Thursday, January 12, 2017
AKU BAB 21
Malam ini langit gelap tanpa sebutir bintang.Mungkin memahami perasaan ku yang di rundung kesedihan lagi.Aku hanya bersandar di tepi balkoni bilik ku.Sebak terundang lagi.Ku biarkan airmata ini mengalir tanpa di seka.Suasana mulai dingin kerana hujan mulai turun.Betul sangka ku pasti kegelapan ini akan di iringi dengan elusan dingin ini.Turunlah kau lebat-lebat agar hati ku yang pedih ini dapat terbasuh dengan elusan mu.
Sungguh berita yang aku terima petang tadi membuat hati ku di renggut kepiluan lagi.
Kegembiraan mu menyambut kehadiran orang baru ternyata hanya menambahkan luka di hati ku.Pasti saja korang berdua sedang bergembira saat ini.Aku fikir aku akan tabah menerima berita ini ternyata aku kalah juga dengan perasaan sendiri.
Yan!Aku benar-benar tidak mampu melupai mu,sayang.Kenapa dia yang kau pilih untuk menemani hari-hari depan mu?
Aku sakit,yan...aku sakit.Aku sakit kerana tak mampu melupai mu.Aku jadi benci dengan diri sendiri kerana tak mampu melupuskan kau dari ingatan ini.YA ALLAH...AMPUNILAH AKU!!
Setelah lama di situ aku bangkit menuju ke bilik air.Wuduk aku angkat untuk mengerjakan solat sunat.Hanya ini caranya aku dapat meredakan perasaan sendiri.Lama aku berteleku di sejadah berdoa memohon keampunan dari YANG MAHA ESA.Moga hari-hari depan ku akan mendapat pimpinan dariNYA.Aminn...
Hari ini aku mendapat khabar yang Damia sudah meninggalkan tanahair.Mulanya aku ragu juga tapi setelah mendapat pesanan ringkas darinya baru aku percaya.Mungkin dia begitu kecewa dengan ku.Maafkan aku Damia,sesungguhnya perasaan ini terlalu sukar untuk di ubah lagi.Biarlah aku hidup bertemankan kenangan yang ada ini walau itu bermakna aku membuat kerja yang sia-sia.Setabah yang mampu aku akan menghadapi dugaan ini.
Cuma yang merunsingkan aku adalah sikap mama.Dia sudah tidak mahu berbual dengan ku.Bila kami bertembung,dia selalu mengelakkan diri.Aku jadi serba salah.Aku tahu mama kecewa dengan sikap ku.Aku tahu yang aku adalah anak yang degil tapi sesungguhnya bukan itu pinta ku.Aku cuma mahu agar mama mengerti apa yang sedang ku lalui.Sesungguhnya bagi mereka yang tidak berada di tempat ku tentu berfikir yang aku terlalu taksub dengan perasaan sendiri.Kalau mampu untuk aku membuat mereka memahaminya.
Aku renung kad di tangan.Sedari tadi kad itu ku pegang.Kad undangan perkahwinan Salim kawan baik ku.Tak sangka yang dia mahu mempercepatkan majlisnya.Tempohari aku bertemu denganya.Katanya sudah tak sanggup untuk menunggu lebih lama,takut kalau buah hatinya di ambil orang.Aku ketawa lepas dengan selorohnya.Hm...seronoknya bila impian menjadi kenyataan.Aku juga yang menggigit jari.Nasib kaulah Rul,siapa suruh menolak jodoh.Memang padan dengan muka aku.
Aku letakkan kad itu di atas meja lalu bangkit menuju ke balkoni.Pandangan ku lepas ke langit malam.Bintang berkerlipan di atas sana.Andailah bintang mampu menyampaikan rasa yang terpendam ini.Kau cuma berharap pada yang mustahil,Rul.Aku ketawa sendiri di dalam hati.
Bodoh!Memang aku bodoh kerana memuja pada yang bukan hak aku.Aku tahu aku berdosa kerana menyimpan perasaan pada hak orang tapi aku tak mampu untuk menolak perasaan ini.Sesungguhnya ingatan ini selalu mendera perasaan.Memang aku takkan mampu untuk melupuskan segala kenangan kami.
Hati rasa terusik bila melihat pengantin yang sedang bersanding itu.Nampak cantik dan sepadan saja.Mulanya Salim meminta aku untuk menjadi pengapitnya namun aku berkeras menolak.Entah mengapa hati rasa bagai di sayat pilu.Aku tak mampu untuk menipu diri sendiri yang aku terasa sedih dan terkilan.Impian yang pernah aku cita-cita kan tak tergapai dek tangan.
Bila melihat rakan baik ku di singgahsana itu lagi rasa pedih hati ini.Inikan pula kalau aku turut sama di atas sana sekarang,rasanya aku tak mampu mengawal diri sendiri.Mujur Salim memahami lalu dia meminta sepupunya untuk menggantikan aku.Bahu ku terasa di cuit.
"Kau ni kenapa?"Soal Emir yang duduk di sebelah ku.
Begitu lazat dia menikmati makanan.Ali yang duduk di sebelah Emir selamba je makan tanpa memandang sekeliling.Yang sorang ni kalau bab makan memang bagi kat dialah,tu sebab badan dia dah macam gajah.Nasi di dalam pinggan ku masih berbaki separuh.Rasa bagai tak lalu nak meneruskan suapan.Aku gelengkan kepala.
"Rul,kau dah berhajat macam Salim tu ke?"tanya Emir lagi.Tak puas hatilah selagi aku tak jawab soalan dia.Aku ketawa perlahan.Cuba mengawal rasa ini.
"Tak adalah aku cuma gembira tengok dia je."Janganlah rasa ini terbias di fikiran budak berdua ni.Diorang ni boleh tahan perangai busybodynya.Mujur juga ada mereka tak adalah aku keseorangan di sini.Maklum saja kawan-kawan kami yang lain jauh susah nak berjumpa selalu.
"Kalau berhajat cepat-cepatlah cari kami pun teringin nak merasa nasi minyak kau pulak."eh bersuara juga budak sorang ni.Siapa lagi kalau bukan si Ali.Mulut tetap menyuap makanan.
"Kata orang pandai yang korang berdua ni bila pulak?"
"Tak jumpa yang sesuai nak buat macam mana."meledak ketawa kami bertiga sehingga orang di sekeliling pun naik hairan tapi kami tetap buat muka maintain.Tak ada hal lah semua tu.Biar je diorang nak pandang.
Selesai makan aku meminta diri pada Salim malas pula nak tunggu lebih lama.Aku ucapkan juga tahniah buat Siti Aisyah dan mendoakan kebahagiaan buat mereka.Wajah yang berseri-seri itu menunjukkan perasaannya.Fahamlah aku yang dia sudah mula menerima suaminya.Salim pula asyik nak berkepit aje dengan isterinya tak berenggang langsung.Yalah orang sayang isterilah katakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUANG MIMPI
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...
-
Dian bangun setelah lama berteleku di situ.Air mawar di siram ke atas pusara itu.Airmata di biarkan tanpa di seka.Surah Yassin di masukkan...
No comments:
Post a Comment