Saturday, May 24, 2014
SESUCI CINTA DIAN 24
Waktu yang di nanti telah tiba akhirnya.Segala persiapan telah lengkap.Beberapa hari sebelum majlis Faizal telah berpindah ke rumah bapa saudaranya.Manakala Dian pula telah berpindah ke rumah Faizal.
Jam menunjukkan hampir ke pukul sebelas pagi,rombongan pengantin lelaki telah sampai di perkarangan rumah.Ada debaran di dada Faizal namun dia tetap cuba mengawalnya sebaik mungkin.
Sekejap lagi dia akan bergelar suami orang,secara tak langsung tanggungjawab yang berat akan tersandang di bahunya.
Setelah berpelukan dengan ahli keluarga terutama ibu dan ayahnya,Faizal mengambil tempat di depan tok kadi.
Sementara itu di dalam bilik,Dian yang sudah lengkap berpakaian pengantin sedang menahan debaran yang amat kuat dari jantungnya.Lina sahabatnya sendiri tidak dapat menolong untuk menenangkan sahabatnya itu.
Betul ke apa yang aku lakukan ni,boleh ke aku menjadi seorang isteri yang baik?Boleh ke aku jatuh cinta dengannya?YA ALLAH,bantulah aku untuk menghilangkan segala keraguan ini.Beberapa minit kemudian Dian di minta turun ke bawah.
Sewaktu Dian turun,mata Faizal sempat menjeling dirinya.Terkedu Faizal seketika saat wajah itu di lihatnya.Manis sekali bakal isteriku ini.Tiba-tiba sikunya di tepuk seseorang.
''Woi,kok ya pun bersabarlah,tak lari ke mana isteri kau tu.''Bisik along yang menjadi pengapitnya pada majlis itu.Faizal tertunduk menahan malu.Kantoi!
Dengan sekali lafaz,kini Dian telah sah menjadi seorang isteri.Faizal melepaskan nafas kelegaan,senyuman manis di hadiahkan kepada isterinya yang turut sama memandang ke arahnya.Dian rasa terharu saat itu,hampir menitis airmatanya.Setelah selesai mengaminkan doa,Faizal bangun untuk mengerjakan solat sunat.Sempat dia mengajak Dian untuk solat bersamanya.Dian mengikut saja arahan lelaki yang bergelar suaminya kini.
Setelah selesai bersolat mereka keluar untuk menyempurnakan upacara menyarung cincin pernikahan.
Menitis airmata Dian saat Faizal menyarungkan cincin itu.
''Awak,kenapa menangis ni takkan saat macam ni nak nangis lagi?''Bisik Faizal.
Airmata isterinya di seka perlahan.Dian hanya memandang kosong wajah itu tanpa suara.
''Kak ngah,salam tangan angah tu.''
Suara adik iparnya Julia menegur kekakuan mereka.Dian segera melaksanakan apa yang sepatutnya di lakukan sebentar tadi.Faizal membalas dengan mengucup ubun-ubun isterinya.Setelah itu Dian di bawa bersalam dengan orangtuanya.Sayu lagi hati Dian saat itu.Tersayat bila mengenangkan tiada tangan ibu atau ayah yang dapat disalamnya.
Tiba-tiba tangannya di genggam Faizal.Mungkin saja suaminya itu cuba menyalurkan kekuatan yang hilang saat itu.Faizal tersenyum penuh makna dan Dian turut membalas senyuman itu.
Setelah itu mereka di arah ke pelamin untuk bersanding.Ramai sekali tetamu yang hadir menyaksikan persandingan itu.Hampir ke petang barulah acara majlis berakhir.Dian masuk ke bilik pengantin untuk membersihkan diri.Badan yang belengas harus segera di bersihkan.Suaminya pula masih di bawah melayan kawan-kawan.
Setelah mandi Dian segera mengerjakan solat Asar.Lama dia berteleku di sejadah berdoa untuk kesejahteraan diri dan berdoa untuk kedua ibubapa yang telah pergi menemui ILAHI.Tak lupa juga berdoa untuk rumahtangga yang baru di bina itu.
Usai Dian berdoa,pintu bilik di buka dari luar.Terjengul wajah suaminya di situ.
''Yan,dah selesai solat ke,kenapa tak tunggu abang?''Faizal mendekati isterinya dan duduk di depan Dian.
''Maaf,saya ingat awak lama lagi kat bawah.''Faizal tersenyum.Sejuk hati melihat isteri yang manis bertelekung.
''Tak apalah tapi maghrib nanti kita solat sama,ya?''
Dian membalas dengan menganggukkan kepala.Faizal menghulurkan tangan.Dian faham dan menyambut tangan itu lantas di kucup dengan sopan.Faizal mengucup ubun-ubun Dian sambil tersenyum lega.Lega dengan penerimaan gadis itu terhadapnya.
Wajah Dian di usap perlahan.Terpesona dengan kelembutan wajah si isteri yang baru berapa jam di nikahi.Dian pula tunduk tidak berkutik bila di lakukan sebegitu oleh si suami.Masih cuba menahan perasaan getar di hatinya.
''Abang mandi dulu ya,dah belengas badan ni.''
Faizal segera bangkit cuba mengawal perasaan yang mula hadir.Tuala di capai di ampaian kecil dan terus menghilang ke dalam bilik air.
Dian menanggalkan telekung dan menyidainya di ampaian tadi.Rambutnya yang basah di sikat perlahan.Bersyukur dirinya kerana di kurniakan rambut yang lurus dan panjang.Tidak pernah seumur hidupnya menghadapi masalah dengan rambutnya itu.
Tidak lama kemudian Faizal keluar dari bilik air hanya bertuala separas pinggang.Dian terkesima saat terpandang bentuk tubuh suaminya yang agak sasa itu.Cepat-cepat di larikan matanya ke arah lain.Faizal yang menyedari tingkah isterinya itu hanya bersikap selamba.
Dia sedar isterinya itu seorang pemalu.Namun hendak di apakan lagi,mereka kini telah sah sebagai suami isteri jadi Dian harus membiasakan diri dengan keadaan seperti itu.Tangannya mencapai kain pelekat di ampaian dan menukar tualanya dengan selamba di depan Dian.Setelah memakai berbaju melayu Faizal segera melaksanakan kewajipan yang satu itu.
Usai solat Faizal mendekati Dian yang sedang termenung di jendela kamar.
Menungan gadis itu amat jauh sehingga lupa pada suaminya yang berada di sebelah.Tangan Faizal membelai lembut rambut Dian yang panjang mengurai.Faizal terbuai dengan ke haruman rambut isterinya itu.Dian masih tidak menyedari perbuatan suaminya itu.Tangan Faizal mula merayap ke wajah Dian.Saat itu juga Dian terkejut dan berpaling serta-merta.
''Awak buat apa ni?''
Faizal tersengih,tangannya di tarik sepantas kilat.
''Mana ada buat apa?''
''Awak jangan buat benda yang saya tak suka,ya.''
''Eh..eh...cik adik,awak sedar tak awak kat mana ni?Saya ni siapa kat awak?''
Dian memejamkan mata sebentar.Jauh sudah dia mengelamun.Lupa sebentar dirinya kini adalah isteri orang.Wajahnya tertunduk muram.
''Yan,awak kenapa,menyesal ke kahwin dengan saya?''
Tika itu juga Dian panggung kepala.Menggeleng segera saat soalan itu bergema di telinganya.
''Dah tu kenapa awak sedih,awak teringat dekat Fakrul ke?''
''Jangan sebut nama tu boleh,tak?''
''Hai,sampai sebut nama pun tak boleh,ke?''Faizal tersengih suka hati.
Suka bila Dian tidak mahu nama kekasihnya di sebut lagi.Itu maknanya Dian benar-benar mahu melupakan kisah silamnya.
''Kalau semuanya bukan,kenapa pulak awak muram?''
''Saya teringat dekat arwah ibu dan ayah saya.''
Saat itu juga airmatanya merembas dari kelopak mata.Oh,itu sebabnya.Hati Faizal berasa kasihan melihat wajah isterinya.Tangan Dian di genggam erat lantas di tarik mengikutnya ke arah katil.
Mereka duduk di birai katil sambil tangan Faizal melingkar ke pinggang isterinya itu.Dian gementar bila di perlaku begitu namun tiada pula dia cuba menolak tangan suaminya.Faizal senyum segaris,tahu dengan kegelisahan si isteri.
''Kalau awak nak balik kampung nanti abang temankan,lagi pun cuti kita panjang lagi.''
''Betul,ke?''Soal Dian inginkan kepastian.
''Betul sayang takkan abang nak tipu.''
''Lepas ni saya boleh kerja lagi,ke?''
''Kenapa pulak tak,atau awak nak berhenti kerja nak jadi surirumah,kalau yang tu abang lagi suka.''
''Saya nak kerja,nanti boring pulak kalau duduk rumah.''
