Friday, September 22, 2017

AKU bab 23


Badan ku rebahkan ke tilam.Aduh,penat sungguh hari ni.Seharian bermesyuarat membuatkan aku lelah yang teramat.Ini pun mujur dah mandi baru lega sikit rasa badan ni.
Apa khabar mama agaknya?Sudah beberapa hari aku tak berborak dengannya.Cuma sempat bertemu untuk berjabat salam saja kerana terlalu sibuk dengan tugas.
Aku bangkit dan keluar dari bilik untuk menuju ke bilik orangtua ku.Pintu bilik itu ku ketuk perlahan.
Terjengul wajah papa dari sebalik pintu itu.
"Ha...Rul baru balik ke?"
"A'ah pa,mama macam mana?"
"Tu tengoklah sendiri."ujar papa sambil menguakkan pintu lebih luas lagi.Wajah mama kelihatan di atas katil sedang tersenyum ke arah ku.Aku segera mendekati mama lalu menjabat tangannya.
"Mama ok ke hari ni?"
"Ok je,Rul macam mana?penat ke kerja?Dah makan ke belum ni?"
"Rul ok mama...cuma penat sikit je,perut pun tengah lapar ni."
"Tak makan ke petang tadi?"soal mama dengan wajah berkerut.
"Rul ada mesyuarat petang ni mana sempat nak isi perut."Mama memandang papa seketika dengan muka tak puas hati.
"Papa nak dera anak mama ke?"
"Eh...apa pulak deranya bukan salah papa dia tak makan.Kan papa seharian teman mama kat hospital tadi."
"Sudahlah tu mama papa,Rul bukan tak makan langsung.Tengahari tadi dah makan banyak dengan Reza tu sebab Rul tak makan petang.Dalam meeting tadi pun bukan tak ada makanan cuma Rul yang tak lalu nak isi perut."
"Ha...awak dengar tu anak awak sendiri yang tak nak makan jadi jangan nak libatkan papa pulak,ya."
"Tapi kenapa papa suruh dia pergi meeting tu lama sangat sampai ke malam baru balik."
"Mama...papa sudahlah Rul nak pergi makan ni,tak payahlah mama nak risau lagi."pening aku dengan pertelingkahan kecil orangtua ni.
"Eloklah tu Rul baik kamu keluar cepat,kang ada pulak orang tu jadi singa kat sini."usik papa pula.Sengaja betul nak cari pasal dengan mama.
"Adui,mama...sakitlah tangan papa..."tak pasal-pasal papa dah kena cubit.Aku tersengih sambil menggelengkan kepala.
"Padan muka sapa suruh papa sakat mama?"jelingan maut mama beri pada papa.Aduh makin pening aku tengok orangtua ku ini.
"Ma...Rul turun makan dululah lapar dah ni.Mama janganlah marah papa lagi."
"Yalah...pergilah cepat kang sakit perut tu payah pulak."
Papa hanya tersenyum panjang sambil tangannya masih meneruskan mengurut kaki mama.Aku terus tersenyum mengingati gelagat mereka.

Sampai di dapur aku lihat Mak Lijah sedang terbongkok-bongkok di sebalik peti sejuk.Sibuk apa lagilah orangtua ni dah malam buta ni?Fikir ku.

"Assalammualaikum,Mak Lijah...buat apa tu?"
"Oo...waalaikummussalammm..."
"Ish...kamu ni Rul,terkejut Mak Lijahlah tiba-tiba je terpacul kat sini."terkekek-kekek aku gelak.Geli hati melihat aksi Mak Lijah.Dah macam nak bersilat rupanya tapi silat apa entah.
"Cantik silat Mak Lijah boleh Rul belajar."
"Sudahlah jangan nak menyakat lagi yang kamu ni turun nak makan ke?"
"A'ah,Mak Lijah laparlah perut ni makanan ada lagi ke?"
"Ada...nasi pun Mak Lijah nak panaskan kejap ya Mak Lijah ambik kan."

Aku bangkit mengambil air dari peti sejuk.Botol air kosong aku capai lalu menuangkan ke dalam gelas yang tersedia di atas meja.Nasi yang telah di hidang oleh Mak Lijah aku suap segera setelah membaca doa makan.Sempat aku menyapa Mak Lijah untuk makan bersama.Mak Lijah seperti biasa hanya mengiakan aje kata ku sambil meneruskan tugasnya tadi.
Setelah makan dan membasuh pinggan aku naik semula ke tingkat atas.Bilik orangtua ku tuju semula.Nak sambung berborak.Sebaik aku masuk papa sedang leka membaca dokumen di meja kerjanya.Mama pula sedang membaca buku.Senang hati ku melihat perubahan mama sekarang.Aku berbaring di sebelah mama sengaja nak bermanja.Mama menepuk-nepuk bahuku perlahan.Rasanya kejap lagi mahunya aku hanyut kat sini.Aduh,seronoknya...
"Yang kamu ni macam budak kecik apasal pulak ni?tak puas nak manja lagi ke?"suara papa tiba-tiba menegur ku.Terbuntang mata ku saat itu.
"Ala papa ni orang nak manja dengan mama sikit pun jeles."
"Kamu tu dah tua,tak sesuai nak manja-manja dengan mama lagi dah."
"Ala Rul bukan apa badan ni penat sangat ingat nak rehat sekejap kat sini boleh borak-borak ngan mama."
Mama tersenyum panjang.Senang agaknya dengan tingkah ku yang manja sikit malam ni.Papa mengeleng-gelengkan kepala saja dengan tingkah ku.
"Rul...papa nak cakap sikit ni."Aku terjaga dari anganan yang sekejap.
"Apa dia papa?"tanya ku sambil bangun dari baringan.
"Papa cadang nak bawak mama balik kampung untuk berurut,apa pendapat kamu?"
"Berurut?"
"A'ah,papa nak cuba urut kaki mama dengan mak Nab kat kampung kita tu,manalah tahu boleh bantu sikit-sikit untuk pemulihan kaki mama ni."Aku pandang papa dan mama silih berganti.
"Kenapa kamu tak suka ke?"tanya papa dengan reaksi mukanya kehairanan.
"Eh,taklah."
"Jadi kamu tak kisah kalau papa bawak mama balik kampung?"Aku senyum segaris.
"Rul tak kisah pun kalau demi kesihatan mama,papa buatlah apa yang baik.Rul ikut je."Mama tiba-tiba memeluk ku.
"Terima kasih sayang."Aku membalas pelukan mama bersama sebuah harapan.

Beberapa hari kemudian kedua orangtua ku berangkat ke kampung.
Hampir dua bulan berlalu setelah mama menjalani perubatan di kampung,aku lihat sudah mula ada perubahan pada kakinya.Gembira tidak terkira bila lihat mama sudah mampu menggunakan tongkat.Alhamdulillah,syukur pada Ilahi atas segala nikmat yang di beri.Moga mama akan segera sembuh dan mampu berjalan seperti biasa tidak lama lagi.Itulah doa ku dan papa pada setiap masa.

Hari ini rumah ku di kunjungi oleh Salim dan isteri.Dia memohon maaf kerana lewat mengunjungi kerana sewaktu kemalangan mama dulu mereka berada di luar negeri.Tak ada apa yang perlu aku maafkan mereka kerana aku sendiri tak mahu mama terganggu dengan lawatan dari sesiapa sebab mama waktu itu masih tidak mampu bergerak dan ingatannya juga hampir hilang seketika.
"Aku nak bagitahu kau ni Rul,tak lama lagi Siti nak berangkat ke Perlis nak sambung belajar."
"Oh ya ke?baguslah tu,tercapai juga cita-cita awak ya Siti."ucap ku sambil memandang ke arah Siti Aisyah.
"Terima kasih ini semua sebab abang Salim yang usahakan kalau tak tak tahu dapat tak saya nak sambung belajar."
"Eh,bukan ke awak dapat tawaran tu sebelum Salim meminang awak?"
"A'ah memanglah tapi sebenarnya dalam diam-diam rupanya dia yang cari kan tempat untuk saya kat sana."
"Oh,begitu tak sangka aku kau ya Salim,pandai kau rancang."Salim tersengih panjang.
"Eh tapi nanti macam mana pulak dengan korang berdua takkan sorang kat sini sorang kat sana?"
"Ha,yang tu awal-awal lagi aku dah rancang sebenarnya Siti bukan pergi sorang aje tapi suami dia ni pun ikut sekali."
"Eh,tak faham aku.Apa maksud kau ni?"ujar ku sedikit keliru.
"Maksudnya aku pun akan pindah kerja kat sanalah."

Pandai betul Salim merancang.Nampaknya aku akan kehilangan kawan baik.Sebak pulak rasa hati ku sekejap.Tentu sukar untuk kami bertemu bila dia semakin jauh ke utara.Tak mengapalah demi kebaikan mereka aku merelakan saja dan mendoakan moga rumahtangga yang baru terbina itu akan sentiasa di bawah rahmat dari ILAHI.Amin!! 
  

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...