Tuesday, June 3, 2014

SESUCI CINTA DIAN 25



Malam itu usai solat maghrib berjemaah,Faizal masih mendiamkan diri.Saat tangannya di kucup Dian pun dia tidak membalas dengan sepatutnya.Dian buntu bagaimana untuk memujuk suaminya yang sedang merajuk itu.Terasa berdosa kerana membuatkan suaminya berkecil hati.
YA ALLAH,berdosanya aku,baru beberapa jam menjadi isteri,aku sudah membuatkan suamiku berkecil hati.Saat Faizal menyidai sejadah di ampaian,tangannya di pegang Dian.
''Abang,maafkan,yan.Yan tahu Yan salah sebab dah buat abang kecik hati,ampunkan dosa,Yan.Abang janganlah hukum Yan macam ni Yan janji takkan buat abang kecik hati lagi.''
Lancar saja panggilan Dian buat suaminya walau pun sebelum ini dia begitu kekok untuk menggunakannya.Tangan suaminya di kucup lama,airmata mengalir laju tanpa dapat di tahan lagi.
Faizal yang terkedu dengan tindakan isterinya itu terasa terpujuk bila melihat linangan airmata yang membasahi tangannya.Sendu hatinya bila si isteri bersungguh-sungguh cuba memohon kemaafannya.Saat itu juga rasa marahnya hilang.Kepala Dian di usap lembut.Di kucup ubun-ubun isterinya itu.
''Abang maafkan ayang,lain kali jangan buat lagi,ya.''
Senyuman terukir kembali,saat itu juga tubuh Dian di peluk erat.Dian terkejut dengan tindakan suaminya namun tiada penolakan darinya.Lama tubuhnya di pelukan Faizal.
''Abang...''Panggil Dian.
''Hmm...''
''Berapa lama kita nak macam ni?''Faizal ketawa perlahan.
Tersedar kembali setelah hanyut seketika dengan perasaannya.Perlahan pelukan di leraikan.Wajah Dian di renung dengan penuh kasih.Terasa malu Dian bila di renung begitu.
''Abangg...''Dian buat suara merengek. 
''Kenapa?''
''Lapar...''
''Ish...buat abang terkejut aje.''
''He...he...''Dian tersengih lucu.
''Jom kita turun makan tapi tanggalkan dulu telekung ni kang tak pasal-pasal ada yang lari tengok ayang macam ni.''Usik Faizal kepada isterinya.
Dian buat muka geram,suaminya itu suka sangat menyakat.Faizal sudah melangkah ke arah almari.Sekali lagi dia dengan selambanya menukar pakaian.Dian pulak yang malu dengan perangai suaminya itu.Cepat-cepat di tutup matanya.
''Tak payah di tutup mata tu,abang dah jadi mahram ayang,kan.Antara kita tak ada batasan aurat lagi,faham tak?''
''Hm...yalah.''Balas Dian yang masih tak sanggup memandang ke arah suaminya.
''La,jom turun tadi kata lapar.''Sergah Faizal.
Dian cepat-cepat memakai tudung dan mengikut suaminya turun ke bawah.Tangan Dian di genggam erat oleh Faizal.
''Hai,pengantin baru ingat tadi tak nak turun makan.''Sapa Julia yang sedang meneguk minuman.
''Hai,maaf kami lambat.''Sahut Dian sambil tersenyum.
''Maaflah kak ngah dan angah kami dah makan dulu,ingat tadi pengantin tak nak turun makan.''
''Tak apalah,elok jugak tu dapat kami makan berdua aje,kan ayang.''Ujar Faizal sambil mengenyit mata kepada isteri di sebelah.
''Uweekk...apa ni angah panggil kak ngah macam tu,tak macho la,eeiii...geli Ju dengarlah.''Bidas Julia sambil menggoyangkan tubuhnya tanda kegelian.
''Eh,dah jadi isteri angah suka hati angah la nak panggil apa,kau sibuk kenapa,syoh...syoh...pergi main kat luar jangan kacau orang nak dating ni.''
''Eii...angah ni teruklah,nah ambik sekali...papp!!
''Adikk!!''
Jerit Faizal sambil cuba mengejar Julia yang telah berlari ke depan namun di tahan oleh Dian.Besar gelak Dian bila melihat gelagat mereka berdua.Terhibur rasa hatinya seketika.
''Apa gelak-gelak.''Jerkah Faizal kepada Dian.
''Opps..sori.Sakit ke?''Soal Dian sambil menggosok bahu suaminya yang di tampar Julia tadi.
''Eh,memanglah sakit,tangan budak tu berbisa tau tak.Siaplah nanti kalau abang dapat dia nanti tau la apa abang nak buat dekat dia.''
''Ala sikit aje ni tak payahlah nak berdendam,dia gurau aje tu.Meh,la kita makan.''Ujar Dian sambil mengangkat tudung saji yang menutup lauk.Nasi sudah tersedia di situ.
Setelah makan mereka menyertai kaum keluarga yang berada di ruang tamu.Sampai di ruang tamu,Faizal terpandangkan adiknya yang sedang leka menonton.
Papp!!Satu tamparan Faizal hadiahkan buat adiknya.
''Adoi,apa ni angah,sakitlah.''
''Ha,baru kau tahu sakit,tadi masa kau buat angah tak apa pulak.''
Tubuh adiknya di tolak ke tepi kemudian Faizal duduk di sebelah Julia.Tangan Dian di tarik untuk duduk bersama. 
Ibu dan ayahnya hanya menggelengkan kepala melihat kerenah anak-anak mereka.
''Dah kenapa dengan kamu berdua ni bergaduh tak sudah.''
''Anak dara ibu ni la tanya dia apa dia buat kat angah.''
Ujar Faizal sambil menyinggung lengan adiknya.Julia membalas perbuatan abangnya.
''Ala,orang tampar sikit nak ngadu lebih,pukul sikit pun tak tahan.''
''Banyak cantik kau ingat tangan kau tu apa,bisa tau tak.''
''Hei,sudahlah tu dah tua bangka pun nak gaduh lagi,tak malu ke depan Dian ni?''
Ha,ambik kau ayah Faizal sudah bersuara.Faizal tarik muka sengih pada isteri di sebelah.Dian hanya mampu tersenyum melihat gelagat suaminya yang macam budak kecil itu.