Cepat-cepat Dian menyatakan keinginannya.Faizal meletakkan dagunya ke bahu Dian.Cuba mencipta kemesraan.Tangan Dian masih di elus perlahan.Dian terpaksa merelakan perlakuan suaminya walau pun dihati tidak berapa selesa.
''Kenapa pulak nak bosan lagi pun lepas ni kita bukan nak duduk sini,abang dah sediakan rumah untuk kita.''
''Ibu dan ayah tak kisah,ke kalau kita pindah?''
''Kenapa pulak nak kisah,lagi pun abang dah cakap dengan diorang awal-awal.Diorang pun faham dengan keadaan kita.Kan kita pengantin baru tentu mahu kan privacy,kan.''
''Terima kasih aa...''
''Abang!Susah sangat ke nak sebut?''Tegas Faizal.
Dian tertunduk malu.Dia sedar sepatutnya dia memanggil lelaki itu dengan panggilan yang bersesuaian kerana mereka kini telah bergelar suami dan isteri.Faizal mengucup tangan isterinya.
''Nanti jangan lupa kemas baju kita nak pergi honeymoon.''
''Honeymoon,kalau tak pergi tak boleh,ke?''
''Tak boleh,mesti pergi rugi kalau tak pergi,ni kan hadiah dari pak su.Ayang tak suka ke dengan hadiah,ni?''
Dah tukar pulak panggilan dia kat aku.Getus hati Dian.Geli geleman pulak bila dia panggil macam tu.
''Boleh tak jangan panggil macam tu?''
''Panggil apa?''
''Ayang!''Ajuk Dian bersama mimik muka.
''La,tak boleh,ke?Kan sedap panggil macam tu.Ah,abang tak kira mulai hari abang akan panggil macam tu,ayaangg...''
Sengaja di manjakan suaranya di pendengaran Dian.Sebal rasa hati Dian dengan perangai Faizal.Dian segera bangkit hendak keluar dari situ.
''Eh,nak ke mana pulak tu?''
''Tak elok lama sangat kita kat dalam ni,keluarga awak kat luar tu tentu sedang mengemas rumah.''
''Ayang,jangan risau pasal tu kat rumah ni ada orang gaji lagi pun untuk kenduri ni ibu dah upah orang untuk kemaskan semua tu jadi tak payah nak susah-susahkan diri ayang tu.Meh,duduk sini dengan abang kita tak habis borak lagi.''
''Nak borak pasal apa lagi?''Keluh Dian perlahan.
''Banyak yang kita boleh borak lagi pun abang masih nak kenal isteri abang ni dengan lebih mendalam.''
Dian sudah tidak berasa selesa.Bimbang si suami meminta haknya.Perlahan langkahnya mendekati Faizal yang masih duduk di birai katil.
''Kenapa dengan ayang ni?''Tanya Faizal sambil tangan Dian di elus perlahan.Dian masih mendiamkan diri,terfikirkan sesuatu.
''Kalau dah pindah rumah nanti kita kena tinggal sebilik,ke?''Soal Dian tiba-tiba.
Faizal terkesima.Kenapa persoalan itu yang di tanya?Hatinya rasa terusik.Tangan Dian serta-merta di lepaskan.
Faizal bangkit menuju ke jendela.Dian dapat merasakan yang Faizal sedang merajuk hati dengannya.Adush,kenapa aku tanya soalan macam tu tadi?
Faizal merenung ke luar jendela.Biliknya yang mengadap ke lembah menyebabkan dia suka dengan pemandangan di luar.
Mujur saja ayahnya telah membina banglo di tepi bukit,suasana itu membuatkan dia sering menghabiskan masa merenung ke lembah jika hatinya berasa gundah.Melihat pokok-pokok yang menghijau sering membuatkan hatinya terasa tenang.
''Awak maafkan saya kalau soalan saya tadi membuatkan awak terasa hati.''
Faizal menjeling sekilas ke arah isterinya.Dia sedar Dian masih belum dapat menerima dirinya sepenuh hati jadi mana mungkin dia sanggup untuk mendesak gadis itu untuk mengikut kehendaknya.Dayuslah dia andai hati itu terluka dengan perangainya.Keluhan di lepaskan berat.
''Suka hati awaklah nak sebilik dengan saya atau tidak,saya takkan paksa awak.Ambillah berapa lama pun masa yang awak perlukan.''
Usai berkata begitu,Faizal terus keluar dari bilik.Dian hanya mampu melihat kelibat suaminya hilang di balik pintu.Alahai,merajuklah tu.Hmm....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment