Pagi itu aku pergi bekerja seperti biasa.Walau pun agak terlewat sedikit namun aku masih sempat sampai ke tempat menunggu bas.Kawan-kawan sudah ramai yang menunggu di situ.Setelah bas yang di tunggu tiba,kami bergegas menaikinya dengan segera.
Sampai di tempat kerja aku terus ke kantin untuk sarapan pagi.Secawan milo panas dan bihun goreng menjadi santapan ku.Tiba-tiba aku tersedak bila di sergah dari belakang oleh teman baik ku.Kata orang sekarang BFF.Normidah namanya.Nasib aku sempat menelan bihun tadi.
"Hoi,asyik sangat makan sampai aku lalu pun tak nampak."
"Assalammualaikum..."ucapku sambil mengurut dada yang terkejut tadi.
"Waalaikummussalam...amboi perli nampak."
"Yalah kau tu tak reti-reti nak bagi salam main terjah je,di buatnya aku sakit jantung mahunya tergolek kat sini,kojol."aku berpura-pura marah pada Midah namun dia seperti biasanya dengan muka baget comel dia tu cuma tersengih saja.
"Ala takkan buat macam tu pun nak marah,kau macam tak biasa dengan perangai aku."sengih Midah dengan giginya yang putih tersusun.
"Bukan marah tapi geram."aku jengilkan mata padanya.
"Yalah,lain kali aku tak buat lagilah.Tak payahlah nak marah kat aku kang aku merajuk kang."
"Ada aku kisah dengan kau punya merajuk tu?"
"Janganlah marah,aku tak bolehlah kalau kau marah,nanti aku nak kawan dengan siapa lagi?"beria-ia Midah nak pujuk aku.
Akhirnya aku senyum juga.Macam mana tak senyum kalau dia dah tunjuk muncung panjangnya itu.Begitulah sikapnya kalau nak memujuk.Dia akan lakukan apa saja asal aku tak marah pada dia lagi.
"Hei,kau tau tak kita nak dapat juruteknik baru tak lama lagi."tiba-tiba Midah mengalihkan tajuk perbualan kami.
"Ya?orang mana?"tanya ku pendek sambil meneruskan suapan ku kembali.
"Tak jauh sangat,dari Muar aku dengar."
"Bila dia nak masuk?"
"Bulan depan rasaya,kan Hairil nak berhenti tak lama lagi.Budak tu gantikan dialah nanti."
"Ya tak ya,kan.Sayang pulak kalau dia berhenti,entah bila kita dapat jumpa dia lagi."
"Hm...lain macam je ayat kau ni ada apa-apa ke ni?"
"Kau ni kan kita kerja dengan dia dah lebih setahun,tentulah rasa sayang pula kalau dia pergi macam tu saja."ujar ku dengan suara sedikit sayu.
"Dia pergi nak sambung belajarlah kenapa pulak kau nak sedih.Aku tahu kau lebih rapat dengan dia tapi nak buat macam mana lagi.Aku pun sedih juga dia nak pergi maklum dia tu baik hati,ringan tangan dan yang paling penting lesung pipit dia tu,eii aku geram betul."
"Hoi!melampaulah tu sampai lesung pipit orang tu yang kau geram kenapa pulak."
"Kau ni aku gurau sikit pun tak boleh."ujar Midah dengan mulut sedikit mencemik.
"Gurau pun kenalah pada tempatnya.Sudahlah mari kita masuk lambat kang marah pulak si Prema tu.Kau bukan tak tahu dia kalau dah membebel kalahkan mulut murai."ajak aku sambil menarik tangan Midah.Bukan ringan nak di tarik budak sorang ni.
Akhirnya aku berjaya membuatkan Midah meninggalkan tempat duduknya.Tersengih panjang dia mengikut langkah ku.Sampai di loker kami segera menukar kasut yang lebih sesuai dengan tempat kerja kami.Setelah beberapa minit berlalu rakan-rakan kami yang lain turut sama masuk ke tempat masing-masing.Hairil juga sudah menghampiri tempat duduk di sebelah aku.
"Dah hidupkan computer,Mila?"
"Sudah bos!"seloroh aku di pagi hari.Hairil tersenyum sambil menggelengkan kepala dengan gelagatku.Selalunya dia sendiri yang menghidupkan computer tapi hari ni lambat pulak dia masuk.
"Rehat nanti awak makan kat mana?"Tanya Hairil.Terkedu aku.
"Kenapa awak tanya?nak belanja ke?"Tanya ku pula.Hairil tersengih saja.
"Saya makan kat kantin sebab tak bawak bekal."tambah ku lagi.
"Oo..."itu saja balasannya selepas itu dia diam menjalankan tugasnya.
Aku ikut senyap dan meneruskan tugasan ku.Waktu rehat itu aku dan Midah ke kantin menjamu selera.Nasi goreng kampong menjadi santapan kami.Tiba-tiba tempat duduk di sebelah ku terasa di henyak orang.Aku berpaling dan terpaku.Tak pernah-pernah lelaki ni duduk semeja dengan ku,hari ni kenapa dia berubah angin pulak?
"Hai!"tegurnya pendek.
"Awak ni kenapa?"soal ku dungu.Terkebil-kebil melihat dia yang selamba makan tanpa melihat ke kiri ke kanan.
"Kenapa awak tak makan dengan kawan-kawan awak?"
"Saja nak ubah tempat,kan saya nak pergi tak lama lagi,jadi saja nak lepak ngan korang semua.Nanti dah tak ada lagi masa untuk semua ni."
"Kawan-kawan awak tu pandang kita,awak tak kisah ke?"
"Ah,biarlah diorang tu.Buat tak tahu sudah."ujar Hairil sambil meneruskan suapan.
"Awak kat sana nanti tentu lama,kan?"
"Adalah dalam empat tahun.Kenapa awak rindu saya,ke?"seloroh Hairil bersama sengihannya.
"Ish,tak kuasa saya,nak rindu buat apa?"Hairil gelak mendengar kata-kata ku.
"Ehem...ehem...amboi...amboi,korang berdua ni dah borak sampai lupa aku kat sini,ya."
"Eh,ada orang rupanya,ingat tadi patung."sindir Hairil selamba.
"Melampau kau ni aku badan yang macam gajah ni pun kau kata patung."Midah terus mengeluarkan muncung itiknya.Aku dan Hairil hanya tergelak melihat gelagatnya.
"Ala,janganlah marah buruk sangat rupa kau tu."
"Suka hati akulah muka aku apa kau kisah."
"Ok jangan merajuk lagi,nah ambik kuih ni aku belanja.Tarik balik muncung kau tu."pujuk ku.Midah terus tersenyum melihat kuih karipap kesukaannya itu.
"Ha kan cantik kalau kau senyum gitu."Hairil menggelengkan kepala,gelihati dengan kerenah kawan aku yang satu ni.
"Awak tahu esok ada juruteknik yang baru nak sampai?"
"Ya,dia kena masuk awal sebab saya kena ajar dia tentang produk baru kita ni.Biar dia biasakan diri.Kalau ada yang tak faham senang nanti dia nak tanya."
"Elok jugak tu,kan.Ada orang tu tak sabar nak tengok siapa pengganti awak nanti."ujar ku sambil mataku jeling kepada Midah.Hairil ikut memandangnya dengan sengihan.
"Ha...apa ni kau jangan nak memandai,ya."
"Betul kan kau kata hari tu nak ngurat dia?"
"Bila masanya."ujar Midah geram sambil menjeling aku.
"Ala gurau sikit nak sentap apa lah kau ni."
"Kau jangan nak libat kan aku pulak,silap-silap nanti kau pulak yang terpikat kat dia.Kan kau yang nak kerja dengan dia."
"Nampaknya tak ada siapalah yang akan ingat kat saya nanti."
"Dah jangan nak sentap pulak jangan-jangan awak pulak yang lupa pada kami nanti."
Waktu rehat hampir ke penghujungnya.Usai makan kami masuk semula ke tempat kerja.Tugas di sambung semula seperti biasa.Hari ini produk yang kami buat tidak banyak ragamnya.Hairil pun tidak merungut seperti selalu bila ada yang reject.
Seperti yang di katakan Hairil semalam seorang juruteknik baru akan datang hari ini.Berdebar hati ku saat melihat dia dan Hairil berjalan beriringan masuk ke tempat kerja kami.Entah mengapa ada sesuatu yang menggigit perasaan ini saat Hairil memperkenalkan dia pada ku.Aku jadi kekok hendak berhadapan dengan lelaki ini.
Dia berwajah cerah,matanya sedikit kuyu dan berkumis tipis.Salehudin namanya dan badannya walau tak berapa sado namun tetap segak di pandangan mata seorang perempuan.Ah!agak keterlaluan aku melayan perasaan sedangkan kami baru di perkenalkan tadi.
"Yang perempuan sorang ni kenapa dari tadi aku panggil buat dek aje,oi cik Mila,berangan ke?"lamunan ku berderai bila Hairil menggawangkan tangannya di depan mata ku.
"Erk...maaf...Hairil awak nak apa?"
"Saya nak test pen tu,yang awak menung panjang tu kenapa?"
Aku menundukkan muka setelah memberikan Hairil barang yang dia minta tadi.Malunya wei...Si Salehudin tu pulak hanya tersenyum simpul bila aku menjeling dia sekilas.Mesti dia perasan yang aku terberangankan dia tadi.Haish,Mila oi kenapa kau ni tak pandai sorok perasaan tu sikit.
Bila masuk waktu makan tengahari aku mengambil bekal ku di dalam loker lalu keluar mendapatkan kawan-kawan ku yang sedang berkumpul di bawah pokok redup sambil menikmati bekalan masing-masing.Dah macam orang sedang berkelah la pulak kami ni.Setiap sorang membawa bekal yang berlainan.Sering juga kami berkongsi makanan.
"Wah,Mila kau dah dapat abang baru nampak."tiba-tiba Siti menegur aku.
"A'ah la,si Hairil tu pun dah nak pergi,kau dah dapat abang pengganti."sampuk Thia pula.
"Korang ni sesedap mulut je bercakap."
"Ala aku nampak tadi kau pandang dia semacam je.Ada apa-apa ke?kau dah terpikat kat dia ke?"giat Siti lagi.
"Mulut tu tak ada insuran,ke?"tegur ku selamba.Geram pulak bila diri di jadikan isu di sini.
"Sudahlah korang tak baik buat dia macam tu."tiba-tiba Midah bersuara dari belakang.Entah bila dia menjadi pendengar usikan kawan-kawan kami ni?Setahu aku waktu rehat macam ni dia biasa makan kat kantin.
"Ok...ok...kami minta maaf,gurau je tadi takkan nak marah kot?kau macam tak kenal kami pulak."
"Dahlah korang ni aku tak apa-apalah.Aku dah maafkan korang pun."bekal ku tadi aku tutup semula lantas aku bangun untuk beredar dari situ.
