Tuesday, December 6, 2016

AKU BAB 20




Ketukan di pintu bilik mengejutkan aku yang sedang lena.Pantas aku bangun walau masih mamai.Terjengul wajah papa sebaik aku membuka pintu.
"Rul,siap cepat kita balik kampung."
"Kenapa pa?"
"Mak teh telefon tadi cakap nenek kamu sesak nafas."
"YA ALLAH!Ok pa...Rul siap ni."papa segera meninggalkan aku lalu dengan pantas aku segera mencapai tuala untuk membersihkan diri.Sepantas kilat juga aku bersiap.Di dalam hati sudah mula berfikir yang bukan-bukan.YA ALLAH!Selamatkah nenek,jangan biarkan apa-apa terjadi kepadanya.
Aku sedar aku bukan cucu yang baik.Sejak bekerja aku sudah jarang pulang menjenguknya.Memang aku ni cucu yang tak sedar diri.Bagaimana pun budi nenek sentiasa ku kenang sehingga akhir hayat ku.
Dua jam kemudian kami sampai di kampung.Hanya kami berdua yang pulang sebab mama tiada di rumah.
Dari luar aku lihat orang ramai sudah mengerumuni rumah nenek.Degup jantung ku makin laju.Hati sudah mula meneka-neka.Aku dan papa saling berpandangan.Apakah benar apa yang sedang ku fikirkan sekarang?
Melangkah saja kami di muka pintu,sekujur tubuh kaku menyapa pandangan kami.Mak teh menyambut kami dengan linangan airmata sambil menggelengkan kepala.
Memang tepat sangkaan ku tadi.YA ALLAH!Daripada MU kami datang dan kepadaMU juga kami di kembalikan.
Ternyata kami sudah terlewat.Nenek sudah meninggalkan kami.Menggigil rasa tubuh ku.Aku jatuh terjelepuk di situ juga.Tanpa sedar airmata ku mengalir laju.Seorang yang aku sayang telah pergi meninggalkan aku.Kali ini kepergian yang abadi.Papa menghampiri tubuh kaku nenek bersama sendu yang di tahannya.Aku bangun mengikut di belakang.Kain yang menutup wajah nenek di buka.Dapat aku lihat wajah tenang nenek.Tiada raut resah di situ.Nenek pergi bersama sebuah keredhaan.Nek!maafkan Rul nek...

Malam itu malam terakhir kenduri tahlil di buat.Semua jemputan sudah pulang,cuma tinggal beberapa kawan papa yang masih bersembang di bawah khemah sana.Aku bawa diri masuk ke dalam bilik nenek.Aku pandang di sekeliling bilik itu.Langkah ku bawa ke almari solek.Punggung ku labuhkan ke bangku kecil di situ.Aku tarik laci almari itu.Cuma ada beberapa kertas bil api dan air di situ.Memang itulah kebiasaan nenek setelah melangsaikan bil,kertas itu pasti saja di kumpul di situ.Mata ku terpandang kotak kecil berwarna hitam.Aku ambil dan membukanya.Sebuah keronsang berbentuk hati cantik terletak di situ.Ingatan kembali ke masa lalu.Itulah keronsang yang aku beli bersama Dian khas untuk nenek yang menyambut hari lahir ke enam puluh sembilan.
Mulanya nenek agak keberatan untuk menerima namun dengan pujukan Dian akhirnya keronsang itu di terima juga.
Maafkan Rul nek kerana mengabaikan nenek.Sudah acapkali papa mengajak nenek tinggal dengan kami namun nenek tetap dengan pendirian untuk tinggal di rumah pusaka itu.Rumah di mana arwah atuk pernah di lahirkan.Arwah atuk ku anak tunggal tiada adik beradik yang lain.Bila berkahwin dengan nenek pun cuma papa yang mampu mereka miliki.Ternyata di dalam keluarga ku tak mampu melahirkan baka yang ramai.Sehingga aku di lahirkan begitu juga.
Terkadang aku pun bosan bila memikirkan kehidupan yang sunyi ini.Tiada adik beradik untuk bergurau senda apatah lagi tempat untuk bergaduh manja.

Setelah seminggu di kampung kami pulang semula ke bandar.Banyak kerja yang sudah menunggu aku di pejabat.Papa pula ada mesyuarat di luar.Kelibat mama di rumah tadi pun tak kelihatan.Sepatutnya dia sudah pulang dari rombongan tempohari.Mungkin sudah ke butik agaknya.Hanya Mak Lijah yang baru dua hari pulang dari kampung aku lihat berada di dapur tadi menjalankan tugas hariannya.Entah apa nak jadi dengan keluarga aku ni pun aku tak tahu.Sunyi sepi macam tak ada seri lagi rumah tu.

Kaki ku melangkah lesu masuk ke dalam bilik pejabat.Hati ku masih terasa kehilangan.Sebak mendatang tanpa di undang.Beg sandang ku buka perlahan.Kotak hitam itu ku ambil lalu ku buka.Di bahagian bawahnya terdapat kertas kecil.Sudah acapkali aku membacanya namun hati kecil ku tetap tak percaya apa yang tertulis di situ.

SERAHKAN KERONSANG INI PADA YAN NANTI...

Sungguh aku tak percaya apa yang di amanatkan nenek pada ku.Bukan nenek tak tahu yang aku dan Dian sudah putus hubungan.Mana mungkin aku akan bertemu dia lagi.Kalau Faizal tahu aku berjumpa isterinya,mahunya aku di pancung hidup-hidup.Kotak hitam itu aku masukkan kembali ke dalam beg sandang ku.Mungkin suatu hari nanti amanat ini akan aku tunaikan juga.Ketukan di pintu mematikan lamunan ku.Pandangan ku tertala ke wajah pembantu ku yang sedang tersengih di muka pintu.Nampaknya aku terlupa nak tutup pintu tadi.
"Dah kenapa dengan kau ni Reza tersengih macam kerang busuk?"
"Bos,hari ni saya nak mintak cuti setengah hari boleh tak?"berkerut kening ku mendengar dia bertanya begitu.
"Apasal pulak?"
"Orang rumah tak sihat nak bawak dia pergi klinik."kerutan ku bertambah.
"Demam ke?"soal ku pendek.
"Tak tapi sejak semalam dia muntah-muntah takut salah makan kot?"
Kenapa aku rasa sesuatu dengan ayat Reza tu?Tanpa sedar aku tertenung wajahnya lama.
"Bos kenapa tengok saya macam tu?bos tak bagi saya cuti ke?"
"Isteri kau mengandung,ke?"Macam mana pulak apa yang aku fikir sampai terkeluar dari mulut ku ini?Terkedu Reza.
"Macam mana bos boleh fikir macam tu?"Aku buat muka tak bersalah.
"Kau kan dah tiga bulan kahwin,manalah tahu itu tanda yang isteri kau tu dah berisi."
Mulut ni memang tak makan saman.Macamlah aku ni dah kahwin nak cakap macam tu pula.Reza dengan muka dungunya menggaru-garu kepalanya sendiri.Dah macam orang banyak kutu pun ada gayanya.
"A'ahlah bos kenapa dari malam tadi saya tak perasan?"ha sudah rasanya apa yang aku fikir tadi dah betullah tu.
"Er...macam mana bos,boleh tak saya nak setengah hari hari ni?"aku berfikir sejenak.
"Kerja yang aku suruh tu dah siap ke?"
"Dah bos ni failnya."
"Takpe lah kau cuti teruslah,bawak orang rumah kau pergi klinik kang jadi apa-apa kat rumah tu susah pulak."
"Betul ke bos?"amboi teruja betul bila di suruh cuti.
"Betul,kau pergilah balik,jaga orang rumah kau tu baik-baik."
"Terima kasih,bos,saya pergi dulu."masa itu juga dia salam tangan aku dan beredar dari bilik ku segera.Tergeleng-geleng kepala ku dengan tingkahnya.Teruja betul nak jadi ayah ya.Hm...untunglah kau Reza.Aku juga yang bujang begini.Itulah kau,Rul.Mama dah suruh kahwin kau mengelat aje,sekarang siapa yang gigit jari?   

No comments:

Post a Comment

RUANG MIMPI

       RUANG MIMPI SAAT BERSAMA MU KU TERPANAH OLEH MU HINGGA KU JATUH PADAMU MESKI KAU TAK PERNAH TAHU HANYA DI RUANG MIMPI K...