                   ****************  

Langkah kaki di atur perlahan.Desir ombak yang memukul ke kaki tidak di hiraukan.Biar lencun pakaiannya di simbah air laut,segalanya tidak di pedulikan lagi.Segalanya sudah hancur berkecai.Segalanya tidak bermakna lagi.
Dia telah menjadi milik orang lain.Fakrul pasrah kini.
Terpandang-pandang olehnya sepasang pengantin yang duduk bersanding di pelamin itu.Kalaulah dari awal dia tahu yang bersanding itu Dian,pasti takkan di hadiri undangan walimatulurus itu.Pasti takkan di turuti kehendak mamanya.
Apakah ini namanya suratan takdir?Demi menunjukkan dirinya yang dia telah benar-benar kehilangan gadis itu.Namun segalanya telah terlewat,dia cuma mampu memandang dari kejauhan wajah yang pernah menjadi igauan tidurnya.Kita memang tidak di takdirkan untuk bersama Dian.Aku redha kini kau di lahirkan hanya untuk dia.Dialah lelaki yang berjaya memiliki dirimu,dialah pembimbing dirimu.
YA ALLAH!Sakitnya luka ini.Pedihnya hatiku YA ALLAH!Bantulah aku untuk melupakan dia,bantulah aku untuk menghapuskan perasaan yang ada.
YA ALLAH!Cukuplah dugaan yang KAU berikan.Jangan kau biarkan aku hanyut dengan kekecewaan ini.Gantikanlah kekecewaan ini dengan nikmatMU YA ALLAH!Ampuni aku YA ALLAH!
Fakrul menghamburkan segala perasaan yang ada di situ.Pandangannya tertebar ke laut lepas.Basah pipi dengan airmata tidak lagi di hiraukan.
Segalanya telah terbukti kini,dia bukan untukku dan aku bukan tercipta untuknya.Jodoh kami tidak di dunia ini.Mungkinkah akan ada suatu saat duka ini mampu di rawat?
Langkah terus di atur menyusuri pantai yang sepi itu.Senja kian menghampiri.Fakrul cuba memujuk hati yang walang.Jika dia bukan jodohku mungkinkah akan ada seseorang di luar sana?
Fakrul berjalan kembali ke rumah nenek yang telah membesarkan dirinya dengan penuh kesabaran.Dia yang dulu terlalu degil,sukar mendengar kata,kini telah makin dewasa bersama waktu.
Bersama azam yang baru dia ingin melupakan luka yang ada.Ingin membina kehidupan yang baru walau dia tahu terlalu sukar untuk melakukannya. Sedaya upaya dia akan menjayakan impian keluarga yang bergantung kepada dirinya untuk meneruskan warisan papa.
Dian!Aku lepaskan kau pergi walau segalanya terlalu pahit untuk ku telan.

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...