Sebenarnya hati ku agak terasa dengan kata-kata itu sebab ada kebenaran dengan kata-kata diorang.Aku tak tahu kenapa perasaan ini jadi begini.Semuanya datang tanpa di undang.Aku melangkah ke tempat duduk ku semula.Dari dalam laci aku menarik keluar buku yang belum habis aku baca.Beberapa minit berlalu aku di sapa satu suara.
"Assalammualaikum..."berdebar bila suara itu menghampiri ku.
"Waalaikummussalam..."jawab ku perlahan.Tak ku palingkan kepala tapi aku tekun menatap buku ku itu.
"Sibuk nampak."lelaki itu duduk di sebelah ku.Dah memang itu tempat duduk dia,mana lagi dia nak pergi,kan.
"Er...adalah,saja baca buku nak penuhi masa rehat."
"Buku apa tu?"
"Novel."balas ku pendek.
"Nama awak Mila,kan?"
"Ya...kenapa?"
"Er...tak ada apa,saja nak kepastian takut tersalah panggil pulak."
"Nama awak Salehudin,kan?"
"A'ah,panggil Din aje cukup."
"Saya panggil abang Din boleh?awak nampak lebih tua dari Hairil."
"Boleh saya tak kisah.Dah lama ke kerja kat sini?"
"Tak lama sangat baru setahun lebih."
"Abang tak makan ke?"lancar pula bibir ku memanggilnya abang.
"Dah makan kat kantin tadi.Mila dah makan?"
"Dah,makan dengan kawan tadi,saya bawak bekal."
"Wah,bagus tu jimat belanja,Mila masak sendiri ke?"
"Dah tu siapa lagi."ujar ku sambil tersenyum.
Beberapa detik berlalu waktu rehat berakhir.Kawan-kawan ku sudah mula memenuhi tempat masing-masing.Selepas itu tiada borak kosong antara aku dan abang Din lagi kerana Hairil sudah mula mengajar dia tentang produk yang sedang kami buat.
Petang itu sewaktu keluar menuju ke arah bas aku terpandang dia sedang berborak dengan Hairil di tempat parkir motor.Entah mengapa hatiku bagai terbuai saat melihat senyumannya.Memang benar seperti kata kawan-kawan,aku sudah mula jatuh hati.Pada pandangan pertama pulak tu.Cet!apalah kau ni Mila.Perasan sungguh.
Pagi isnin itu aku terpandang dia lagi datang menaiki motornya.Sekali lagi aku di timpa perasaan.Alahai,mata ni kenapa tak boleh tengok benda lain asyik ke situ je.Tanpa berlengah lagi aku terus masuk ke tempat kerja lalu menyediakan apa yang patut untuk tugasan pagi ini.Kelibat Hairil kelihatan sedang menuju ke arah ku.
"Assalammualaikum..."
"Walaikummussalam..."
"Awal sampai."soal ku padanya.
"Macam mana dengan Din,awak rasa dia ok tak?"
"Eh,kenapa awak tanya macam tu,awak tak yakin dia boleh ganti tempat awak,ke?"pelik aku dengan soalan dia tu.
"Bukan apa saya takut awak susah nak serasi dengan dia."
"Jangan risaulah,saya ok je nanti kami tentu boleh kerja dengan baik,tak usah takutlah.Ada sesuatu yang awak tak puas hati tentang dia,ke?"
"Tak adalah saya cuma tak mahu awak tak selesa dengan dia nanti."Aku gelengkan kepala dengan gelagat Hairil.
Tak lama kemudian aku lihat kelibat abang Din menghampiri meja kami.Dia memberi salam.Kami menjawab salamnya serentak.Tugas kami mulakan sebaik loceng berbunyi.Dah macam loceng sekolah pulak.Nak buat macam mana kerja di kilang macam ni lah aturannya.
Abang Din ku lihat begitu tekun menjalankan tugasnya.
Sesekali dia akan meminta pertolongan Hairil tentang produk yang kami buat itu.Aku gembira melihat kerjasama antara mereka.Tapi dalam masa yang sama hati ku turut terusik bila memikirkan jangka waktu Hairil meninggalkan kami sudah tidak lama lagi.Entah bila kami akan bertemu dan berbual seperti sekarang.Atau kami langsung takkan ketemu lagi?Tengahari itu aku tidak keluar makan sebaliknya aku hanya menghabiskan masa di tempat duduk ku.
"Tak habis lagi buku tu?"terkejut aku bila di sergah tiba-tiba oleh suara itu,siapa lagi kalau bukan abang Din.
"Nasib saya tak ada sakit jantung kalau tak dah pengsan saya kat sini.Apalah abang ni tiba-tiba datang tak bagi salam."
"Maaf,abang tak sengaja ingat tadi nak mengusik je."
"Ish sejak bila abang ni pandai mengusik orang,ha."
"Sejak abang kenal Mila lah."tersentak sikit hati aku.Cet,nak ngusik lagilah tu.Aku jeling dia sekilas selepas tu aku teruskan pembacaan ku.Abang Din sengaja menarik sengihan panjang.
"Mila tak makan,ke?"
"Malaslah perut kenyang lagi."
"Yang abang ni tak keluar makan jugak ke?"
"Diet."selamba saja dia berkata.Terasa geli hatiku mendengarnya.Aku jeling badannya sekilas.
"Kenapa ketawa?"
"Tak adalah badan dah kurus macam ni pun nak diet jugak?"Abang Din ketawa sambil memegang perutnya sendiri.
"Tak adalah abang gurau je,"
Abang Din mengambil buku dari tangan ku dengan selamba.
"Kenapa orang perempuan ni suka sangat baca novel?"soal abang Din sambil membelek buku itu.
"Entahlah saya memang suka membaca sejak dari sekolah lagi.Abang Din meletakkan buku itu kemudian pandangannya di tala pada ku.
"Mila ada berapa adik beradik?"
"Tujuh.Kenapa abang tanya?"
"Tak adalah saja je.Mila rapat ke dengan Hairil?"
"Kenapa pulak abang nak tahu?"
"Tak adalah semalam abang ternampak dalam dompet dia gambar seorang perempuan.Bila abang tanya dia kata seseorang yang istimewa dalam hidup dia.Mila tahu siapa perempuan tu?"
Aku termangu sebentar bukan kerana kecewa tapi lebih kepada terkejut.
"Mila kecewa,ke?"
"Eh pasal apa pulak saya nak kecewa?"
"Pasal gambar tu?"
"Tak ada sebab saya nak kecewa bang."
"Dah tu kenapa termenung?"
"Saya terkejutlah.Selama ni tak pernah pun dengar pasal mak we dia tambahan dia tu pendiam sikit.Dia tak pernah cerita hal peribadi dengan orang lain.Ha...yang abang ni macam mana boleh nampak?"
"Kebetulan abang nampak masa nak bayar untuk makan tengahari semalam."jelas Abang Din.
"Lawa ke orangnya?"Soal ku terasa ingin tahu.
"Boleh tahan.Kenapa cemburu,ke?"Aku mencebikkan muka ku padanya.
"Tolong sikit ya tak ada masa nak cemburu."
"Betul ke?boleh percaya ke cakap Mila tu?"
"Tak percaya sudahlah.Tak kuasa saya nak layan abang lagi?"
"Yalah abang percaya cakap Mila tu,tak payahlah nak merajuk."Aku membulatkan mata sambil mengacah ingin memukulnya dengan buku ku tadi.
"Amboi-amboi,korang berdua ni bukan main lagi berborak apa yang seronok sangat tu?"Tiba-tiba suara Hairil datang menyergah kami.
"Tak ada apalah saja borak-borak kosong dengan Mila ni."Ujar Abang Din sambil tersengih ke arah ku.Hairil memandang kami silih berganti.Ada riak tidak puas hati dengan mimik mukanya.
"Betul ke ni?"
"Betullah takkan kami nak bohong pulak."ujar Abang Din cuba menyakinkan Hairil.Setelah tamat waktu berehat kami meneruskan tugas masing-masing.
Masa berlalu sehingga tiba waktu Hairil mengucapkan selamat tinggal kepada kami.Aku dan rakan yang lain terasa sedih dengan kepergian Hairil.Sempat juga dia menitipkan kata-kata semangat buat ku agar menjalankan tugas ku dengan baik.Aku cuba mengawal sebak yang bertandang.Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa sedih hatiku dengan kehilangan ini.Sewaktu keluar aku bertembung dengan abang Din.Dia cuba menegurku namun aku mengelakkan diri agar dia tidak perasan dengan mata ku yang merah ini.Tentu dia berfikir yang bukan-bukan kalau melihat wajah ku.
Pagi ini seperti biasa aku sampai ke tempat kerja dengan selamat.Pandangan ku terpaku ke tempat duduk Hairil.Entah mengapa terasa sepi pula kala ini.Aku menarik nafas panjang dan cuba menerima hakikat yang dia sudah pun tiada lagi di sini.
"Sudahlah tu tak payah nak bazirkan airmata tu untuk orang yang dah pergi."Aku tersentak dan menjeling ke arah tuan punya suara.Dia dengan selamba duduk di kerusi itu dan memandang ku tajam.
"Yang sedih sangat ni kenapa?"
"Mana ada sedih?"aku cuba menafikan.
"Yalah tu yang airmata tu untuk apa pulak?"Eh,bila masa pulak airmata ku mengalir?Tu lah Mila berangan lagi.Kan dah kantoi.
"Abang mana faham perasaan saya?"aku cuba mengelat.
"Ya abang memang tak faham.Kalau dah suka kenapa tak mengaku perasaan Mila pada dia?"
"Eh bila masa Mila suka pada dia?"nafi ku keras.
"Dah tu yang Mila beria-ia menangis tu bukan sebab sayang ke?"
"Abang dah salah faham,selama ni Mila bukan anggap dia apa-apa pun,kami cuma kawan je.Salah ke kalau Mila nak nangis kalau kawan Mila dah pergi tinggalkan Mila?"
"Betul ke tu?ke Mila nak kelentong abang?"
"Ish,tak percaya sudah malas Mila nak cakap lagi."aku terus menghenyak punggung ke kerusi.Tak sedar sedari tadi yang aku hanya berdiri.
"Ala...janganlah marah.Merajuk ke?"
"Tak ada masa nak merajuk."pintas ku perlahan tanpa menoleh ke arahnya.Abang Din sudah menjenguk wajah yang ku palingkan ke arah bertentangan.
"Alahai,adik abang ni janganlah merajuk buruk betul rupa tu kalau merajuk tau."suaranya yang ketawa mengekek membuatkan aku terasa bengang.
Memang nak kena dengan aku ni.Aku pandang fail coklat yang berada di dalam tray.Tak semena-mena tangan ku pantas mencapai fail itu lantas menghempuk ke bahunya.Kuat juga aku hempuk tu.Hehe...
"Aduh...Mila....sakitlah...ganas betullah budak ni."
Abang Din terus mengusap bahunya yang sakit akibat pukulan ku tadi.
"Rasakan yang sakat saya tadi kenapa?abang ni sengetlah."
"Ala abang gurau je yang Mila nak sentap sangat kenapa?"
"Tu bukan sakat tapi sakitkan hati oranglah tahu tak?"
"Yalah abang tak sakat lagi tapi kalau betul pun apa salahnya mengaku jelah.Abang boleh tolong cakap kat dia."
"Mana boleh dia kan dah ada mak we."
"Ala baru mak we bukan isteri pun.Itu bukan masalahnya,kan?"
Ish apa abang Din ni macam nak jadi batu api je.
"Masalahnya saya tak suka dia macam yang abang sangka kan,tahu tak?"Abang Din tersengih.
"Abang cuma kesian kat Mila je."
"Tak payah nak kesian apa-apa.Saya memang tak ada perasaan pun kat dia,faham tak?"ish macam mana lagi aku nak terangkan kat mamat sorang ni.
Aku kerling dia seimbas.Sentap sekejap hati ku.Entah mengapa terasa berdebar pula bila dia merenung ku lama.Aku segera mengelak pandangannya itu.
"Betul Mila tak nak abang tolong cakap kat Hairil ke?"
"Nak cakap apa pulak?"aku panggung semula wajah ke arahnya.Bingung dengan ayat yang keluar dari bibirnya itu.
"Pasal perasaan Mila."
"Perasaan saya tak ada kena mengena dengan sesiapa pun jadi tak payahlah abang susah payah."aku segera mengalihkan pandangan darinya.
Bimbang kalau dia dapat mengesan rasa yang sedang bergendang di dalam hati ini.Sudahlah jantung ku berdegup-degap dari tadi.Ini pun aku cuba mengawalnya sebaik mungkin.
Andai aku mampu menyatakan segala alangkah baiknya tapi aku tahu di mana kedudukan diri ini.Yang mamat sorang ni pulak sibuk nak gandingkan aku dengan orang yang aku tak suka.Cet!!Untuk seketika kami diam tidak berkutik.
"Abang dah sarapan,ke?"aku cuba mengalihkan tajuk perbualan.Terasa kekok pula tanpa bersuara.
"Dah!memang betul ke Mila langsung tak ada perasaan pada dia?"aduhai mamat sorang ni aku rasa bagai nak luku je kepala dia.Dah jelas dan terang aku cakap tadi tapi sengaja tak nka faham.Grrr...Ni yang nak sambung marah ni.Aku sengaja tunjukkan airmuka garang pada dia.
"Err...abang gurau je tak payahlah nak marah sangat."ha baru tahu gelabah.Aku tarik nafas panjang cuba mengawal emosi.
"Abang minta maaf,ya."
"Dah lah jangan cerita pasal ni lagi."aku memandang jam di tangan.Ada beberapa minit lagi untuk memulakan tugas.Aku mengemaskan mejaku.Tanpa sengaja pandangan kami bertaut.
"Dah tak ada kerja pandang orang macam tu?"dia cuma tersenyum simpul kemudian mengalihkan pandangan pada tugasan di depannya.Mulutnya terkumat kamit sesuatu tapi aku langsung tak dapat mendengarnya.Ah!lantaklah aku malas nak ambil kisah.Perbualan kami terus terhenti bila waktu kerja bermula.
Kalaulah dia mengerti apa yang tersirat di hati pasti dia takkan berkata yang bukan-bukan pagi tadi.Tapi dia tak perlu tahu apa yang tersirat di hati ini kerana aku takkan sesekali memberitahu dia tentang perasaan ini.Dia pun takkan ada perasaan itu untuk ku.Fikir ku pasti.Tapi dia cukup suka mengusik aku.Itu yang membuatkan aku tak dapat melupakannya.
Dari sehari ke sehari kami makin rapat sehingga ada kawan-kawan yang sering mengusik kami.Tapi kami buat tak tahu saja.Biarlah diorang nak bercakap lama-lama nanti senyaplah mulut diorang tu.
Satu hari aku di kejutkan olehnya dengan satu cerita.Katanya dia dah terpikat dengan seseorang di line sebelah.Berderau hati ku saat dia berkata begitu.Hancur luluh perasaan ini tidak dapat di gambarkan lagi.Aku pasrah jua.Sememangnya dia bukan untuk ku.Patutlah aku rasakan sesuatu padanya beberapa hari ni.Rupanya dia sedang di lamun cinta.
Aku terima semua ini sebagai satu dugaan.Tiada cinta yang boleh di miliki andai takdir tidak mahukan begitu.Ya aku akui aku kecewa.Lama aku berteleku di tikar sejadah.Malam yang dingin ini bagai mengerti perasaan ku.Aku tahu aku tak mungkin mampu mendapat tempat di sudut hatinya.Terima kasih YA ALLAH!Bantulah aku untuk melupakan perasaan ini.
Sakit di hati ku pendamkan saja dan sekarang aku harus berdepan dengan muka minta kasihan di depan ku ini.Inilah yang paling aku geram sebab gadis yang dia suka tu bukannya baik sangat.Gedik semacam aje.Seksi pulak tu.Buta hati betul mamat sorang ni.Tapi abang Din tetap dengan keputusan untuk bersama dengan gadis itu bahkan dia merancang untuk mengubah sikap gadis itu bila mereka bersama nanti.Tapi aku tetap tak yakin dengan azam dia itu.
"Mila,abang ada hal nak cakap."
"Hal apa pulak ni?"aku renung wajahnya yang bagai dalam keadaan serba salah.
"Kalau abang cakap Mila jangan marah,ya?"aku angguk saja kepala.
"Ada orang kirim salam pada Mila."
"Ada orang kirim salam pada saya?siapa?"abang Din mengangguk lalu menjeling ke line sebelah.Bibirnya di muncungkan ke arah Malik,juruteknik yang memang aku kenali.
"Maksud abang,Malik?"Abang Din segera tersengih macam kerang busuk.
"Mimpi apa dia kirim salam kat saya?"
"Dia kata dia suka Mila."
Erk,terteguk air liur aku.Aku berpaling pada Malik semula.Sukar untuk aku percaya apa yang di katakan oleh Abang Din.Selama ini tak pernah pun dia membuka mulut atau memberi isyarat yang dia suka pada aku.Mungkinkah kerana dia tidak begitu rapat dengan Hairil dan dengan Abang Din pula dia agak baik dan selalu bersama?Ah!bahaya lelaki ni.Aku jadi terkedu seketika.Aku pandang Abang Din sekali lagi dengan rasa tidak percaya.Dia menjeling sambil tersengih pada ku.Tangannya tetap ligat membuat kerja.
"Macam mana boleh tak dia nak kenal Mila dengan lebih rapat lagi?"tanya Abang Din.Aku melepaskan keluhan.
"Nantilah saya fikirkan dulu."balas ke pendek.
"Jangan lama-lama nanti jenuh pulak kawan tu menunggu."
"Biarlah dia tunggu lama mana pun,lantaklah dia."
"Eh!tak baik cakap macam tu,dia dah suka,tak payahlah Mila nak fikir panjang sangat.Lagi pun abang tengok dia tu baik, pemalu pulak tu."
"Abang jangan paksa saya boleh tak?"tanpa sengaja suara ku sudah naik seoktaf.Mengelegak pulak rasa hati aku.Sesuka hati dia je nak paksa orang.
"Ok...ok...abang takkan paksa Mila lagi."akhirnya Abang Din tidak lagi bersuara dan membiarkan aku meneruskan tugas ku.
Kalaulah dia mengerti apa yang tersurat di hati ini dan kalaulah aku mampu melafazkan segalanya di depannya pasti aku takkan mengalami keresahan ini sepanjang masa.Namun tidak mungkin pula untuk aku berterus-terang kerana aku bimbang dia tak akan menyahut seruan hati ini.Hatinya sudah di miliki.Aku tahu gadis yang di minatinya itu jauh lebih baik dari aku yang serba kekurangan ini.Abang Din pun nampaknya begitu menyayangi gadis itu.Aku selalu terlihat dia tersenyum seorang.Orang kalau dah angau memang macam tu lah asyik senyum sendiri aje.
Petang itu aku terlihat dia sedang berborak dengan Ayu,gadis yang di sukainya itu di tempat meletak motor.Mungkinkah mereka akan pulang bersama?Tertanya-tanya juga hati ku tatkala melihat tingkah mereka.Meluat pun ada bila melihat muka si Ayu tu.Di tempat kerja kami ni semua orang kenal si Ayu tu sebagai seorang yang ramai teman lelaki dan aku jadi hairan dengan sikap Abang Din yang masih ingin mendampingi gadis itu.Dia begitu yakin untuk mengubah perangai gadis itu.
Apa yang menjadi kemusykilan aku apakah dia mampu melaksanakan impian dan cita-citanya itu.Mudah-mudahan harapannya itu akan menjadi kenyataan.Tiada apa yang boleh aku lakukan lagi.Aku tahu dia gembira.Biarlah dia begitu.Aku takkan ambil kisah lagi dengannya.
Beberapa hari selepas itu aku menerima surat dari Malik.Dia meluah perasaan untuk menjadikan aku teman hidupnya.Ini pun satu masalah bagi aku.Macam mana aku nak terima seseorang tanpa kasih atau perasaan sayang?Sejak bila pula aku ni di dalam perhatiannya?Agaknya dah lama dia perhatikan aku.Bukannya dia tidak tampan pada pandangan aku tapi aku tidak ada apa-apa rasa pun pada dia.Bagaimana aku mahu nyatakan yang aku tidak dapat menerima dirinya?
"Macam mana dah balas ke surat Malik tu?"Abang Din bertanya pada ku bila aku sedang duduk bersantai menunggu masuk waktu untuk bekerja.Aku menghala pandangan pada dirinya.
"Saya nak kata apa?"
"Cakap je Mila terima dia."
"Hish,abang ingat saya ni apa?senang-senang aje nak terima dia?"
"Dah tu nak kata apa lagi?Mila kan masih single buat apa nak fikir panjang.Lagi pun abang tengok dia ok je."
Abang kata macam tu sebab saya ni tak layak untuk abang ke?hanya hati ku yang berbisik begitu.
"La menung pulak.Jangan banyak fikir nanti Mila jugak yang susah."ujar Abang Din dan aku tersenyum bila dia kata begitu.Entah apa yang membuatkan aku bereaksi begitu.
"Yalah,bagi saya masa untuk kenal diri dia dulu.Kalau rasa kami sesuai saya akan terima tapi kalau tak saya terpaksa tolak."
"Ha kan elok Mila cakap awal-awal macam tu.Nanti abang cakap pada dia."
Memang tak faham bahasa dia ni.Tadi aku ingat nak bagi dia kata sindiran tapi dia pulak faham lain.Cet!Aku mengeluh panjang.
"Ni apa pasal pulak mengeluh,macam tak ikhlas je."
"Abang nak saya bagi peluang,kan.Kalau jadi apa-apa abanglah yang akan tanggung akibatnya."bisik ku perlahan.
"Mila cakap apa?"Tanya Abang Din tidak puas hati.
"Er...tak ada apa-apalah."sanggah ku.
"Dah membebel sorang-sorang lepas tu cakap tak ada apa-apa,Mila...Mila..."sungut Abang Din sambil kepalanya di gelengkan.
Aku lepaskan nafas panjang.Bukan mudah untuk melenyapkan perasaan yang bertakhta di hati bila si dia sentiasa di depan mata.Di antara kawan-kawan pun masih ada yang mengusik aku dan dia.Kalaulah aku mampu melenyapkan diri ini tentu sudah aku lakukan.Dia takkan mungkin faham apa yang bergelodak di dalam hati ini.Dah aku sendiri pun tak terus-terang mana mungkin dia mahu faham.
Aku perlu lakukan sesuatu agar dia tidak bising lagi tentang aku dan Malik.Beberapa kali sudah aku lakukan istikharah namun tiada jawapan yang aku temui.Hati ku tetap berat untuk menerima lelaki itu.Hati ku kosong tak mampu untuk memasukkan waima seraut wajah lelaki itu.Sudahlah dia pemalu sangat.Nak aku tapi takut nak jumpa aku.
Hish,payah betul.Jadi aku nekad untuk menolak lamaran itu.Aku khabarkan pada abang Din dengan kiriman sepucuk surat untuk lelaki itu.Begitu mudah aku membuat keputusan.Biarlah Abang Din nak marah pun,aku peduli apa.Yang aku tahu hati aku memang betul-betul tak mampu untuk menerima Malik.
Beberapa hari selepas itu,aku terima khabar dari Abang Din yang Malik agak kecewa dengan keputusan aku tapi dia menerima keputusan aku sebaik mungkin.Aku harap dia akan berjumpa yang lebih baik dari aku.
Setelah beberapa bulan berlalu aku menerima berita dari Hairil.Dia kini sedang sibuk dengan pelajaran.Aku khabarkan kepada Abang Din berita itu.
Dia turut gembira mendengarnya.
Pagi sabtu itu aku cuba menyudahkan tugas yang tertangguh dari minggu lepas.Bukan mudah untuk menyudahkan stok yang berlambak itu tambahan itu adalah stok reject yang di pulangkan semula dan perlukan pemerhatian khusus dari segala segi.Kawan-kawan yang lain pun ada yang bersungut terpaksa kerja lebih masa minggu ini.
Abang Dinlah yang paling sibuk aku tengok sehingga tak menang tangan dia.Aku cuma membantu mana yang aku mampu saja.Mata aku sendiri dah naik rabun nak tengok skrin komputer ini sejam berjam lalu.
Tanpa aku sedar aku terleka merenungnya.Sejalur senyuman di hadiahkan untukku membuatkan aku terkaku.
"Kenapa Mila pandang abang macam tu?dah terpikat?"alahai terkantoi pulak.
Tersipu-sipu aku.Tak senang duduk aku.Macam mana aku boleh tertenung anak teruna orang ni?
"Hish,jangan nak perasan ya,Mila bukan tenung abanglah."aku cuba mengelat.
"Mila suka kat abang,kan."
"Ish,tolong sikit,Mila takkan terpikat kat orang macam abang ni."bersungguh pula aku cuba menafikan perasaan yang sedang bergendang jauh di lubuk sanubari ku.
Abang Din ketawa sambil menggelengkan kepalanya.Mungkin dia fikir aku ni cuma bercanda saja.Alangkah bagus kalau dia mampu untuk membaca setiap tingkah ku.Kami meneruskan kerja tanpa bualan kosong lagi.Menjelang tengahari tugas kami pun selesai.
"Aduh...sakitnya belakang abang ni,Mila boleh tolong urut tak?"Ha,biar betul lelaki ni nak suruh aku urut dia pulak,
"Er...abang jangan nak mengadalah,takkan saya pulak nak kena urut abang."
"Tak boleh ke?"
"Dah hilang akal ke?"sengaja aku bidas dia balik.
"Saya bukan sesiapa pun dengan abang.Mana boleh buat macam tu."Abang Din merenung dalam wajah ku,membuatkan aku sudah mula gelabah.Kemudian sebuah senyuman terukir di bibirnya.
"Tau takut,abang acah ajelah itu pun nak gelabah."
"Apa abang ni kalau nak gurau pun janganlah macam ni,takut saya,"
Abang Din ketawa lepas.Kalau macam ni gayanya mana mungkin aku mampu untuk melupakannya.
"Makan kat mana tengahari ni?"tiba-tiba dia mengalih tajuk bualan kami.
"Kat mulutlah kat mana lagi."jawab ku selamba.
"Hish,budak ni kang ada yang kena jugak dengan abang ni.Orang tanya betul-betul dia jawab main-main pulak."
"Betullah saya cakap tu,nak cakap macam mana lagi,memanglah makan kat mulut dah tu kat mana lagi."sindir ku lagi sambil cuba menahan rasa hendak ketawa.
"Eeii...geramnya abang..."hinggap satu cubitan di pipi ku tanpa sempat aku mengelak.Terkedu aku.Rasa berbahang muka ku saat ini.
"Apa abang ni,perangai tu biar senonoh sikit,saya tak suka tau."geram aku dengan tingkahnya yang lepas laku tu.Pipi yang sakit ku sapu perlahan.Abang Din buat muka serba salah.
"A...abang minta maaf,tak sengaja tadi,M...Mila janganlah marah,ya."Aku cuba menenangkan perasaan geram ini.Nafas ku tarik panjang.
"Lain kali jangan buat lagi,kita bukan mahram,perbuatan abang tu tak elok tau tak."aku jengilkan mata padanya.
"Ya,abang tahu tu,abang tak sengaja tadi.Mila jangan marah,ya.Abang janji abang tak buat lagi."bersungguh-sungguh abang Din memohon maaf.
Mukanya yang cerah sudah berona merah.Malu pun ya jugak tu.Bukan dia sorang je yang rasa macam tu aku yang kena ni pun lagi terasa.
Hati ku bagai terusik dengan tingkahnya itu.Nak salahkan dia sorang pun tak boleh juga.Aku sendiri yang bermulut lantang,macam mana orang tak geram.Tu la pasal sebab mulut diri sendiri yang jadi mangsa.Nasib dia cubit pipi kalau dia buat benda lain,memang taklah aku nak tengok muka dia lagi.Baik kau jangan panjangkan cerita.Bertolak ansur ajelah hati.
"Baiklah,saya maafkan abang tapi lain kali jangan buat lagi."
"Abang janji takkan ulangi perbuatan abang tadi asalkan Mila tak marah pada abang lagi."
Aku hanya tersenyum.Untuk apa memanjangkan cerita kalau ia mampu mengusutkan hubungan kami.Aku tak mahu kehilangan dia sebagai seorang sahabat.Biarlah dia tidak tahu akan perasaan yang ada ini.Biarlah dia hanya anggap aku sebagai seorang adik.Mungkin lebih baik begini.Aku takkan mengharap yang lebih lagi.Cukuplah kenyataan yang dia bukan milik ku.Hanya yang mampu aku doakan adalah untuk kebahagiaan untuknya.
"Mila suka kat abang,kan."
"Ish,tolong sikit,Mila takkan terpikat kat orang macam abang ni."bersungguh pula aku cuba menafikan perasaan yang sedang bergendang jauh di lubuk sanubari ku.
Abang Din ketawa sambil menggelengkan kepalanya.Mungkin dia fikir aku ni cuma bercanda saja.Alangkah bagus kalau dia mampu untuk membaca setiap tingkah ku.Kami meneruskan kerja tanpa bualan kosong lagi.Menjelang tengahari tugas kami pun selesai.
"Aduh...sakitnya belakang abang ni,Mila boleh tolong urut tak?"Ha,biar betul lelaki ni nak suruh aku urut dia pulak,
"Er...abang jangan nak mengadalah,takkan saya pulak nak kena urut abang."
"Tak boleh ke?"
"Dah hilang akal ke?"sengaja aku bidas dia balik.
"Saya bukan sesiapa pun dengan abang.Mana boleh buat macam tu."Abang Din merenung dalam wajah ku,membuatkan aku sudah mula gelabah.Kemudian sebuah senyuman terukir di bibirnya.
"Tau takut,abang acah ajelah itu pun nak gelabah."
"Apa abang ni kalau nak gurau pun janganlah macam ni,takut saya,"
Abang Din ketawa lepas.Kalau macam ni gayanya mana mungkin aku mampu untuk melupakannya.
"Makan kat mana tengahari ni?"tiba-tiba dia mengalih tajuk bualan kami.
"Kat mulutlah kat mana lagi."jawab ku selamba.
"Hish,budak ni kang ada yang kena jugak dengan abang ni.Orang tanya betul-betul dia jawab main-main pulak."
"Betullah saya cakap tu,nak cakap macam mana lagi,memanglah makan kat mulut dah tu kat mana lagi."sindir ku lagi sambil cuba menahan rasa hendak ketawa.
"Eeii...geramnya abang..."hinggap satu cubitan di pipi ku tanpa sempat aku mengelak.Terkedu aku.Rasa berbahang muka ku saat ini.
"Apa abang ni,perangai tu biar senonoh sikit,saya tak suka tau."geram aku dengan tingkahnya yang lepas laku tu.Pipi yang sakit ku sapu perlahan.Abang Din buat muka serba salah.
"A...abang minta maaf,tak sengaja tadi,M...Mila janganlah marah,ya."Aku cuba menenangkan perasaan geram ini.Nafas ku tarik panjang.
"Lain kali jangan buat lagi,kita bukan mahram,perbuatan abang tu tak elok tau tak."aku jengilkan mata padanya.
"Ya,abang tahu tu,abang tak sengaja tadi.Mila jangan marah,ya.Abang janji abang tak buat lagi."bersungguh-sungguh abang Din memohon maaf.
Mukanya yang cerah sudah berona merah.Malu pun ya jugak tu.Bukan dia sorang je yang rasa macam tu aku yang kena ni pun lagi terasa.
Hati ku bagai terusik dengan tingkahnya itu.Nak salahkan dia sorang pun tak boleh juga.Aku sendiri yang bermulut lantang,macam mana orang tak geram.Tu la pasal sebab mulut diri sendiri yang jadi mangsa.Nasib dia cubit pipi kalau dia buat benda lain,memang taklah aku nak tengok muka dia lagi.Baik kau jangan panjangkan cerita.Bertolak ansur ajelah hati.
"Baiklah,saya maafkan abang tapi lain kali jangan buat lagi."
"Abang janji takkan ulangi perbuatan abang tadi asalkan Mila tak marah pada abang lagi."
Aku hanya tersenyum.Untuk apa memanjangkan cerita kalau ia mampu mengusutkan hubungan kami.Aku tak mahu kehilangan dia sebagai seorang sahabat.Biarlah dia tidak tahu akan perasaan yang ada ini.Biarlah dia hanya anggap aku sebagai seorang adik.Mungkin lebih baik begini.Aku takkan mengharap yang lebih lagi.Cukuplah kenyataan yang dia bukan milik ku.Hanya yang mampu aku doakan adalah untuk kebahagiaan untuknya.
No comments:
Post a Comment