Setelah selesai perbincangan mereka terus pulang.Sewaktu di dalam kereta tiada seorang yang bersuara.Faizal naik hairan dengan sikap staff dia yang sorang ini.
''Dian..kenapa awak diam?Awak tak suka keluar dengan saya ke?''
Dian angkat muka memandang Faizal seketika.''Tak ada apa nak cakap baik saya diam.''
Faizal buntu sekejap.Tangannya dah mula menggaru dagunya yang di hiasi janggut yang sejemput.Ish..payah la perempuan ni.Sepatah aku tanya sepatah dia jawab.Faizal berfikir lagi untuk membuatkan Dian bersuara.
''Awak ni memang tak suka bercakap ye?''Dian tersenyum bila Faizal berkata begitu.Faizal terpana dengan senyuman gadis itu.Cepat-cepat dia mengawal diri agar pemanduannya tidak terganggu.
''Apa maksud Encik cakap macam tu?''
''Err..tak ada apa cuma saya hairan bila tengok perangai awak yang tak banyak cakap ni.''
''Dah memang perangai saya macam ni nak buat macam mana lagi?''Selamba Dian menjawab.
''Awak tak boleh amalkan sikap macam ni bila bekerja nanti orang tak hormat awak.Kita bekerja dalam satu kumpulan jadi kalau boleh awak kena selalu bergaul dengan kawan-kawan yang lain.''
Dian hanya mendengar kata-kata itu tanpa membantah.Dia sedar sikapnya yang satu ini memang sukar di ubah.Sememangnya dia seorang yang tak suka bercakap banyak.
''Err..cuti ni awak ada pergi ke mana?''Tiba-tiba Faizal mengalih topik.
''Kenapa Encik?''
''Boleh tak kalau awak jangan panggil saya Encik,kita sekarang bukan dalam waktu pejabat lagi.''
''Kalau tak panggil Encik saya nak panggil apa?''
''Panggil nama dah cukup.''
''Seganlah saya tak biasa.''
''Sebab tak biasa tu la kena biasa kan.''
''Saya bukan tak mahu cuma tak manis pulak sebab umur kita kan berbeza.''
''Kalau macam tu panggil saya abang la,boleh?''Gurau Faizal sambil tersengih.
Nak tercekik rasanya tekak Dian,dah macam nak panggil suami saja.
''Awak ada rancangan ke cuti ni?''Faizal masih mengajukan soalan yang sama.
Dian menggelengkan kepala.
''Boleh saya ajak awak keluar tak?''
''Erk..maaf la saya tak mau nanti orang tengok tak elok pulak,tak manis kalau kita keluar berdua.''Faizal mati akal sekejap.Payahnya perempuan ni.
''Saya bukan nak ajak awak ke tempat yang bukan-bukan cuma nak mintak awak teman saya beli barang je.''Faizal segera mencari alasan.
''Tak ada orang lain ke awak boleh ajak?''
''Sebab tak ada la saya ajak awak?''
''Awak tak ada mak we ke?''Eh,boleh pulak aku tanya macam ni,desis hati Dian.Faizal tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
''Orang macam saya ni mana ada orang nak Dian,muka dah la tak hensem,kaya pun jauh sekali.''Dian terkedu,muka macam ni kata tak hensem,nampak sangat nak merendah diri.Boleh percaya ke lelaki ni?
''Boleh tak ni?''Faizal bertanya soalan yang sama lagi.
''Err..nanti saya fikirkan.''
''Jangan fikir lama-lama ye.''
Setelah kereta yang di pandu Faizal tiba di depan rumah sewa Dian,gadis itu segera mengucapkan terima kasih dan berlalu masuk.
Malam itu setelah mengerjakan solat isyak telefon Dian berbunyi nyaring.Dian melihat di skrin telefon terpapar nama Encik Faizal.Apa pulak dia nak lagi ni?Punat hijau segera di tekan.
''Assalammualaikum...''Suara Faizal kedengaran di hujung talian.
''Waalaikummussalam..''Jawab Dian.
''Awak buat apa tadi?''Tanya Faizal.
''Baru lepas solat,ada apa awak telefon ni?''
''Er..tak ada apa cuma nak ingatkan awak dokumen tadi jangan lupa bagi pada Maria ye?''
''Oo..pasal tu,jangan risau esok pagi saya bagi terus pada Maria,awak telefon ni semata-mata nak ingatkan saya pasal tu ke?''
''Erk..ye..ye..saya takut awak lupa pulak nak bagi Maria esok.''
''Insha-Allah..saya tak lupa,awak jangan bimbang.Ada apa lagi ke?''Dian segera menyoal Faizal kerana dia dapat merasakan yang lelaki itu ada agenda yang lain.
''Err..pasal hal siang tadi awak dah fikirkan ke?''Dian tersenyum melirik.Dah dapat dia mengagak yang Faizal akan menanyakan soalan itu.
''Maaf saya belum fikirkan lagi,boleh tak esok saja saya bagi jawapan?''
Faizal sedikit terkilan dengan jawapan dari bibir mungil gadis itu.
''Baiklah saya bagi awak masa sampai esok tapi kalau boleh jangan hampakan saya ye.''Dian serba salah dengan kata-kata itu.Setelah berbual seketika Faizal meminta diri dan talian segera di matikan.
Dian bingung dengan sikap majikannya itu.Nampaknya lelaki itu sedang cuba memikat dirinya.Ah!Masalah baru pulak yang datang sedang dirinya baru hendak melupakan kisah cinta yang tak kesampaian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment