mengeratkan hubungan kami?Aku termenung sambil pandangan tertera ke siling bilik.
Macam mana nak pujuk hati sendiri kalau luka lama belum sembuh sepenuhnya?Aku tak tahu apakah luka ini akan mampu untuk sembuh sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment